Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday, 30 June 2014

Dr M: Jika Akta Hasutan dimansuhkan

Cadangan kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan akta baru hanya akan menyebabkan perbuatan menghasut boleh dilakukan dengan mudah di negara ini, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

  • Tun Dr Mahathir Mohamad 
  • Tun Dr Mahathir Mohamad

Menurut Dr Mahathir, Akta Harmoni dan Akta Uniti tidak dapat menghalang perbuatan itu daripada berlaku, malah keadaan katanya mungkin menjadi lebih parah apabila pelampau di kalangan rakyat dengan sewenang-wenangnya boleh mengkritik institusi diraja.

Kerajaan ujar Dr Mahathir perlu belajar daripada pengalaman lepas apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan berkaitannya dimansuhkan baru-baru ini.

“Kita sudah pun mansuh ISA dan akta bagi membuang daerah penjenayah bersiri. Kita lihat kesan daripada pemansuhan kedua-dua akta ini ialah peningkatan berbagai jenis jenayah. Tetapi hasutan walaupun ada dilakukan tetapi tidak melampaui batas.

“Apabila Akta Hasutan digugurkan maka rakyat Malaysia akan bebas menghasut. Kedua-dua akta baru berkenaan dengan harmoni dan uniti tidak akan menghalang hasutan yang akan berlaku,” katanya yang dipetik melalui tulisannya di blog, Chedet, hari ini.

Dr Mahathir turut melahirkan kebimbangan sekiranya perbuatan menghasut sampai ke tahap yang tidak dapat dibendung lagi apabila akta mengenainya dimansuhkan.

“Rakyat akan menerima berbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda perlembagaan Malaysia. Tidaklah mustahil mereka akan menghasut supaya institusi raja juga dihapuskan.

“Di Thailand ada undang-undang “Les Mejeste” yang melarang sebarang cemuhan terhadap raja dan institusi raja. Tetapi di Malaysia undang-undang ini tidak ada,” katanya.

Tambah beliau, tidak ada undang-undang di negara ini yang boleh menghalang perkara tersebut berlaku setelah ISA dihapuskan dan sekiranya Akta Hasutan turut dimansuhkan.

“Pelampau di kalangan rakyat bebas mengkritik raja dan sistem beraja secara terbuka dan akhirnya membuat desakan supaya institusi raja dihapuskan. Tidak ada undang-undang yang boleh menahan mereka setelah ISA dan Akta Hasutan dimansuh.

“Ramai mungkin yang akan marah terhadap hasutan untuk menghapuskan sistem beraja. Tetapi kerana hasutan dibenarkan mereka yang berminat untuk mendirikan Republik Malaysia berhak dan bebas untuk meneruskan kempen mereka,” katanya.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan huru-hara berlaku dalam negara kesan daripada sikap liberal yang diagungkan di negara ini.

Monday, 16 June 2014

JAIS Taknak Pulang Bible, Kenapa BN Nak Peduli?

bible_rampas_JAIS

BEBERAPA portal berita pembangkang mempersoalkan kenapa BN membisu dalam isu Bible yang dirampas oleh JAIS tapi tidak mahu dipulangkan walaupun Peguam Negara memutuskan tiada kes untuk meneruskan pendakwaan di Mahkamah. Kononnya, keputusan membisu itu telah mengecewakan masyarakat.  Rasa nak gelak.

Persoalannya sekarang, kenapa pulak BN nak kena masuk campur?

Itu masalah Pakatan sebab berlaku di Selangor (mereka perikntah)dan yang ambil tindakan pun agensi yang kerajaan Selangor bayar gaji, JAIS.  Pandai-pandailah nak selesaikan sendiri, kenapa nak babitkan BN dalam isu ini pulak?  Selesaikanlah sendiri.

Bagaimanapun, dari satu sudut lain, kenyataan yang semacam ini menunjukkan pembangkang dah mula rasa tertekan dengan kejadian ini.  Tak dapat tidak, BN pula yang cuba nak dibabitkan.  Kurang-kurang boleh tuduh BN tak peduli, apatah lagi pilihanraya negeri Sarawak mungkin berlangsung pada bila-bila masa dari sekarang.

