Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 28 November 2012

Sedutan Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia : "JUANG"


Petikan 4 : Juang. Roh kalimah ini hidup dalam setiap makhluk Allah sebagai sebuah fitrah. Juang adalah pengembaraan meneruskan survival hidup sehabis daya. Juang adalah semangat keramat manusia yang sanggup mempertaruhkan nyawa. Juang adalah kelana di bumi Allah mencari makna sebuah kehidupan.

Petikan 6 : Manusia dilahirkan untuk berjuang. Dilantik menjadi khalifah di muka bumi Allah, diberikan semangat untuk bangkit mempertahankan prinsip, mempertegakkan hak dan menjunjung maruah. Maka, setiap daripada kita, baik tua atau muda, lelaki atau wanita semuanya tertakluk kepada fitrah semulajadi manusia, berjuang untuk meneruskan kehidupan.

Petikan 10 : Politik jika diimani maknanya, bukan soal kuasa dan kedudukan, buakan soal harta dan kekayaan, tetapi politik ialah pertumbuhan prinsip dan pendirian. Pendirian menegakkan hak dan meroboh kebatilan. Kerana itu bila bica soal perjuangan, tiada siapa terkeccuali darinya.

Petikan 11 : Ada orang yang takut dan gentar berjuang kerana menganggap juang ini milik orang politik. Itu tidak benar. Ada orang yang enggan masuk campur dalam perjuangan kerana menganggap panddangan mereka tidak diterima itu tidak benar. Ada orang menganggap perjuangan hanya semata-mata kerana keuntungan duniawi. Itu sama sekali tidak benar.

Petikan 12 : Kerana perjuangan jika diimani dengan roh dan semangatnya yang sejati, setiap dari kita akan memahami dan mengerti ini merupakan tanggungjawab, survival dan fitrah manusiawi. Dari jutaan manusia didunia, tiada seorang yang terkecuali darinya. Perjuangan ialah tanggungjawab setiap manusia. Sebagai khalifah di muka bumi Allah.

Petikan 14 : Tetapi percayalah, juang bukan milik saya seorang. Juang bukan milik anda seorang. Ia juga bukan hanya milik pemimpin yang mempunyai kuasa. Tetapi juang ialah milik kita semua, ia milik semua rakyat, ia adalah tanggungjawab setiap daripada kita yang masih bernyawa. Inilah tanggungjawab yang akan ditanya Allah selepas kematian.

































Tuesday, 27 November 2012

PAU 2012 : Puteri Fokus KESIAPSIAGAAN

PAU 2012 Selama 66 Tahun UMNO Pembela Rakyat
 

Datuk Rosnah Shirlin Rashid Shirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menegaskan Puteri telah siap untuk berhadapan dengan pembangkang di PRU13.
 
Beliau ketika ditemuramah media menegaskan PRU13 bukan jalan yang mudah dan semua ahli puteri tidak boleh berasa selesa.
 
Menurut beliau, pembangkang bukan kuat.. tetapi tidak bermakna kita tidak boleh kalah.Kita akan kalah dan tewas jika kita tidak tegas sebagai ahli.
 
"Kemenangan Barisan Nasional bukan sahaja bergantung kepada ahlinya, tetapi pengamatan rakyat sebagai pengundi kepada parti Barisan Nasional." ujar beliau sejurus selepas taklimat Presiden UMNO yang diadakan di PWTC, petang tadi.
 
Selain itu, Ketua Puteri UMNO turut menegaskan, "kita memahami aspirasi Presiden Parti yang menekankan bahawa kita tidak boleh mengabaikan faktor kesiapsiagaan. PRU13 berbeza dengan  12 pilihanraya umum lalu, kerana corak dan kriteria yang dilihat pengundi."
 
Oleh yang demikian, permuafakatan amat penting, bukan sahaja dikalangan ahli UMNO malah di kalangan ahli komponen dalam BN.
 
Datuk Rosnah turut berpendapat, ucapan Presiden UMNO hari ini, amat tegas dan ringkas iaitu UMNO perlu memenangi hati rakyat untuk menang. Ucapan beliau, jentera parti perlu bekerja secara holistik apabilal berdepan dengan pembangkang.
 
