Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday 25 August 2013

OIC perlu bantu rakyat Syria

  • Shahanim Mohamad YusofShahanim Mohamad Yusof

SUNGAI PETANI - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) digesa memainkan peranan segera bagi membantu rakyat Syria berikutan serangan senjata kimia yang mengorbankan lebih 1,300 nyawa.
  
Naib Ketua Puteri Umno Shahanim Mohamad Yusof berkata pergerakan itu mengutuk sekeras-kerasnya kejadian itu, yang menyebabkan ramai terbunuh khususnya, kanak-kanak dan wanita.
  
"Kita sangat prihatin dan menjiwai penderitaan anak-anak kecil di sana. Justeru, OIC digesa memainkan peranan segera bagi membantu rakyat Syiria.
  
"Kerajaan Malaysia juga diharap dapat menghulurkan bantuan dari segala aspek untuk membantu rakyat negara itu," katanya yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Pergerakan Puteri Umno dalam sidang media di sini hari ini.
  
Akhbar sebelum ini melaporkan lebih 1,300 orang terbunuh apabila tentera Syria menggempur pinggir Damsyik dengan senjata kimia yang mengakibatkan ramai terkorban. - Bernama

No comments:

Post a Comment