Kenapa Sarawak, sebab isu berkaitan Kristian laku di sana. Jika Pakatan gagal untuk selesaikan masalah berkaitan rampasan Bible di Selangor, apa modal yang nak ditunjuk untuk mengatakan mereka lebih layak jadi kerajaan di Sarawak?  Apatah lagi sebahagian dari Bible yang dirampas itu adalah Bible dalam bahasa Iban.

Penulis berharap janganlah ada pemimpin BN di Selangor yang memandai-mandai buka mulut, mengulas tentang Bible dirampas yang enggan dipulangkan kepada pemiliknya. Kalau itu berlaku, Pakatan akan ambil nafas panjang sebab dalam keadaan tersepit, ada orang tunjuk cara mana nak lepaskan diri.

‘Ketegangan’ ini biar mereka selesaikan sendiri, macam mana dan bagaimana tu, pandai-pandailah.  Kata ramai sangat bijak pandai dalam Pakatan nun, kenapa bila berlaku masalah macam ini BN pulak yang diminta masuk campur.

Anwar sebagai contoh, boleh selesai hampir semua masalah besar, dalam tempoh sesingkat saat atau minit, contoh macam dalam soal kehilangan MH370 yang maih menjadi misteri sehingga sekarang? Apa tak mintak dia bagi pandangan macam mana nak selesaikan masalah JAIS enggan memulangkan Bible yang dirampas, kenapa BN pulak yang diminta campur tangan?

Tak masuk akal sungguh.
Begitupun penulis sedikit pelik, kenapa dalam hal ini Pakatan atau pemilik Bible berkenaan tak bawa JAIS atau MAIS ke Mahkamah, apa yang menghalang?  Kalau tidak tu kang, cepat saja nak bawa ke tengah, tapi dalam isu ini tak pulak begitu?  Nak semarak sentimen agama ke?

Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury – Satu Perspektif”

halal jakim
Penulis berkesempatan untuk hadir ke sesi penerangan bersama JAKIM; “Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury – Satu Perspektif”. Cukup meyakinkan, itu kesimpulan yang mampu penulis katakan, berdasarkan apa yang dipersembahkan oleh pegawai JAKIM.

Berpengalaman di bidang pemprosesan makanan suatu ketika dahulu, tidak salah untuk penulis meletakkan sistem yang digunapakai oleh JAKIM bukan sahaja menyamai standard Good Manufacturing Practice (GMP) yang digunakai pakai di kebanyakkan negara, malah ada beberapa kelebihan yang perlu kita ketahui.

Selain dari tujuan asal muasalnya iaitu memastikan produk berkenaan halal berdasarkan ujian makmal terhadap bahan mentah dan produk siap, sistem yang digunapakai oleh JAKIM juga memelihara kesucian produk dari unsur-unsur subahat. Tahukah anda, JAKIM pernah untuk tidak mengeluarkan sijil halal kepada pengilang makanan hanya kerana sumber airnya diragui?

Dalam satu kes perusahaan makanan yang melibatkan penggunaan air yang banyak, JAKIM mengarahkan pengilang berkenaan mengemukakan bil air untuk 3 bulan berturut-turut. Malangnya, pengilang berkenaan gagal untuk berbuat demikian, dan hasil siasatan lanjut dipercayai sumber air berkenaan  berkaitan dengan aktiviti mencuri air oleh pengilang. Keputusannya, JAKIM tidak mengeluarkan sijil halal untuk produk terbabit.

Ini membuktikan bahawa pensijilan halal melihat dari semua sudut, dan tidak hanya bergantung kepada keputusan kajian makmal semata.

