Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday, 26 March 2013

Lompat Kawasan Hanya Pentingkan Diri, Jadi Juara Pentas Tapi Tewas Laman Sendiri



Tindakan pemimpin pembangkang yang suka melompat kawasan setiap kali pilihan raya adalah di kalangan mereka yang hanya lebih mengutamakan kepentingan diri dan parti masing-masing daripada membela nasib rakyat.
Ketua Puteri Pulau Pinang, Nor Hafizah Othman menyifatkan perbuatan pemimpin terbabit sebagai tidak ikhlas dalam perjuangan mereka yang kononnya menjadi pejuang kepada nasib rakyat sebaliknya apa yang dilakukan itu adalah untuk kepentingan sendiri.
“Mereka ini suka membuat janji-janji manis dan berjaya mempengaruhi serta memperdaya rakyat untuk menyokong mereka, tetapi apabila dipilih nasib rakyat di kawasan berkenaan diabaikan kerana mereka asyik berceramah daripada melakukan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
“Amanah yang diberikan disalahguna untuk memperkukuhkan politik mereka, apakah pemimpin seperti ini yang harus kita jadikan wakil untuk membela nasib rakyat,” katanya kepada UMNO-online.
Nor Hafizah berkata demikian ketika diminta mengulas sikap pemimpin pembangkang yang suka melompat dari satu kawasan ke kawasan yang lain seperti apa yang dilakukan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan kini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan melakukan perbuatan serupa.
Beliau berkata, mungkin apa yang dilakukan itu adalah untuk menutup kelemahan berikutan kegagalan mereka sebagai wakil rakyat dan khuatir tidak mendapat sokongan di kawasan yang pernah diwakilinya sebelum ini.
“Pemimpin pembangkang ini biasanya pandai bercakap sahaja, mereka sebenarnya hanyalah juara di pentas, bukannya mengambil berat nasib rakyat yang diwakili, sebab itu mereka lari ke tempat lain kerana takut tembelang mereka pecah. Mereka ini juara di luar tapi tewas di laman sendiri.
“Itulah fungsi sebenar pembangkang yang inginkan kuasa tetapi tidak tahu apa yang hendak dilakukan dengan kuasa yang ada di tangan kecuali menggunakan untuk kepentingan diri dan parti. Pakatan pembangkang tidak serius menjaga kebajikan pengundi,” katanya.
Nor Hafizah berkata, alasan yang mengatakan mereka berpindah ke kawasan lain atas permintaan rakyat di kawasan terbabit hanyalah satu helah untuk menutup kelemahan dan memastikan karier mereka terus selamat.
Beliau menyifatkan apa yang berlaku menunjukkan pemimpin pembangkang itu sudah hilang keyakinan di kawasan yang diwakilinya apabila menyedari rakyat sudah membuaka mata dan ingin wakil rakyat yang benar-benar bekerja untuk membela nasib rakyat. – MediaUMNO

Tak ada cari lain lagi dah dari memaksa orang corner baring dengan wang.. Dia bekas ahli UMNO!!



Sekumpulan individu yang dipercayai ada kaitan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkatkan usaha untuk 'memancing' bekas-bekas teman rapat Ketua Pembangkang itu agar membuat pusingan U sejak beberapa bulan lalu.

Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong mengakui beliau pernah dihubungi pihak yang digelar sebagai 'kumpulan Anwar Ibrahim' untuk berjumpa di satu lokasi yang telah ditetapkan.
Beliau difahamkan perjumpaan tersebut bertujuan untuk memujuknya kembali ke pangkuan PKR sekali gus menguatkan sokongan kepada Anwar.
"Saya tidak tahu berapa jumlah wang yang mungkin ditawarkan kerana saya tidak pernah melayan pujukan mereka.
"Namun, saya percaya taktik serupa digunakan terhadap individu-individu lain yang pernah rapat dengan Anwar termasuk bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

