Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 27 November 2012

PAU 2012 : Puteri Fokus KESIAPSIAGAAN

PAU 2012 Selama 66 Tahun UMNO Pembela Rakyat
 

Datuk Rosnah Shirlin Rashid Shirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menegaskan Puteri telah siap untuk berhadapan dengan pembangkang di PRU13.
 
Beliau ketika ditemuramah media menegaskan PRU13 bukan jalan yang mudah dan semua ahli puteri tidak boleh berasa selesa.
 
Menurut beliau, pembangkang bukan kuat.. tetapi tidak bermakna kita tidak boleh kalah.Kita akan kalah dan tewas jika kita tidak tegas sebagai ahli.
 
"Kemenangan Barisan Nasional bukan sahaja bergantung kepada ahlinya, tetapi pengamatan rakyat sebagai pengundi kepada parti Barisan Nasional." ujar beliau sejurus selepas taklimat Presiden UMNO yang diadakan di PWTC, petang tadi.
 
Selain itu, Ketua Puteri UMNO turut menegaskan, "kita memahami aspirasi Presiden Parti yang menekankan bahawa kita tidak boleh mengabaikan faktor kesiapsiagaan. PRU13 berbeza dengan  12 pilihanraya umum lalu, kerana corak dan kriteria yang dilihat pengundi."
 
Oleh yang demikian, permuafakatan amat penting, bukan sahaja dikalangan ahli UMNO malah di kalangan ahli komponen dalam BN.
 
Datuk Rosnah turut berpendapat, ucapan Presiden UMNO hari ini, amat tegas dan ringkas iaitu UMNO perlu memenangi hati rakyat untuk menang. Ucapan beliau, jentera parti perlu bekerja secara holistik apabilal berdepan dengan pembangkang.
 
Ini turut menjelaskan dan memberi penekanan bahawa kerjasama erat UMNO dan parti kompenan BN.
 
Beliau mengulangi, "perkara asas yang diberi penekanan oleh Presiden parti UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, ialah KESIAPSIAGAAN."

krew MEDIA GTP

No comments:

Post a Comment