Tidak cukup dengan itu, sistem pensijilan halal JAKIM juga meletakkan syarat agar pengilang sekian sejumlah pekerja beragama Islam dalam tiap-tiap syif dan “workstations” demi untuk memastikan keluhuran perlaksanaan sistem. Ia juga bertindak sebagai meminimakan unsur-unsur sabotaj. Sebagai pekerja Islam, tentunya mereka juga bertanggungjawab untuk memastikan sijil halal yang dianugerahkan kepada majikan mereka terpelihara kerana bukan sahaja mereka harus menjawab kepada majikan atau JAKIM sekiranya sesuatu berlaku, malah mereka juga perlu menjawab di hadapan Allah apabila sampai waktunya.

Membandingkan pengalaman penulis dalam bidang pemprosesan makanan sebelum ini, dengan apa yang telah dibentangkan semalam, penulis akui bahawa pensijilan halal JAKIM memang sangat konsisten dan tegas.

Pensijilan halal JAKIM cukup dikenali di luar negara. Malah, di negara-negara yang majoritinya bukan umat Islam, mereka yakin bahawa produk yang disahkan status halalnya oleh JAKIM membawa maksud bersih dan sihat (good hygiene). Untuk rekod, industri halal mencecah RM16 bilion nilai produk dan perkhidmatan dalam masa enam bulan pertama pada tahun 2013.

Dan sebagai salah seorang peserta program semalam, penulis agak terkilan dengan Astro Awani atas apa yang sedang hebat diperkatakan di laman media sosial semalam. Hakikatnya, penulis tidak nampak wartawan Awani sewaktu sesi taklimat oleh penganjur serta sesi penerangan bersama JAKIM.

Anda boleh membuat semakan status pemegang sijil halal JAKIM melalui SMS dengan menaip HALAL<> SEMAK<> No. Pendaftaran Syarikat (ROC) cth; HALAL SEMAK 12345X dan hantar ke 15888.

Ini antara intipati yang dapat penulis kongsikan bersama , dan pandangan ini sama sekali tidak mewakili pihak penganjur program.

Tuesday, 10 June 2014

THE FLYING KICK JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN JIKALAU TAKUT DILAMBUNG TOHMAHAN Home Posts RSS Comments RSS Edit Search Nuffnang Ads 1M4U 1M4U IKLAN BERBAYAR IKLAN BERBAYAR ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT BURUK-BURUK MUKA AZEEZ, PEDUKANG TU JUGAKLAH YANG SELAMATKAN JEMAAH UMRAH DITIPU AGENSI PRO-PAS!!!

Kutukan terhadap Azeez Abdul Rahim, Ahli Parlimen Baling memang berbakul-bakul. Tak cukup bakul, mungkin elok kalau dikatakan berkoyan-koyan. Apa yang tak dikutuk. Apa yang tak dihina si Azeez Rahim ni. Ada yang kata dia belit punya kaki. Ada yang kata, dia pedukang yang tak layak jadi pemimpin UMNO. Ada juga yang kata, dia adalah penyamun yang membesarkan perut dan badan dengan duit menyamun.

Anehnya, bila ada masalah melibatkan rakyat Malaysia, si pedukang hitam berkilat itu jugalah yang pergi menyelamatkan. Manakala mereka yang cukup kuat mengutuk, mencerca, menyumpah seranah, bahkan mendabik dada kononnya mereka lebih Islam berbanding orang lain, semuanya macam pondan tak bertelur. Kalau dengar pun, buat-buat macam tak dengar. Kalau tak tahu pun, buat-buat bebal macam otak dalam kepala cuma sebesar kulit siput sedut.


121 jemaah umrah dari Malaysia terperangkap di Madinah setelah ditipu oleh sebuah agensi pelancongan yang hanya membeli tiket sehala dan tidak membeli tiket balik. Ketika mereka bermasalah, tiada pula kedengaran jemaah-jemaah umrah tersebut memanggil-manggil Mat Sabu, Husam Musa, atau mana-mana pemimpin PAS yang kaya raya. Jauh sekali menyebut tentang Anwar Ibrahim yang ada kawan di seluruh dunia sehinggakan dia boleh naik kapal terbang ke London untuk ditemuramah macam orang Kampung Bharu naik motor ke Pasar Chow Kit untuk beli sekilo ikan kembung.