Tuesday, 19 March 2013

Fitnah UMNO : Tian Chua dan KeadilanDaily Ke Mahkamah 11 April



UMNO meneruskan tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden PKR, Chua Tian Chiang (Tian Chua) selepas tempoh yang diberikan terhadap beliau untuk memohon maaf dan menarik balik kata-kata fitnah yang dilapor dan diterbitkan oleh KeadilanDaily.com tamat.
Tindakan undang-undang telah diambil melalui Penasihat Undang-undang UMNO, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak terhadap Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkaitan kenyataannya yang seterusnya diterbitkan dalam KeadilanDaily.com. pada 1 Mac 2013.
Pengurusan kes tersebut telah ditetapkan pada 11 April 2013 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta dengan Tian Chua dinamakan sebagai defenden pertama sementara Editor KeadilanDaily.com, Fazallah Pit adalah defenden kedua serta Aisha Geoffrey iaitu wartawan dan penulis di laman tersebut adalah defendan ketiga.
Tuntutan dibuat terhadap defenden-defenden adalah seperti berikut:
PERNYATAAN TUNTUTAN
A. PIHAK-PIHAK
1. Plaintif adalah seorang yang menjawat jawatan sebagai Pegawai Awam bagi pihak Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National Organization (UMNO) dan menyaman selaras dengan Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966. Plaintif mempunyai alamat penyampaiannya di Tingkat 38, Menara Dato’ Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
2. Defendan Pertama merupakan Yang Berhormat Ahli Parlimen Batu dan juga menjawat jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mempunyai alamat penyampaiannya di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya dan/atau Pusat Khidmat Masyarakat, Parlimen Batu, 1090-1, Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur.
3. Defendan Kedua merupakan Editor KeadilanDaily.com yang bertanggungjawab mengendalikan portal laman sesawang KeadilanDaily.com dan mempunyai alamat penyampaiannya di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya dan/atau 62A-1, Jalan Metro Pudu, Fraser Business Park, Off Jalan Yew, 55100 Kuala Lumpur.
4. Defendan Ketiga merupakan Wartawan dan Penulis artikel bertajuk Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno – Tian (selepas ini dirujuk sebagai “Artikel Tersebut”) yang diterbitkan dalam portal laman sesawang KeadilanDaily.com pada 1 Mac 2013 dan mempunyai alamat penyampaian di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana 1, 47410 Petaling Jaya dan/atau 62A-1, Jalan Metro Pudu, Fraser Business Park, Off Jalan Yew, 55100 Kuala Lumpur.
B. FAKTA LATAR BELAKANG
(i) TUNTUTAN TERHADAP DEFENDAN PERTAMA
5. Defendan Pertama telah dihubungi oleh Defendan Ketiga pada 1 Mac 2013 dimana Defendan Pertama telah memfitnah (slander) dan/atau libel dan menerbitkan perkara mengenai dan berkenaan dengan Plaintif dan mengenai Plaintif berhubung dengan kelakuannya dalam yang sama diterbitkan di KeadilanDaily.com (selepas ini dirujuk sebagai “Portal Tersebut”). Kata-kata fitnah berkenaan atau kata-kata yang seakan-akan sepertinya (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Kata-Kata Fitnah”):-
BUTIR-BUTIR
a) Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat;
b) Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno;
c) Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah;
d) Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.
6. Seperti yang tersedia maklum oleh Defendan Pertama, Kata-Kata Fitnah tersebut telah dibuat dan akan diterbitkan di Portal Tersebut ketika di temuramah oleh Defendan Ketiga dan Defendan Pertama juga sedia maklum bahawa laporan mengenai Kata-Kata Fitnah tersebut akan dikeluarkan dan berniat membenarkan laporan sebegitu untuk diterbitkan.
7. Di dalam Portal Tersebut bertarikh 1 Mac 2013, Defendan Pertama telah menyebabkan dan/atau mengizinkan untuk dicetak dan diterbitkan Kata-Kata Fitnah tersebut atau kata-kata yang seakan-akan sepertinya terhadap Plaintif, di dalam Artikel Tersebut yang dilaporkan oleh Defendan Ketiga.
8. Kata-Kata Fitnah tersebut yang diucapkan oleh Defendan Pertama, telah diterbitkan semula di dalam Artikel tersebut dengan cara berikut:-
“KUALA LUMPUR 1 MAC: Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.
“Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing.
“Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya,” kata Tian kepada Keadilan Daily.
Menurut laporan media Filipina hari ini, berlaku kejadian tembak menembak antara penceroboh dari Kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian.
Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa seperti dilapor ABS-CBN news, 10 orang terbunuh dan empat yang lain cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.
Menurut akhbar The Philippine Star, pihak berkuasa Malaysia yang memulakan serangan ke atas kubu penceroboh pagi ini.
Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.
“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” katanya.
9. Plaintif akan menyatakan bahawa Defendan Pertama telah memfitnah dan/atau libel Plaintif.
MAKSUD-MAKSUD FITNAH
10. Kata-Kata Fitnah tersebut, dalam erti kata lazim dan biasa (natural and ordinary meaning) telah membawa maksud dan/atau melalui kesimpulan atau secara sindiran, dibaca bersama dan/atau berasingan, dimaksudkan untuk merujuk kepada Plaintif dan telah difahami sebagai:
a) Bahawa UMNO yang merancang insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah;
b) Bahawa UMNO berkonspirasi kononnya bersama pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah;
c) Bahawa UMNO dengan sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden di Lahad Datu, Sabah;
d) Bahawa UMNO adalah pembelot Negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah;
e) Bahawa UMNO dicurigai ketelusannya dalam menjadi tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional yang bertanggungjawab memerintah Kerajaan Malaysia;
f) Bahawa UMNO merupakan dalang di dalam konspirasi jahat untuk memenangkan Barisan Nasional di negeri Sabah dalam pilihan raya akan datang;
g) Bahawa UMNO tidak kredible;
h) Bahawa setiap tindakan dan/atau perlakuan UMNO adalah dicurigai dan tidak boleh dipercayai ketelusannya;
i) Bahawa UMNO sanggup memprejudiskan keamanan Malaysia dengan berkonspirasi bersama kononnya pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah;
j) Bahawa UMNO sanggup menggadaikan tanah air sendiri untuk kepentingan politik mereka;
k) Bahawa UMNO dengan sengaja mengaburi rakyat bagi menutup konspirasi-konspirasi jahat lain yang dibuat oleh UMNO Malaysia;
l) Bahawa UMNO dengan sengaja kononnya mahu mengalih perhatian rakyat, daripada isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang juga diwar-warkan sebagai kononnya konspirasi jahat UMNO;
m) Bahawa UMNO adalah parti yang tidak demokratik dan/atau parti yang sengaja mengada-adakan situasi cemas bagi menakut-nakutkan rakyat Malaysia;
n) Bahawa UMNO tidak menghiraukan keselamatan Negara dan rakyat dengan kononnya membenarkan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah;
o) Bahawa UMNO dengan sengaja tidak menjaga persempadanan Negara sehingga berlaku pencerobohan di Lahad Datu, Sabah; dan
p) Bahawa perjuangan pasukan keselamatan Negara kononnya diperlekehkan oleh UMNO bagi kepentingan politik mereka.
11. Akibat daripada penyiaran Kata-Kata Fitnah oleh Defendan Pertama yang mana Defendan Pertama adalah bertanggungjawab keatasnya, reputasi Plaintif telah dijejaskan dengan teruk. Pertuduhan-pertuduhan tersebut adalah sangat serius di mana Plaintif akan dilibatkan dengan skandal awam, diaibkan dan dihina oleh khalayak ramai dan masyarakat awam serta masyarakat antarabangsa.
Kerosakan pada reputasi Plaintif adalah sesuatu yang akan berlangsung selama bertahun-tahun lamanya disebabkan oleh penyiaran Artikel tersebut yang boleh diakses dengan meluas dimana sahaja kerana ianya diterbitkan di laman sesawang dan mempunyai pembaca virtual di serata dunia.
12. Tanpa prejudis kepada keluasan makna di atas, kerosakan reputasi Plaintif di mata rakyat Malaysia dan juga di mata dunia adalah khususnya sangat serius dan meluas, melihat kepada kes pencerobohan ini melibatkan kedaulatan Negara yang juga merupakan isu sensitif kerana melibatkan pertumpahan darah dan tuntutan yang tidak wajar oleh pihak luar terhadap Negeri Sabah yang telah diisyitiharkan sebagai milik Malaysia sejak sekian lama.
13. Kerosakan reputasi Plaintif adalah sesuatu yang akan berlangsung selama bertahun-tahun lamanya selain kredibiliti Plaintif akan dipersoalkan oleh banyak pihak sama ada di dalam Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa kerana isu keselamatan sesebuah Negara adalah sangat penting apatah lagi apabila pencerobohan sempadan telah berlaku yang menyebabkan keselamatan rakyat Malaysia juga terancam.
KELAYAKAN TERHADAP GANTIRUGI
14. Plaintif akan menyatakan bahawa gantirugi keterlaluan dan/atau gantirugi teladan harus diberikan atas dasar-dasar berikut:-
