Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday 17 August 2013

Pejabat PM nafi Najib-Anwar runding kerajaan perpaduan...

najib-pandikar-anwar513
Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat mengeluarkan satu kenyataan akhbar menafikan laporan beberapa portal berita online yang mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berusaha mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kenyataan tujuh perenggan itu antara lain menyebut laporan portal berita yang memetik “sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem” Najib adalah merupakan “daya imaginasi” penulis kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.
Menurut Pejabat Perdana Menteri, perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Anwar serta kepimpinan Pakatan Rakyat sehingga kini masih tidak dapat menerima keputusan PRU13 dan mempertikai keputusan tersebut.
"Laporan yang memetik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaha yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu “kenyataan politik  yang berniat nakal”.
"Usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi  mendapat persetujuan Najib dan Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihanraya merupakan satu-satunya perjanjian politik yang ada.
"Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik tersebut dari Datuk seri Mohd Najib agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui oleh Perdana Menteri.
"Namun, Datuk Seri Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13.
"Oleh itu, kenyataan Anwar mengesahkan adanya usaha baru ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu “ciptaan dan rekaan”  bagi kepentingan politik  pembangkang khususnya ketuanya," jelas kenyataan akhbar tersebut

No comments:

Post a Comment