Ini turut menjelaskan dan memberi penekanan bahawa kerjasama erat UMNO dan parti kompenan BN.
 
Beliau mengulangi, "perkara asas yang diberi penekanan oleh Presiden parti UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, ialah KESIAPSIAGAAN."

krew MEDIA GTP

Mata dan telinga tertumpu pada perhimpunan UMNO di Dewan Merdeka


SAMA seperti bahang pilihan raya umum (PRU) yang semakin terasa, kehangatan Perhimpunan Agung UMNO juga sudah dapat dirasai. Kawasan di sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mula dikunjungi anggota-anggota UMNO pelbagai peringkat. Mereka akan berkampung di situ selama lima hari.

Beberapa program menjelang perhimpunan itu juga diadakan di Dewan Merdeka sejak Sabtu lalu. Acara rasmi perhimpunan akan bermula esok dengan Majlis Taklimat Presiden pada sebelah siang dan malamnya berlangsung perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Kepada 2,674 perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO, diucapkan selamat bersidang. Tumpukan perhatian kepada perhimpunan ini yang dianggap sebagai peluang terakhir untuk mereka meningkatkan tekad dan azam menjelang paluan gendang PRU. Di sinilah mereka menentukan sama ada mereka yang menjadi kelompok parti Melayu yang boleh diharapkan oleh orang Melayu mahu berubah atau diubah.

Berakhirnya bulan November ini, maka tidak mungkin PRU akan berlangsung tahun ini. Tumpuan kini beralih ke tahun depan. Mungkin selepas semuanya berhari raya, yang terakhir Tahun Baru Cina. Jika ini menjadi kenyataan, memang benarlah kata Perdana Menteri, Najib Tun Razak sebelum ini ??kita raya dulu lepas tu pilihan raya??. Bermula dengan desas-desus PRU diadakan sebelum Ramadan, kini kita sudah melepasi Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Hari Deepavali dan akan datang Krismas. Kebanyakan jemaah haji juga sudah kembali ke tanah air. Mereka berpeluang untuk mengundi sekali gus menolak kebimbangan parti pembangkang mengenai anggota parti mereka tidak berpeluang mengundi jika menunaikan haji tahun ini. Semoga tidak ada jemaah yang menyesal kerana menolak untuk menunaikan haji semata-mata bimbang tidak dapat mengundi jika PRU diadakan semasa mereka masih di tanah suci.

Jika PRU diadakan tahun depan, selewat-lewatnya Mac ini (tempoh akhir penggal Dewan Rakyat 24 April 2013), maka tidak ada alasan juga bagi negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor mahu menangguhkan PRU kerana tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing semakin menghampiri tarikh akhir. Apa lagi alasan yang mahu diberikan oleh pakatan pembangkang mengenai PRU? Dulu ketika mereka tidak menjadi pemerintah, tidak habis-habis mereka meramalkan mengenai tarikh PRU. Kini keadaan sebaliknya berlaku, mereka tidak mahu tergesa-gesa mengadakan PRU. Kenapa? Takut kehilangan kuasa atau masih banyak janji PRU yang lepas tidak mampu ditunaikan?

Kalau setakat hilang kuasa, itu masih boleh diterima. Menang kalah adat pertandingan, tetapi bagaimana jika tidak mampu melaksanakan janji PRU? Adakah janji yang tidak ditepati ini akhirnya terpaksa ditanggung oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sekiranya memenangi semula negeri yang terlepas ke tangan pakatan Pas, DAP dan PKR? Bayangkan beban yang terpaksa digalas oleh BN apabila ada janji yang tidak sepatutnya dijanjikan tetapi dilaksanakan sekadar melepas batuk di tangga atau sekadar ada, yang tidak meliputi seluruh pengundi. Kita tunggu dan lihat.