BUTIR-BUTIR
a) Defendan Pertama sudah sedia maklum dan berniat agar Kata-Kata Fitnah tersebut dilaporkan dan diterbitkan di dalam Portal Tersebut yang mendapat perhatian pembaca maya (virtual) ataupun pembaca perdana (mainstream) di seluruh Negara dan juga di peringkat antarabangsa;
b) Defendan Pertama dengan sengaja menerbitkan Kata-Kata Fitnah tersebut dengan mengetahui bahawa ianya adalah tidak benar sama sekali dan/atau tanpa mempedulikan kebenarannya;
c) Sifat serius dan skandal fitnah tersebut telah mengakibatkan kerosakan yang sangat teruk dan meninggalkan kesan serta kerugian yang mendalam kepada reputasi Plaintif, secara khususnya tetapi tidak terhad kepada hubungan dengan rakyat di dalam Negara ini dan juga hubungan Plaintif dengan pihak-pihak lain di peringkat antarabangsa;
d) Defendan Pertama dengan sengaja membuat kenyataan berunsur Kata-Kata Fitnah Tersebut dengan bertujuan untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat Negara ini ke atas Plaintif selaku tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional bagi meneruskan dan mementingkan agenda tersendiri Defendan tanpa menghiraukan sensitiviti isu ini; dan
e) Seriusnya kenyataan yang dibuat oleh Defendan Pertama bukan sahaja dirasai oleh pihak Plaintif, akan tetapi, rakyat Malaysia yang juga menunjukkan kemarahan dan rasa tidak puas hati mereka terhadap Defendan Pertama dengan membuat laporan polis secara beramai-ramai, di seluruh Malaysia terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Defendan Pertama.
15. Plaintif akan menyatakan bahawa Kata-Kata Fitnah dan Artikel tersebut telah disiarkan dan diterbitkan dengan sengaja dan berniat jahat (malice) untuk merosakkan dan menghancurkan reputasi Plaintif di Malaysia dan juga di mata dunia, kerana Plaintif dikenali sebagai parti tulang belakang kepada Kerajaan Barisan Nasional yang bertanggungjawab menjaga keselamatan Negara selain mempunyai hubungan yang baik dengan Negara-Negara luar.
16. Plaintif telah melalui peguamcaranya, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, menghantar Notis Tuntutan bertarikh 4 Mac 2012 kepada Defendan Pertama. Plaintif menuntut daripada Defendan Pertama:-
a) Untuk berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu di atas atau sebarang kenyataan yang serupa dengannya terhadap Plaintif;
b) Untuk membuat satu permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya terhadap Plaintif, atas terma-terma yang dipersetujui oleh Peguamcara Plaintif;
c) Untuk menerbitkan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah dan permohonan maaf tersebut dalam cara yang akan ditentukan oleh Peguamcara Plaintif;
d) Untuk menyediakan satu akujanji bertulis bahawa pihak Defendan Pertama tidak akan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya; dan
e) Untuk membayar gantirugi bagi kerosakan reputasi yang teruk dan gantirugi terhadap kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Plaintif dalam perkara ini.
17. Walaupun Notis Tuntutan telahpun diberikan dan telah diakui penerimaanya oleh wakil Defendan Pertama, namun Defendan Pertama masih enggan bersetuju atau gagal, enggan atau cuai untuk memberikan sebarang jawapan kepada tuntutan Plaintif. Dengan ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan Defendan Pertama tidak menunjukkan sebarang kekesalan dengan mengeluarkan Kata-Kata Fitnah tersebut.
18. Sehingga tarikh Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif ini difailkan, Defendan Pertama masih lagi enggan dan/atau gagal dan/atau cuai untuk memberikan sebarang jawapan kepada tuntutan Plaintif.
19. Jikalau tidak dihalang oleh Mahkamah yang Mulia ini, maka Defendan Pertama akan berterusan mengucapkan dan menerbitkan atau menyiarkan Kata-Kata Fitnah tersebut atau seakan-akan dengannya terhadap Plaintif yang secara jelas memfitnah Plaintif.
(ii) TUNTUTAN TERHADAP DEFENDAN KEDUA DAN DEFENDAN KETIGA
20. Pada 1 Mac 2013, di portal laman sesawang KeadilanDaily.com (selepas ini dirujuk sebagai “Portal Tersebut”) terdapat penerbitan Artikel bertajuk Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno – Tian (selepas ini dirujuk sebagai “Artikel Tersebut”) mengandungi kata-kata fitnah terhadap Plaintif.
21. Kata-kata fitnah berkenaan atau kata-kata yang seakan-akan sepertinya (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Kata-Kata Fitnah”) adalah seperti berikut:-
BUTIR-BUTIR
a) Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat;
b) Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno;
c) Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah;
d) Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.
22. Seperti yang tersedia maklum oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga, Kata-Kata Fitnah tersebut telah dibuat oleh Defendan Pertama dan akan diterbitkan di Portal Tersebut ketika di temuramah oleh Defendan Ketiga.
23. Defendan Kedua juga sedia maklum bahawa laporan mengenai Kata-Kata Fitnah tersebut akan dikeluarkan dan berniat membenarkan laporan sebegitu untuk diterbitkan.
24. Defendan Kedua dan Defendan Ketiga telah menyebabkan dan/atau mengizinkan untuk dicetak dan diterbitkan Kata-Kata Fitnah tersebut atau kata-kata yang seakan-akan sepertinya terhadap Plaintif di dalam Artikel Tersebut yang dilaporkan oleh Defendan Ketiga.
25. Kata-Kata Fitnah tersebut yang dilaporkan oleh Defendan Ketiga, telah diterbitkan semula di dalam Artikel tersebut dengan cara berikut:-
“KUALA LUMPUR 1 MAC: Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.
“Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing.
“Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya,” kata Tian kepada Keadilan Daily.
Menurut laporan media Filipina hari ini, berlaku kejadian tembak menembak antara penceroboh dari Kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian.
Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa seperti dilapor ABS-CBN news, 10 orang terbunuh dan empat yang lain cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.
Menurut akhbar The Philippine Star, pihak berkuasa Malaysia yang memulakan serangan ke atas kubu penceroboh pagi ini.
Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.
“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” katanya.
26. Plaintif akan bersandar pada seluruh Artikel Tersebut semasa perbicaraan kes ini.
MAKSUD-MAKSUD FITNAH
27. Kata-Kata Fitnah tersebut, dalam erti kata lazim dan biasa (natural and ordinary meaning) telah membawa maksud dan/atau melalui kesimpulan atau secara sindiran, dibaca bersama dan/atau berasingan, dimaksudkan untuk merujuk kepada Plaintif dan telah difahami sebagai:
a) Bahawa UMNO yang merancang insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah;
b) Bahawa UMNO berkonspirasi kononnya bersama pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah;
c) Bahawa UMNO dengan sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden di Lahad Datu, Sabah;
d) Bahawa UMNO adalah pembelot Negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah;
e) Bahawa UMNO dicurigai ketelusannya dalam menjadi tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional yang bertanggungjawab memerintah Kerajaan Malaysia;
f) Bahawa UMNO merupakan dalang di dalam konspirasi jahat untuk memenangkan Barisan Nasional di negeri Sabah dalam pilihan raya akan datang;
g) Bahawa UMNO tidak kredible;
h) Bahawa setiap tindakan dan/atau perlakuan UMNO adalah dicurigai dan tidak boleh dipercayai ketelusannya;
i) Bahawa UMNO sanggup memprejudiskan keamanan Malaysia dengan berkonspirasi bersama kononnya pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah;
j) Bahawa UMNO sanggup menggadaikan tanah air sendiri untuk kepentingan politik mereka;
k) Bahawa UMNO dengan sengaja mengaburi rakyat bagi menutup konspirasi-konspirasi jahat lain yang dibuat oleh UMNO Malaysia;
l) Bahawa UMNO dengan sengaja kononnya mahu mengalih perhatian rakyat, daripada isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang juga diwar-warkan sebagai kononnya konspirasi jahat UMNO;
m) Bahawa UMNO adalah parti yang tidak demokratik dan/atau parti yang sengaja mengada-adakan situasi cemas bagi menakut-nakutkan rakyat Malaysia;
n) Bahawa UMNO tidak menghiraukan keselamatan Negara dan rakyat dengan kononnya membenarkan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah;
o) Bahawa UMNO dengan sengaja tidak menjaga persempadanan Negara sehingga berlaku pencerobohan di Lahad Datu, Sabah; dan
p) Bahawa perjuangan pasukan keselamatan Negara kononnya diperlekehkan oleh UMNO bagi kepentingan politik mereka.
28. Akibat daripada penyiaran Kata-Kata Fitnah oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga, reputasi Plaintif telah dijejaskan dengan teruk. Pertuduhan-pertuduhan tersebut adalah sangat serius di mana Plaintif akan dilibatkan dengan skandal awam, diaibkan dan dihina oleh khalayak ramai dan masyarakat awam serta masyarakat antarabangsa. Kerosakan pada reputasi Plaintif adalah sesuatu yang akan berlangsung selama bertahun-tahun lamanya disebabkan oleh penyiaran Artikel tersebut yang boleh diakses dengan meluas dimana sahaja kerana ianya diterbitkan di laman sesawang dan mempunyai pembaca virtual di serata dunia.
