Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday, 16 June 2014

Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury – Satu Perspektif”

halal jakim
Penulis berkesempatan untuk hadir ke sesi penerangan bersama JAKIM; “Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury – Satu Perspektif”. Cukup meyakinkan, itu kesimpulan yang mampu penulis katakan, berdasarkan apa yang dipersembahkan oleh pegawai JAKIM.

Berpengalaman di bidang pemprosesan makanan suatu ketika dahulu, tidak salah untuk penulis meletakkan sistem yang digunapakai oleh JAKIM bukan sahaja menyamai standard Good Manufacturing Practice (GMP) yang digunakai pakai di kebanyakkan negara, malah ada beberapa kelebihan yang perlu kita ketahui.

Selain dari tujuan asal muasalnya iaitu memastikan produk berkenaan halal berdasarkan ujian makmal terhadap bahan mentah dan produk siap, sistem yang digunapakai oleh JAKIM juga memelihara kesucian produk dari unsur-unsur subahat. Tahukah anda, JAKIM pernah untuk tidak mengeluarkan sijil halal kepada pengilang makanan hanya kerana sumber airnya diragui?

Dalam satu kes perusahaan makanan yang melibatkan penggunaan air yang banyak, JAKIM mengarahkan pengilang berkenaan mengemukakan bil air untuk 3 bulan berturut-turut. Malangnya, pengilang berkenaan gagal untuk berbuat demikian, dan hasil siasatan lanjut dipercayai sumber air berkenaan  berkaitan dengan aktiviti mencuri air oleh pengilang. Keputusannya, JAKIM tidak mengeluarkan sijil halal untuk produk terbabit.

Ini membuktikan bahawa pensijilan halal melihat dari semua sudut, dan tidak hanya bergantung kepada keputusan kajian makmal semata.

Tidak cukup dengan itu, sistem pensijilan halal JAKIM juga meletakkan syarat agar pengilang sekian sejumlah pekerja beragama Islam dalam tiap-tiap syif dan “workstations” demi untuk memastikan keluhuran perlaksanaan sistem. Ia juga bertindak sebagai meminimakan unsur-unsur sabotaj. Sebagai pekerja Islam, tentunya mereka juga bertanggungjawab untuk memastikan sijil halal yang dianugerahkan kepada majikan mereka terpelihara kerana bukan sahaja mereka harus menjawab kepada majikan atau JAKIM sekiranya sesuatu berlaku, malah mereka juga perlu menjawab di hadapan Allah apabila sampai waktunya.

Membandingkan pengalaman penulis dalam bidang pemprosesan makanan sebelum ini, dengan apa yang telah dibentangkan semalam, penulis akui bahawa pensijilan halal JAKIM memang sangat konsisten dan tegas.

Pensijilan halal JAKIM cukup dikenali di luar negara. Malah, di negara-negara yang majoritinya bukan umat Islam, mereka yakin bahawa produk yang disahkan status halalnya oleh JAKIM membawa maksud bersih dan sihat (good hygiene). Untuk rekod, industri halal mencecah RM16 bilion nilai produk dan perkhidmatan dalam masa enam bulan pertama pada tahun 2013.

Dan sebagai salah seorang peserta program semalam, penulis agak terkilan dengan Astro Awani atas apa yang sedang hebat diperkatakan di laman media sosial semalam. Hakikatnya, penulis tidak nampak wartawan Awani sewaktu sesi taklimat oleh penganjur serta sesi penerangan bersama JAKIM.

Anda boleh membuat semakan status pemegang sijil halal JAKIM melalui SMS dengan menaip HALAL<> SEMAK<> No. Pendaftaran Syarikat (ROC) cth; HALAL SEMAK 12345X dan hantar ke 15888.

Ini antara intipati yang dapat penulis kongsikan bersama , dan pandangan ini sama sekali tidak mewakili pihak penganjur program.

No comments:

Post a Comment