Ketika bantuan diperlukan, tidak pula diambil kira nama AZEEZ RAHIM dan BIRO KEBAJIKAN UMNO. Tak pula haram menerima bantuan dan pertolongan daripada UMNO dan Azeez Rahim yang dihina dengan pelbagai rupa. Malah golongan yang menghina Azeez Rahim pun, jangankan bantuan, kelibat dan suara pun tak kedengaran.

Mana orang yang sebelum ini kata, Azeez hanya sesuai jadi tukang bawa balik perempuan yang dilarikan warga asing? Mana mereka pergi? Mana mereka menghilang? Kenapa mereka tak usahakan 121 orang jemaah malang itu yang terkandas di Madinah berhari-hari lamanya?

Kalau mereka boleh mengumpulkan dana untuk berdemonstrasi besar-besaran di tengah-tengah Kuala Lumpur, mengapa 121 orang itu tidak boleh ditolong beramai-ramai untuk dibawa balik? Apatah lagi difahamkan sebahagian besar daripada jemaah tersebut adalah penyokong kuat PAS dan PKR!

Mujur jugalah ada SEORANG MAMAK PEDUKANG bernama Abdul Azeez Abdul Rahim yang Allah Taala jadikan musabab untuk kesemua 121 jemaah umrah balik semula ke Malaysia!!!

Lain kali sebelum nak menghina setiap kejadian Allah Taala, fikirkan semula apa peristiwa yang Allah Taala akan jadikan untuk kita jadikan iktibar.

SPARE SEDIKIT MARUAH untuk berasa malu!!!

Thursday, 5 June 2014

Hatinya masih gelora bersama DAP.. Biarlah..

Dyana Sofya jawab ramalan Tunku Aziz
DYANA: Saya tidak akan keluar daripada DAP 
 
Calon DAP dalam pilihan raya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menegaskan beliau tidak akan keluar daripada parti itu seperti yang diramal oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim.
Tegas Dyana, beliau akan terus bersama DAP kerana baginya parti itu adalah sebuah parti pelbagai kaum yang sebenar.

"Saya akan tetap berjuang bersama DAP. Tiada cadangan keluar daripada DAP setakat ini. Jika ada yang menganggap saya kecewa dan akan keluar (DAP), mereka salah," katanya seperti dipetik oleh Bernama.

Tunku Aziz pada Isnin meramalkan Dyana akan meninggalkan DAP suatu hari nanti apabila beliau sedar parti itu bukannya sebuah parti berbilang kaum. Beliau membuat kenyataan itu berdasarkan pengalamannya sendiri ketika bersama DAP.

Dalam satu kenyataan media berasingan, Dyana menegaskan pengalaman beliau tidak sama dengan apa yang dilalui oleh Tunku Aziz.

"Saya menyertai DAP sebagai ahli biasa selepas mengenali sesetengah ahli dan pemimpin parti itu. Saya memahami dan mengkagumi perjuangan pemimpinnya serta prinsip kepelbagaian budayanya.

"Saya menghargai konsistensinya dalam membela semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Saya percaya kepada prinsipnya melakukan apa yang betul biarpun ada risiko dan akibat," katanya.

Tambah Dyana, beliau tidak menyertai DAP dengan cita-cita mendapatkan jawatan sebaliknya hanya mahu bersama-sama mereka yang "sealiran fikiran, wawasan dan misi" serta bersama-sama berjuang untuk Malaysia yang lebih sejahtera.

"Dalam DAP, saya menemui kawan-kawan dan rakan seperjuangan," katanya, yang turut menyifatkan DAP baginya bukan lagi sebuah parti politik tetapi sebuah keluarga.

Dyana bagaimanapun berharap kenyataannya tidak disalah tafsir. Katanya, beliau bangga jadi seorang Melayu dan bangga dengan asal-usul serta warisannya.