29. Tanpa prejudis kepada keluasan makna di atas, kerosakan reputasi Plaintif di mata rakyat Malaysia dan juga di mata dunia adalah khususnya sangat serius dan meluas, melihat kepada kes pencerobohan ini melibatkan kedaulatan Negara yang juga merupakan isu sensitif kerana melibatkan pertumpahan darah dan tuntutan yang tidak wajar oleh pihak luar terhadap Negeri Sabah yang telah diisyitiharkan sebagai milik Malaysia sejak sekian lama.
30. Kerosakan reputasi Plaintif adalah sesuatu yang akan berlangsung selama bertahun-tahun lamanya selain kredibiliti Plaintif akan dipersoalkan oleh banyak pihak sama ada di dalam Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa kerana isu keselamatan sesebuah Negara adalah sangat penting apatah lagi apabila pencerobohan sempadan telah berlaku yang menyebabkan keselamatan rakyat Malaysia juga terancam.
KELAYAKAN TERHADAP GANTIRUGI
31. Plaintif akan menyatakan bahawa gantirugi keterlaluan dan/atau gantirugi teladan harus diberikan atas dasar-dasar berikut:-
BUTIR-BUTIR
a) Defendan Kedua dan Defendan Ketiga sudah sedia maklum dan berniat agar Kata-Kata Fitnah tersebut dilaporkan dan diterbitkan di dalam Portal Tersebut yang mendapat perhatian pembaca maya (virtual) ataupun pembaca perdana (mainstream) di seluruh Negara dan juga di peringkat antarabangsa;
b) Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dengan sengaja menerbitkan Kata-Kata Fitnah tersebut dengan mengetahui bahawa ianya adalah tidak benar sama sekali dan/atau tanpa mempedulikan kebenarannya;
c) Sifat serius dan skandal fitnah tersebut telah mengakibatkan kerosakan yang sangat teruk dan meninggalkan kesan serta kerugian yang mendalam kepada reputasi Plaintif, secara khususnya tetapi tidak terhad kepada hubungan dengan rakyat di dalam Negara ini dan juga hubungan Plaintif dengan pihak-pihak lain di peringkat antarabangsa;
d) Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dengan sengaja melaporkan dan menerbitkan Artikel Tersebut dengan bertujuan untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat Negara ini ke atas Plaintif selaku tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional bagi meneruskan dan mementingkan agenda tersendiri Defendan tanpa menghiraukan sensitiviti isu ini; dan
e) Seriusnya kenyataan yang dikeluarkan dan diterbitkan oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga bukan sahaja dirasai oleh pihak Plaintif, akan tetapi, rakyat Malaysia yang juga menunjukkan kemarahan dan rasa tidak puas hati mereka terhadap Defendan Pertama dengan membuat laporan polis secara beramai-ramai, di seluruh Malaysia terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Defendan Pertama, dibenarkan penerbitannya oleh Defendan Kedua dan dilaporkan oleh Defendan Ketiga.
32. Plaintif akan menyatakan bahawa Kata-Kata Fitnah dan Artikel tersebut telah disiarkan dan diterbitkan dengan sengaja dan berniat jahat (malice) untuk merosakkan dan menghancurkan reputasi Plaintif di Malaysia dan juga di mata dunia, kerana Plaintif dikenali sebagai parti tulang belakang kepada Kerajaan Barisan Nasional yang bertanggungjawab menjaga keselamatan Negara selain mempunyai hubungan yang baik dengan Negara-Negara luar.
33. Plaintif telah melalui peguamcaranya, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, menghantar Notis Tuntutan bertarikh 13 Mac 2012 kepada Defendan Kedua dan Defendan Ketiga. Plaintif menuntut daripada Defendan Kedua dan Defendan Ketiga:-
a) Untuk berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu di atas atau sebarang kenyataan yang serupa dengannya terhadap Plaintif;
b) Untuk membuat satu permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya terhadap Plaintif;
c) Untuk menerbitkan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah dan permohonan maaf tersebut;
d) Untuk menyediakan satu akujanji bertulis bahawa pihak Defendan Kedua dan Defendan Ketiga tidak akan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kenyataan yang serupa dengannya; dan
e) Untuk membayar gantirugi bagi kerosakan reputasi yang teruk dan gantirugi terhadap kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Plaintif dalam perkara ini.
34. Walaupun Notis Tuntutan telahpun diberikan dan telah diakui penerimaanya oleh wakil Defendan Kedua dan Defendan Ketiga ketika dihantar di alamat utama iaitu di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya namun Defendan Kedua dan Defendan Ketiga masih enggan bersetuju atau gagal, enggan atau cuai untuk memberikan sebarang jawapan kepada tuntutan Plaintif.
35. Notis Tuntutan juga diberikan kepada Defendan Kedua dan Defendan Ketiga di alamat penyampaian kedua iaitu di 62A-1, Jalan Metro Pudu, Fraser Business Park, Off Jalan Yew, 55100 Kuala Lumpur, akan tetapi Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dan/atau wakil Defendan-Defendan ini enggan menerima penyampaian Notis Tuntutan tersebut. Maka wakil Peguamcara Plaintif telah meninggalkan Notis Tuntutan tersebut dan mengambil gambar sebagai bukti bahawa penyampaian Notis Tuntutan telah disampaikan dengan sempurnanya kepada pihak yang berkenaan, iaitu kepada Defendan Kedua dan Defendan Ketiga.
36. Dengan ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga tidak menunjukkan sebarang kekesalan dengan mengeluarkan Kata-Kata Fitnah tersebut.
37. Sehingga tarikh Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif ini difailkan, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga masih lagi enggan dan/atau gagal dan/atau cuai untuk memberikan sebarang jawapan kepada tuntutan Plaintif.
38. Defendan Kedua juga telah memberi komen, penjelasan dan kenyataan balas berkaitan Kata-Kata Fitnah dan Artikel Tersebut yang telah disiarkan di dalam media cetak di seluruh Malaysia. Ini menunjukkan Defendan Kedua, secara tidak langsung telah mengakui bahawa Defendan Kedua telah membenarkan dan menyebabkan penerbitan Artikel Tersebut yang dilaporkan oleh Defendan Ketiga.
37. Jikalau tidak dihalang oleh Mahkamah yang Mulia ini, maka Defendan Kedua dan Defendan Ketiga akan berterusan mengucapkan dan menerbitkan atau menyiarkan Kata-Kata Fitnah tersebut atau seakan-akan dengannya terhadap Plaintif yang secara jelas memfitnah Plaintif.
Oleh yang demikian, Plaintif menuntut ke atas Defendan-Defendan dan tiap-tiap satu daripada mereka:
DENGAN ITU, Plaintif menuntut ke atas Defendan Pertama:
a) Gantirugi am dan khas sepertimana yang akan ditafsirkan oleh Mahkamah yang Mulia ini;
b) Gantirugi teruk (aggravated damages) sepertimana yang akan ditafsirkan oleh Mahkamah yang Mulia ini;
c) Gantirugi keterlaluan dan/atau teladan sepertimana yang akan ditafsirkan oleh Mahkamah yang Mulia ini;
d) Faedah ke atas (a), (b) dan (c) atas kadar 5% setahun daripada tarikh Writ ini sehingga penyelesaian penuh;
e) Satu arahan injunksi untuk menahan Defendan Pertama oleh dirinya sendiri, pembantu-pembantunya atau ejen-ejennya atau sebaliknya daripada berbicara lebih lanjut atau menerbitkan atau menyebabkan penerbitan Kata-Kata Fitnah tersebut atau seakan-akan dengannya terhadap pihak Plaintif, baik secara lisan atau di media cetak atau di Internet;
f) Perintah bahawa Defendan Pertama menerbitkan permintaan maaf secara bertulis untuk diterbitkan di surat khabar dan majalah untuk dikenalpasti oleh Plaintif dalam bentuk dan dalam istilah yang akan ditetapkan oleh Plaintif;
g) Kos tindakan ini; dan
h) Lain-lain perintah sepertimana yang dianggap suai manfaat oleh Mahkamah yang Mulia ini.
DENGAN ITU, Plaintif menuntut ke atas Defendan Kedua dan Defendan Ketiga:
a) Gantirugi am dan khas sepertimana yang akan ditafsirkan oleh Mahkamah yang Mulia ini;
b) Gantirugi teruk (aggravated damages) sepertimana yang akan ditafsirkan oleh Mahkamah yang Mulia ini;
c) Gantirugi keterlaluan dan/atau teladan sepertimana yang akan ditafsirkan oleh Mahkamah yang Mulia ini;
d) Faedah ke atas (a), (b) dan (c) atas kadar 5% setahun daripada tarikh Writ ini sehingga penyelesaian penuh;
e) Satu arahan injunksi untuk menahan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga oleh diri mereka sendiri, pembantu-pembantu mereka atau ejen-ejen mereka atau sebaliknya daripada berbicara lebih lanjut atau menerbitkan atau menyebabkan penerbitan Kata-Kata Fitnah tersebut atau seakan-akan dengannya terhadap pihak Plaintif, baik secara lisan atau di media cetak atau di Internet;
f) Perintah bahawa Defendan Kedua dan Defendan Ketiga menerbitkan permintaan maaf secara bertulis untuk diterbitkan di surat khabar dan majalah untuk dikenalpasti oleh Plaintif dalam bentuk dan dalam istilah yang akan ditetapkan oleh Plaintif;
g) Kos tindakan ini; dan
h) Lain-lain perintah sepertimana yang dianggap suai manfaat oleh Mahkamah yang Mulia ini.