Kembali ke Perhimpunan Agung UMNO kali ini, seperti biasa, sudah tentu banyak isu yang akan dibahas – politik, ekonomi, pendidikan dan agama. Semasa berbahas, ada yang tidak mampu menahan emosi, meluahkan yang terbuku di hati sehingga boleh melukakan sahabat-sahabat sama ada di dalam parti atau di luar parti khususnya parti komponen BN. Kata orang, terlajak cakap buruk padahnya, kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa. Dalam situasi menjelang PRU ini, eloklah perwakilan lebih berhati-hati ketika berhujah. Harus diingat, semua mata dan telinga tertumpu ke Dewan Merdeka. Tersilap cakap, tersilap kata, tersilap berhujah malahan tersilap bergurau akan menjadi isu besar yang menyulitkan.

Kita tahu orang UMNO bukanlah seperti orang Pas atau PKR yang bercakap ikut sedap mulut. Jarang kita mendengar orang UMNO akan menggelar orang lain dengan pelbagai perkataan dan gelaran yang buruk. Jarang kita mendengar orang UMNO memaki hamun musuh politiknya. Orang UMNO masih tahu batas susila mereka sebagai orang Melayu beragama Islam. Mereka tidak mendoakan kehancuran pihak lain. Apa yang penting bagi orang UMNO ialah meneruskan perjuangan menegakkan agama, bangsa dan tanah air. 

Baru-baru ini ketika Pas mendoakan kehancuran UMNO dan BN serta menggelarkan UMNO murtad, sayap partinya iaitu Pergerakan Pemuda UMNO dan BN bertungkus lumus menganjurkan Karnival Kerjaya atau Job Fair. Menurut Pengerusinya, Nazir Hussin Akhtar Hussin, karnival itu berjaya menarik perhatian 109,876 anak muda tanpa mengira fahaman politik untuk mencari peluang pekerjaan termasuk 40,187 peluang yang disediakan. Apakah usaha murni UMNO/BN ini perlu dihancurkan? Kepada Pemuda, biarlah apa yang hendak dikatakan oleh Pas kerana Allah maha mengetahui.

Perhimpunan kali ini juga merupakan yang terakhir bagi barisan pemimpin Wanita, Pemuda dan Puteri serta ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dipilih pada 25 dan 26 Mac 2009. Sudah tentu barisan ini mahu kejayaan UMNO dipertahankan.

Bagi setiap anggota parti, perhimpunan kali ini juga bukan lagi masa untuk melobi menjadi calon tetapi mencari jalan bagaimana mahu bekerja membantu Najib mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan merampas kembali negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang.

Berjanjilah di Dewan Merdeka, anggota parti akan menerima siapa sahaja calon boleh menang atau winnable candidate. Ubahlah sikap jika tidak mahu menjadikan 2008 sebagai PRU terakhir BN memerintah. Sudah banyak kenyataan, resolusi, seminar dan macam-macam lagi dilakukan untuk menyedarkan Melayu UMNO ini tetapi adakah sekadar pi mai pi mai tang tu?. Jangan ada musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan atau cakap tak serupa bikin.

Ingatlah pada PRU kali ini, setiap parti politik mahu menang. Semoga langkah ahli-ahli UMNO ke PWTC kali ini tidak sumbang tetapi sumbanglah sesuatu untuk menjadikan PRU ini satu kejayaan. Ingat ucapan Najib Tun Razak pada 21 Oktober 2010: Kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!

Kepada seluruh anggota UMNO, anda yang menentukan sama ada mahu berubah atau diubah, mahu menang atau kalah.

Selamat berhimpun dan bersidang!

Monday, 26 November 2012

Wanita Muda Diseru Tolak Pembangkang Yang Halang Agenda Transformasi Negara


KUALA LUMPUR, 25 Nov – Wanita Muda di negara ini perlu memberikan kepercayaan kepada kerajaan (Barisan Nasional) kerana pembangkang ketandusan idea dan perancangan yang hanya berusaha menggagal segala usaha yang dilaksanakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata banyak isu yang dekat dengan hati golongan muda seperti isu pekerjaan telah diberikan perhatian dan hari ini ruang pekerjaan terbuka luas.

Menurut beliau dengan melakukan agenda transformasi negara menerusi Transformasi Ekonomi (ETP), Pelan Transformasi Kerajaan (GTP)  banyak peluang pekerjaan disediakan dan sekaligus dapat membuka laluan kepada orang-orang muda untuk mencapai kejayaan berlandaskan potensi mereka.