"Tetapi saya tidak percaya dengan menyalahgunakan (kedudukan kaum) itu sehingga menjejaskan warga Malaysia yang lain," katanya.

Tambah Dyana, beliau yakin Tunku Aziz akan merasai apa yang beliau rasa iaitu semangat Malaysia yang tulen sekiranya bekas senator itu  meluangkan masa yang lebih banyak bersama akar umbi.

Beliau juga percaya sekiranya rakyat negara ini memberikan tumpuan kepada persamaan dan bukannya perbezaan, "kita akan melihat dunia ini sama seperti murid Tahun Satu -- buta warna kulit".

Tunku Abdul Aziz menyertai DAP selepas pilihan raya umum 2008 dan dilantik sebagai naib pengerusi. Beliau seterusnya dilantik sebagai Senator mewakili Pulau Pinang.

Hubungan Tunku Abdul Aziz dengan DAP bagaimanapun mula tegang apabila beliau secara terbuka mengkritik perhimpunan Bersih 3.0 pada Mei 2012.

DAP kemudian tidak menyambung mandat penggal kedua beliau sebagai senator Dewan Rakyat. Tunku Abdul Aziz tidak lama selepas itu meletakkan jawatan dan mengumumkan keluar daripada DAP.

Dalam pilihan raya kecil Teluk Intan pada Sabtu lalu, Dyana kalah kepada calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti kecil 238 undi.

Tuesday, 3 June 2014

Yammy puji cybertrooper BN pulak dah??

Printscreen dari Shah Alam Rebel 
Wah!!! Lain macam tempo Ibu kepada Si Gundik Kit Siang tu nampak gayanya. Melambung tinggi pulak dia nak puji tentera siber UMNO ni pasal apa ek?

Kiranya hebat la tentera Siber UMNO ni ye tak. Maknanya bagus betul la tentera siber UMNO ni susun strategi untuk mengalahkan DAPigs yang terkenal dengan RBA tu.

Kalau semalam, dilaporkan seramai 46 orang blogger Pro UMNO buat desakan supaya keahlian Ibu Si Gundik Kit Siang tu digugurkan dan dipecat serta merta.

Kali ini tersebar pulak berita kononnya jentera yang tabur fitnah terhadap Si Gundik Kit Siang tu bukan datang dari kumpulan Red Bean Army.

Sebaliknya, Si Yammy Samad tu tuduh semua tu kerja tentera siber UMNO. Dia kata dia cukup kenal dengan sikap anak dia. Maka tak mungkin itu semua boleh berlaku.
Yammy Samat, ibu Dyana Sofya Mohd Daud, yang tewas dalam PRK Teluk Intan kelmarin, kesal ada pihak didakwa cuba menyebar fitnah terhadap anaknya.

“Nak kata itu kerja Red Bean Army, itu semua tidak mungkin sebab saya tahu kerana saya daripada Umno dan saya kesal dengan fitnah yang tidak munasabah itu.


“Mereka kata Dyana ada hubungan dengan orang Cina, drinker (kaki botol), smoker (merokok). Itu semua tidak betul. Saya tahu (perangai) anak saya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Heh! Itu semua alasan Ibu Si Gundik Kit Siang tu semata - mata. Dia bukannya ada bukti pun nak buat dakwaan kononnya itu semua kerja tentera siber UMNO.

Kalau betul dia tau perangai anak dia, awal - awal lagi dia boleh cegah anak dia dari menyertai DAPigs dengan memberikan nasihat. Tapi itu pun dia tak mampu nak buat.

Walau apa pun dakwaan yang dibuat, pihak Jawatankuasa Lembaga Disiplin parti perlu ambik tindakan yang tegas dalam hal ini. Takkan nak dibiarkan begitu sahaja?

Dah terang - terangan Ibu kepada Si Gundik Kit Siang tu melanggar etika serta perlembagaan parti. Makanya dia memang patut dipecat serta merta. Biar dia masuk DAPigs pun tak pe. Asalkan jangan ada pengkhianat dalam parti UMNO!!!