Friday, 15 March 2013

RCI atau Kertas Putih siasat pencerobohan Lahad Datu...


lahaddatuaskar513
Ketika rakyat Malaysia tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku dalam kejadian pencerobohan Lahad Datu yang kini telah mengorbankan 10 orang pasukan keselamatan Malaysia, Menteri Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan satu Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Menurut Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti motif sebenar pencerobohan itu termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan dan kedaulatan negara.
"Siasatan lebih menyeluruh perlu untuk kita tahu apa sebenarnya yang berlaku...ini kami akan lakukan sama ada menggunakan RCI atau buka kertas putih.
"Saya sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini dan siapa yang membiayai atau merancang kerana ini semua menyentuh kepada keselamatan nasional," katanya.
Bernama melaporkan Hishammuddin berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sandakan hari ini selepas mendengar taklimat berhubung situasi semasa di Sandakan oleh Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong.
Mengenai sama ada hasil siasatan itu akan didedahkan kepada umum, Hishammuddin berkata ia akan dibincangkan oleh pucuk pimpinan apabila perkara itu selesai kelak.
Mengulas keadaan keselamatan di Sabah, Hishammuddin berkata secara keseluruhannya keadaan bertambah baik termasuk di Tawau, Semporna dan Sandakan dengan keyakinan masyarakat umum terhadap ketenteraman di negeri itu semakin meningkat.
Mengenai Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), Hishammuddin berkata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan beberapa pihak berkaitan akan berada di Sabah esok bagi meninjau keperluan tambahan bagi merealisasikan penubuhan kawasan itu yang memerlukan perancangan rapi.
Katanya penguatkuasaan di kawasan perairan timur Sabah juga akan ditingkatkan bagi menghalang kemasukan warga Filipina ke negeri itu termasuk kewujudan 'lorong-lorong tikus' yang memudahkan laluan mereka.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan kementerian itu kini bertanggungjawab menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400km yang sebelum ini di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri.
Berhubung laporan penahanan 35 warganegara Filipina yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah oleh Unit peronda Tentera Laut Filipina semalam, Hishammuddin berkata Wisma Putra akan berhubung dengan Manila bagi menyelesaikan perkara itu.
"Wisma Putra akan berhubung dengan kerajaan Filipina kerana rakyat dia dan perairan dia," katanya.
Media Filipina semalam melaporkan unit peronda menahan kesemua suspek di dalam dua buah bot di perairan Tawi-Tawi sekitar jam 6.30 pagi semalam, di mana beberapa unit senjata dan bahan letupan turut dirampas dari bot yang dinaiki.
Hishammuddin dalam lawatan itu turut melawat dan berkongsi cerita dengan tiga anggota pasukan keselamatan yang cedera dalam Operasi Daulat di Lahad Datu dan sedang menjalani rawatan di Hospital Duchess of Kent di Sandakan.
Dalam kejadian berbalas tembakan pada Sabtu lepas, dua anggota PGA dari Batalion Miri iaitu Lans Kpl Mohd Zariman Ibrahim dan Kpl Affendi Rusli mengalami kecederaan di betis dan paha.
Selain itu, Kpl Khairul Anuar Md Isa dari Rejimen ke-7 Askar Melayu Diraja (7RAMD) Kem Kukusan Tawau yang cedera di pipi dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Lahad Datu dimasukkan ke hospital itu semalam.

