Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 28 November 2012

Sedutan Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia : "JUANG"


Petikan 4 : Juang. Roh kalimah ini hidup dalam setiap makhluk Allah sebagai sebuah fitrah. Juang adalah pengembaraan meneruskan survival hidup sehabis daya. Juang adalah semangat keramat manusia yang sanggup mempertaruhkan nyawa. Juang adalah kelana di bumi Allah mencari makna sebuah kehidupan.

Petikan 6 : Manusia dilahirkan untuk berjuang. Dilantik menjadi khalifah di muka bumi Allah, diberikan semangat untuk bangkit mempertahankan prinsip, mempertegakkan hak dan menjunjung maruah. Maka, setiap daripada kita, baik tua atau muda, lelaki atau wanita semuanya tertakluk kepada fitrah semulajadi manusia, berjuang untuk meneruskan kehidupan.

Petikan 10 : Politik jika diimani maknanya, bukan soal kuasa dan kedudukan, buakan soal harta dan kekayaan, tetapi politik ialah pertumbuhan prinsip dan pendirian. Pendirian menegakkan hak dan meroboh kebatilan. Kerana itu bila bica soal perjuangan, tiada siapa terkeccuali darinya.

Petikan 11 : Ada orang yang takut dan gentar berjuang kerana menganggap juang ini milik orang politik. Itu tidak benar. Ada orang yang enggan masuk campur dalam perjuangan kerana menganggap panddangan mereka tidak diterima itu tidak benar. Ada orang menganggap perjuangan hanya semata-mata kerana keuntungan duniawi. Itu sama sekali tidak benar.

Petikan 12 : Kerana perjuangan jika diimani dengan roh dan semangatnya yang sejati, setiap dari kita akan memahami dan mengerti ini merupakan tanggungjawab, survival dan fitrah manusiawi. Dari jutaan manusia didunia, tiada seorang yang terkecuali darinya. Perjuangan ialah tanggungjawab setiap manusia. Sebagai khalifah di muka bumi Allah.

Petikan 14 : Tetapi percayalah, juang bukan milik saya seorang. Juang bukan milik anda seorang. Ia juga bukan hanya milik pemimpin yang mempunyai kuasa. Tetapi juang ialah milik kita semua, ia milik semua rakyat, ia adalah tanggungjawab setiap daripada kita yang masih bernyawa. Inilah tanggungjawab yang akan ditanya Allah selepas kematian.

































No comments:

Post a Comment