“Menerusi agenda transformasi itu ianya telah berjaya mewujudkan lebih 313,000 peluang pekerjaan, menunjukkan bahawa kerajaan telah menepati aspirasi golongan muda yang inginkan pekerjaan.

“Kalau kita berjaya sediakan peluang pekerjaan, maka kita dapat memenuhi jangkaan atau aspirasi golongan wanita muda dan lelaki muda kerana mereka mahukan masa depan yang penuh dengan jaminan serta mendapat taraf hidup yang jauh lebih baik dari hari ini,” katanya katanya ketika menutup Himpunan Wanita Muda Negara 2012 di sini hari ini.

Datuk Seri Najib seterusnya menambah kerajaan tidak menyekat peluang wanita untuk memajukan  diri memandangkan ketekunan, dedikasi, kesungguhan, kesetiaan dan pencapaian wanita di negara ini amat memberangsangkan.

Beliau berkata pencapaian wanita muda di dalam sektor pendidikan seperti kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) sebanyak 25,000 adalah hampir dua kali ganda berbanding kaum lelaki yang hanya berjumlah 13,000 orang.

“Ini bererti bahawa kejayaan yang begitu memberangsangkan ini mungkin telah mengatasi kebanyakan negara lain termasuk negara maju sekali pun dan ini membawa kepada pengertian bahawa kita tidak pernah menghadkan peluang wanita untuk maju ke depan,” katanya.

Najib berkata kecemerlangan wanita juga terbukti apabila 31 peratus daripada jawatan tertinggi dalam sektor awam kini disandang oleh golongan itu termasuk beberapa jawatan penting seperti Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Datuk Seri Najib seterusnya mengingatkan wanita muda tidak harus terpengaruh dengan dakyah politik parti pembangkang yang sering mempertikaikan kebolehan kerajaan BN dalam mentadbir negara.

Beliau berkata pembangkang sepatutnya menjadi pembangkang yang konstruktif tetapi sebaliknya mereka sentiasa mencari keburukan dalam projek yang dilaksanakan kerajaan sedangkan projek tersebut memberi peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

“Projek-projek seperti Projek Rapid di Pengerang, Johor dan penyenaraian Felda (Global Ventures Holdings Berhad) di Bursa Malaysia cuba digagalkan pembangkang atas dasar politik yang tidak ingin BN mencapai kejayaan dan menunjukkan kebolehan untuk mentadbir negara.

“Segala apa yang dirancangkan akan tinggal di atas kertas dan akan terbantut kalau perancangan untuk lakukan transformasi digagalkan oleh pembangkang dan tidak mendapat sokongan politik daripada rakyat,” katanya.

Justeru katanya lagi wanita muda di negara ini perlu memberikan sepenuh sokongan kepada kerajaan sekarang yang komited membantu mereka memenuhi inspirasi, dedikasi, ekspresi dan aspirasi mereka.

Beliau berkata kerajaan di bawah pimpinan BN memberi jaminan akan melakukan yang terbaik untuk masa depan yang lebih bersinar dan lebih baik dari hari ini.

“Kalaulah wanita muda inginkan inspirasi, dedikasi, ekspresi dan aspirasi dipenuhi, maka sokonglah kerajaan yang ada hari ini, saya beri jaminan bahawa kita lakukan yang terbaik supaya wanita muda yang ada tidak akan rasa kecewa nanti,” katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan 12 Anugerah Kesatria Puteri, antara penerimanya ialah penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza Taruddin (Anugerah Kesatria Puteri Kesenian), atlet terjun negara Pandelela Rinong (Anugerah Kesatria Puteri Sukan) dan Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (Pernim) Norlina Alawi (Anugerah Kesatria Puteri Kemurnian).

Sementara itu, Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Puteri Intan Shafinaz dinobatkan sebagai penerima Anugerah Nusa Mahsuri di atas sumbangan sehingga ke peringkat antarabangsa dalam pelbagai gerakan kemanusiaan dan kemasyarakatan. -MediaUMNO