Budaya balas dendam orang Selatan Filipina cetus kebimbangan trajedi Lahad Datu berulang...


moros1cc
Budaya membalas dendam yang terpupuk dalam diri masyarakat di selatan Filipina sejak ratusan tahun dahulu memungkinkan tragedi berdarah di Lahad Datu berulang kembali pada masa hadapan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Justeru, beliau berkata pihak keselamatan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap isu keselamatan negara dan inisiatif Kawasan Keselamatan Khas (ESSCOM) sepanjang kira-kira 1,400km di pantai timur Sabah merupakan antara langkah terbaik mengelakkan tragedi berdarah itu berulang kembali.
"Saya meletakkan keyakinan penuh kepada pasukan tentera dan polis kita dalam memastikan tragedi ini tidak berulang kembali, namun kebimbangan itu tetap ada kerana budaya membalas dendam ada dalam diri mereka (masyarakat itu).
"Budaya ini melibatkan keturunan juga masa ratusan tahun. Umpamanya bapa saya bergaduh dengan bapa seorang individu, kalau saya tak dapat balas dendam, cucu saya akan balas dendam kepada cucu individu itu," katanya kepada Bernama Khamis.
Anggota keselamatan Malaysia sehingga kini menembak mati 56 pengganas. Tragedi itu juga mengorbankan 10 anggota keselamatan Malaysia.
Ahmad Zahid berkata budaya membalas dendam itu sehingga kini masih berlaku di selatan Filipina seperti pembakaran rumah berlaku setiap bulan dan tidak mustahil tragedi berdarah di Lahad Datu itu menyebabkan pengganas Sulu bertindak membalas dendam kepada Malaysia pada masa hadapan.
"Kalau itu berlaku di kalangan mereka tidak mustahil berlaku di negara kita. Bagaimana jaminan (tragedi itu tidak berulang) dapat dilakukan sedangkan mereka punyai budaya balas dendam. Kerana itu pentingnya kita wujudkan ESSCOM bagi memastikan ini tidak berlaku," katanya.
Ditanya tentang rasional Malaysia bekerjasama dengan Filipina bagi mengambil tindakan ketenteraan di selatan Filipina bagi menghapuskan ancaman itu secara terus di puncanya, beliau berkata tindakan ketenteraan bukan penyelesaian kepada masalah itu.
"Pertama kalau kita masuk ke Filipina ke kawasan mereka, kita tidak hormati kedaulatan Filipina, begitu juga sebaliknya dengan kita di Malaysia. Jadi kedaulatan kedua-dua negara ini perlu dihormati.
"Kedua kita berbalik kepada budaya membalas dendam itu sendiri. Jika kita minta kerajaan Filipina bersama kita bersihkan kawasan itu, oleh kerana budaya dendam itu sentiasa ada, masalah tidak dapat diselesaikan dengan tindakan ketenteraan," katanya.
Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada Filipina kerana sentiasa bekerjasama erat dengan Malaysia dalam menyelesaikan tragedi itu serta memastikannya tidak berulang kembali seperti usaha menyekat pengganas Sulu daripada memasuki Malaysia.
Terdapat cadangan di kalangan rakyat Malaysia supaya pemimpin pengganas itu Jamalul Kiram diekstradisi ke Malaysia bagi didakwa di mahkamah negara ini, dan mengulas cadangan itu beliau berkata atas nama kebersamaan negara Asean, Malaysia boleh meminta Filipina untuk berbuat demikian.
"Kita pernah hantar Nur Misuari (pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) ke Filipina atas semangat Asean. Oleh demikian kalau Jamalul Kiram boleh ditahan dan diambil tindakan itulah sebaiknya.
"Jamalul Kiram rakyat Filipina tetapi jenayah dilakukan di Malaysia, jadi atas nama kebersamaan sebagai negara Asean kita boleh meminta Filipina bawa beliau bagi didakwa di Malaysia. Namun itu bukan atas kuasa Kementerian Pertahanan, Jabatan Peguam Negara kendalikan," katanya.
Beliau berkata ada kewajaran terdapat cadangan daripada Pergerakan Pemuda Umno bagi mendakwa Jamalul Kiram dan pengikutnya mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
"Mungkin akta dan seksyen itu sesuai tetapi kita serahkan kepada Peguam Negara akta mana paling sesuai digunakan. Apapun saya tegaskan pengganas yang kita tahan di Malaysia itu akan diambil tindakan perundangan sewajarnya.
"Kesalahan mereka itu dilakukan di negara kita jadi tindakan mahkamah dan perundangan mesti dilakukan di negara kita. Ia akan tertakluk kepada undang-undang di sini, kita menggangap mereka adalah penceroboh," kata Ahmad Zahid.
Sehingga kini 156 orang ditahan kerana berada di zon merah operasi manakala 97 individu ditahan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan.
Beliau turut ditanya tentang golongan tegar pembangkang yang hanya mempercayai fitnah dan tohmahan dilempar pemimpin pembangkang dan langsung tidak mempercayai maklumat disalurkan kerajaan tentang insiden itu.
Ahmad Zahid menegaskan masalah yang dihadapi di Lahad Datu sekarang bukan masalah politik sebaliknya masalah keselamatan negara dan seharusnya isu pertahanan negara tidak dipolitikkan demi kepentingan pihak tertentu.
"Ini merupakan hasil proses mentaksubkan pengikut yang hebat dilakukan pembangkang, budaya kebencian disemai di kalangan penyokong tegar mereka. Apa sahaja dibuat oleh kerajaan satu pun tidak positif.
"Saya harap mereka hormati profesionalisme Polis Diraja malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kalau mereka kata ATM atau PDRM tak sekuat mana, silakan ke Lahad Datu lihat sendiri. Saya bawa jika benar mereka ada semangat patriotik. Sehingga sekarang tiada seorang pun (ingin ke Lahad Datu)," katanya.

Filipina sahkan 36 orang yang ditahan semalam pengikut Kiram yang lari dari Lahad Datu...


boatxx
Jabatan Keadilan Filipina mengesahkan bahawa Tentera Laut negara itu berjaya memintas dua bot membawa penceroboh Lahad Datu yang bolos dari kepungan pihak berkuasa Malaysia pada pagi Selasa.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keadilan Filipina terdapat 36 orang di dalam bos tersebut termasuk seorang yang cedera namun ketua mereka Azzimuddin Kiram bukan salah seorang yang ditahan.
Pihak berkuasa Filipina ketika ini sedang bercadang untuk mendakwa semua yang terlibat.
"Dengan perkembangan ini, proses sedang dijalankan oleh pihak berkuasa untuk menfailkan tuduhan ke atas mereka secepat mungkin,"katanya Menteri Kehadikan Leila de Lima.
Jelasnya, antara tuduhan yang sedang dipertimbangkan ke atas mereka adalah memiliki senjata api secara haram.
Kesemua yang bolas itu kini ditahan di Pengkalan Tentera Laut Pulau Tawi-Tawi.
Siasatan masih dijalankan oleh pasukan NBI dengan mengambil kira semua aspek.
"Siasatan merangkumi semua sudut termasuk kemungkinan berlaku konspirasi," katanya.-14/3/2013

Tentera Filipina pintas bot pengikut Kiram, rampas senjata...
Tentera Laut Filipina Rabu berkata pihaknya berjaya memintas dua bot membawa pengikut Jamalul Kiram di perairan wilayah Pulau Tawi-Tawi pada pagi Rabu.
Menurut Jurucakap Tentera Laut Lt Komander Gregory Fabic bot yang sarat dengan sekurang-kurangnya 35 pengikut Kiram itu dipintas di perairan bandar Andoligan pada sekitar 6:30 pagi.
Fabic berkata bahawa unit rondaan Tentera Laut Filipina juga merampas senjata api dan peluru dari dua bot dan menambah salah seorang yang ditahan merupakan perempuan.
Tentera Filipina masih menyiasat samada kumpulan tersebut sedang bergerak menuju ke Sabah, di mana pengikut Kiram sedang dikepung pihak keselamatan Malaysia.
Sementara itu, dalam satu perkembangan berkaitan, Tentera Laut Filipina meningkatkan lagi rondaakn di kawasan Basilan, Sulu dan Pulau Tawi-Tawi dengan menggerakkan kapal tambahan untuk melaksanakan rondaan keselamatan maritim dan menyediakan bantuan kemanusiaan untuk penduduk yang terjejas berikutan pergolakan di Sabah.
"Dari 25, terdapat kini 34 kapal menjalankan rondaan maritim dan pemeriksaan keselamatan, selain misi kemanusiaan," menurut laporan yang disiarkan media negara tersebut.
Penambahan jumlah kapal rondaan itu juga bertujuan untuk mencegah pengikut Kiram bergerak ke Sabah untuk memberi sokongan tambahan kepada penceroboh Sabah.
Selain rondaan melibatkan semua pelabuhan, pemantauan juga perisikan, turut dipergiatkan.-13.3.2013

Sah...mayat Jeneral penceroboh ialah Haji Musa,bekas orang kanan Nur Misuari
Teka teki mengenai identiti Jeneral penceroboh Sulu yang ditembak mati pasukan kita dalam Ops Daulat di Tanjong Batu terjawab.Dia adalah Haji Musa ( gambar depan, dua dari kanan).
Ini disahkan sendiri Ketua Polis Sabah,Datuk Hamza Taib dalam sidang akhbar di pusat media Felda Residence,Felda Sahabat,Lahad Datu pagi Selasa.
Sebelum ini media melaporkan mayat berkenaan adalah Haji Musa namun belum ada pengesahan rasmi.
Isu menyelubungi Haji Musa bukan sahaja setakat kejayaan pasukan kita menembak mati salah seorang komander penceroboh tetapi beliau dikatakan ialah bekas orang kanan Moro National Liberal Front (MNLF) yang diketuai oleh Nur Misuari.
Sebelum ini ramai pihak hairan bagaimana Jamalul Kiram yang dakwa dirinya Sultan Sulu mampu taja gerombolan yang lengkap bersenjata canggih serta lojistik untuk menceroboh Sabah sedangkan dia diketahui tidak ada wang.
Sekalipun komander utama gerombolan itu ialah azziemudin Kiram namun ada cakap-cakap berlegar tentang penglibatan orang-orang MNLF dalam pencerobohan itu.
Nur Misuari dalam reaksinya pada dakwaan itu telah menafikan penglibatan MNLF.
Katanya jika ada pun mungkin mereka pergi sendiri-sendiri tanpa restu dan pengetahuan dari pergerakannya.
Kebelakangan ini perisikan Malaysia dan Filipina sedang giat menyiasat teori konspiorasi dibelakang pencerobohan mengejut ini.
Nur Misuari mengakui ada bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jakarta beberapa bulan lalu.
Namun katanya pertemuan itu cuma untuk mengadu mengenai dakwaan layanan buruk Malaysia pada pendatang tanpa izin dari Filipina.
Dalam pada itu gambar pertemuan mereka ( tidak pasti bila) banyak tersiar di media dicelah kehangatan teori konsprasi ini.

anwar-nurmisuari-ok

Anwar telah menafikan beliau terlibat dalam sebarang usaha menghasut pencerobohan itu dan menyaman TV3 dan Utusan kerana didakwa cuba mengaitkannya.
Laporan berkenaan sebenarnya adalah berdasarkan laporan beberapa media Filipina dan ajensi berita baru-baru ini tentang pertemuan tokoh pembangkang Malaysia dengan orang kanan puak Sulu tidak lama dulu.
Rasa pelik ramai pihak ialah timing pencerobohan ini menjelang pilihanraya umum ke 13 yang akan didakan dalam masa terdekat ini.
Ini memandangkan isu tuntutan puak Sultan Sulu keatas Sabah bukanlah satu isu baru.Namun selama ini belum pernah berlaku sebarang pencerobohan bersenjata.

Saturday, 9 March 2013

Anwar…Dari Lahad Datu Ke Liang Lahad!!


Khabier Malik adalah Komander Kanan Nur Misuari, tapi dia juga dilihat menjadi komander Kanan kumpulan pengganas Kiram Palsu III dalam pecerobohan Lahad Datu.
Dengan terdedahnya tembelang, bahawa Nur Misuari sebenarnya bukanlah Ketua MNLF lagi dan ia hanya ahli biasa dan sudah tersisih dari pimpinan MNLF, maka tidak hairanlah Nur Misuari boleh menjalin hubungan dengan Sultan Kiram Palsu III.
Padanlah Khabier Malik pun sudah bertukar rejimen menganggotai Tentera Diraja Palsu Sulu.
Dan, padanlah media Filipina mengaitkan Nur Misuari juga terlibat dalam menyumbang kepada pencerobohan di Lahad Datu. Rupa-rupanya Nur Misuari sudah menjadi umpama “lembu tak bertuan”, “menyelansang” mencari tempat makan dan tidor di feedlot lembu baka Kiram.
Padanlah Anwar pun turut dikaitkan oleh risik tentera dan media Filipina dalam insiden pencerobohan Tentera Sultan Sulu palsu di Lahad Datu.
Padan pun Anwar mengelabah macam “lembu terhidu bau harimau belang”. Dalam keadaan berani-berani takut, Anwar mengecam kelembapan kerajaan menangani insiden Lahad Datu. Tapi sebenarnya untuk menutup hubungannya dengan beberapa personaliti di Filipina dari terdedah yang telah membawa kepada insiden pencerobohan ini.
Satu dunia tahu bahawa hubungan Anwar-Misuari tak boleh dipisahkan umpama aur dengan tebing, saling bergantung dan saling memerlukan antara satu sama lain atas agenda dan kepentingan masing-masing. Apatah lagi kedua-duanya sudah tersisih dari arus kepimpinan perdana di negara masing-masing.
Padanlah Misuari pun turut kepanasan dan tiba-tiba mengeluarkan kenyataan berbau ugutan dan ancaman terhadap Malaysia.
Padanlah Misuari dan Anwar, kedua-duanya serentak melakukan pendekatandamage control di negara masing-masing agar tidak dilihat sebagai dalang oleh kerajaan dan rakyat di kedua-dua negara.
Padanlah Nur Misuari pun pandai melakukan pendekatan propaganda ala-Anwar dengan mengeluarkan pelbagai “cywar” dan provokasi bagi tujuan melindungi kesalahan sendiri dengan mencari jalan meletakkan bebanan kesalahan di pihak musuh ataupun pihak ke3.
Padanlah Misuari pun pandai menjalankan kaedah “cuci tangan” sebiji macam Anwar yang sering menjadikan pihak ke 3 sebagai kambing hitam dalam setiap modus operandinya menjulang diri sendiri.
Padanlah Misuari pun pandai menjalankan kaedah “cuci tangan” sebiji macam Anwar yang sering menjadikan pihak ke 3 sebagai kambing hitam dalam setiap modus operandinya menjulang diri sendiri.
Dalam insiden Lahad Datu ini, jelas sekali “keluarga Kiram III” menjadi “kambing hitam” dan menjadi pihak ke3 yang akhirnya menanggung segala bahana yang sedang dan akan terus terjadi selepas ini.
Anwar dan Misuari beruntung kerana pihak yang menjadi kambing hitam ini kebetulan “agak bodoh” dan terlalu mudah terpengaruh dengan “janji beracun” sehingga terpengaruh untuk melakukan sesuatu yang amat mustahil tercapai.
Perjuangan yang cuba dilakukan oleh Keluarga Kiram III ini samalah mustahilnya, jika Malaysia mahu menuntut Patani menjadi sebahagian dari wilayah Malaysia.
Samalah gilanya dengan usaha menggabungkan kembali Pakistan dan Bangladesh menjadi India Bersatu.
Apa pun tunggulah selepas tamat insiden pencerobohan asing ini. Pihak kerajaan pasti melakukan siasatan yang “super rapi”. Malah siasatan pasti akan lebih dalam dari lubang cacing.
Siapa menjadi dalang, siapa menjadii alat dan siapa menjadi pengkhianat di pihak Filipina dan siapa menjadi pengkhianat negara di pihak Malaysia, pasti akan diketahui.
Bak kata Kitab… Wamakaru.. Kita merancang, Allah pun merancang.
Bak kata Anwar… U Tanya Kalu, I Saman U. U dedah Kalu I Saman U. U siasat Kalu, I Saman U…
Kamarulzaman Kamdias

Anwar masuk paling jijik - Saiful Bukhari Azlan


Saiful Bukhari Azlan menyeru rakyat Malaysia agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berhubung kenyataan yang dibuat oleh bapanya.
Ujarnya, beliau berasa amat sedih dan dukacita dengan apa yang dilakukan oleh bapanya yang menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar Ibrahim.
“Demi Allah, agama, bangsa dan negara tercinta saya tegaskan tidak sama sekali berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya dan segala keterangan saya di mahkamah juga sumpah laknat yang saya telah lafazkan sehingga akhir hayat,” tegasnya dalam sidang media hari ini.
Beliau turut meminta agar Anwar bertaubat dan biarpun telah lima tahun berlalu tetapi beliau tetap bertahan dan berdiri teguh walau sukar.
“Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali. Saya beri amaran pada Anwar jangan babitkan bapa saya untuk putar belit keadaan.
“Saya berdoa Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali ke jalan Allah, pertahankan anak kandungnya yang jadi mangsa.”
Tambahnya lagi, sebagai anak kasih sayang dan hormat kepada ayah akan kekal hingga akhir hayat.
Terdahulu, hari ini bapanya telah memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa Saiful Bukhari dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.
Anwar, dituduh meliwat bekas pembantunya di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008 dan dia didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Kesesakaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Ini adalah kes liwat kedua melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat ini selepas didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun pada Ogos 2000 kerana meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.

Wednesday, 6 March 2013

13 Mayat Pengganas Ditemui Di Kampung Tanduo



LAHAD DATU, 6 Mac – Tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan penceroboh di kampung itu.
Satu daripada mayat itu adalah pengganas yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan keselamatan pada pukul 6.45 pagi ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pukul 4 petang ini, Ahmad Zahid berkata Sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan.
Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas yang di dalam sebuah kubur.
Turut diedar ialah gambar anggota forensik diserang penceroboh ketika memeriksa sebuah kubur di kampung itu dan senjata yang dirampas pasukan keselamatan.
Serentak itu, Ahmad Zahid membidas sikap media sosial yang memperlekehkan barisan hadapan pasukan keselamatan kononnya ia adalah sandiwara.
“Gambar-gambar ini menunjukkan pasukan keselamatan kita mempunyai kebolehan yang tinggi dalam menjalankan operasi ini. Ia bukan sandiwara,” katanya.
Sementara itu, Hishammuddin berkata berlaku dua pertempuran di sekitar kampung berkenaan ketika anggota tentera dan polis menjalankan operasi susulan dan penggeledahan.
“Pada 6.45 pagi tadi pasukan kita telah bertempur dengan pasukan penceroboh dan pasukan keselamatan kita menembak mati seorang anggota kumpulan penceroboh itu.
“Pada 1.45 tengah hari pasukan forensik kita diserang kumpulan penceroboh ketika menjalankan siasatan di kawasan kubur di mana mayat anggota mereka ditanam di kawasan kampung itu,” katanya yang mengesahkan tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera.
Beliau berkata operasi bersama polis dan tentera itu turut menemui pelbagai senjata api milik kumpulan pengganas rakyat asing itu.
Semalam, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Feb lepas.
Sesudah itu, gerakan susulan dan penggeledahan dilakukan rumah ke rumah bertumpu di sekitar kawasan empat kilometer persegi di kampung itu bagi memburu kumpulan pengganas itu.
Sejak isu pencerobohan sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata di Lahad Datu 12 Feb lepas, lapan orang anggota polis terkorban dan 32 penceroboh terbunuh.
Dua anggota komando polis VAT 69 terkorban Jumaat lepas dalam serangan di Kampung Tanduo manakala enam lagi anggota polis terkorban dalam serang hendap di Kampung Simunul, Semporna pada Sabtu malam.
Hishammuddin berkata operasi susulan dan penggeledahan Op Daulat, yang masuk hari kedua hari ini, perlu dilakukan secara berhati-hati bagi memastikan keselamatan pasukan keselamatan dan berikutan faktor bentuk muka bumi di kawasan Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari sini.
Hishammuddin dan Ahmad Zahid meminta semua pihak memberi ruang kepada pasukan keselamatan menjalankan tugas mereka bagi memastikan kedaulatan dan keamanan di pantai timur Sabah terjamin.