Jabatan Keadilan Filipina mengesahkan bahawa Tentera Laut negara itu berjaya memintas dua bot membawa penceroboh Lahad Datu yang bolos dari kepungan pihak berkuasa Malaysia pada pagi Selasa.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keadilan Filipina terdapat 36 orang di dalam bos tersebut termasuk seorang yang cedera namun ketua mereka Azzimuddin Kiram bukan salah seorang yang ditahan.
Pihak berkuasa Filipina ketika ini sedang bercadang untuk mendakwa semua yang terlibat.
"Dengan perkembangan ini, proses sedang dijalankan oleh pihak berkuasa untuk menfailkan tuduhan ke atas mereka secepat mungkin,"katanya Menteri Kehadikan Leila de Lima.
Jelasnya, antara tuduhan yang sedang dipertimbangkan ke atas mereka adalah memiliki senjata api secara haram.
Kesemua yang bolas itu kini ditahan di Pengkalan Tentera Laut Pulau Tawi-Tawi.
Siasatan masih dijalankan oleh pasukan NBI dengan mengambil kira semua aspek.
"Siasatan merangkumi semua sudut termasuk kemungkinan berlaku konspirasi," katanya.-14/3/2013
Tentera Filipina pintas bot pengikut Kiram, rampas senjata...
Tentera Laut Filipina Rabu berkata pihaknya berjaya memintas dua bot membawa pengikut Jamalul Kiram di perairan wilayah Pulau Tawi-Tawi pada pagi Rabu.
Menurut Jurucakap Tentera Laut Lt Komander Gregory Fabic bot yang sarat dengan sekurang-kurangnya 35 pengikut Kiram itu dipintas di perairan bandar Andoligan pada sekitar 6:30 pagi.
Fabic berkata bahawa unit rondaan Tentera Laut Filipina juga merampas senjata api dan peluru dari dua bot dan menambah salah seorang yang ditahan merupakan perempuan.
Tentera Filipina masih menyiasat samada kumpulan tersebut sedang bergerak menuju ke Sabah, di mana pengikut Kiram sedang dikepung pihak keselamatan Malaysia.
Sementara itu, dalam satu perkembangan berkaitan, Tentera Laut Filipina meningkatkan lagi rondaakn di kawasan Basilan, Sulu dan Pulau Tawi-Tawi dengan menggerakkan kapal tambahan untuk melaksanakan rondaan keselamatan maritim dan menyediakan bantuan kemanusiaan untuk penduduk yang terjejas berikutan pergolakan di Sabah.
"Dari 25, terdapat kini 34 kapal menjalankan rondaan maritim dan pemeriksaan keselamatan, selain misi kemanusiaan," menurut laporan yang disiarkan media negara tersebut.
Penambahan jumlah kapal rondaan itu juga bertujuan untuk mencegah pengikut Kiram bergerak ke Sabah untuk memberi sokongan tambahan kepada penceroboh Sabah.
Selain rondaan melibatkan semua pelabuhan, pemantauan juga perisikan, turut dipergiatkan.-13.3.2013
Sah...mayat Jeneral penceroboh ialah Haji Musa,bekas orang kanan Nur Misuari
Teka teki mengenai identiti Jeneral penceroboh Sulu yang ditembak mati pasukan kita dalam Ops Daulat di Tanjong Batu terjawab.Dia adalah Haji Musa ( gambar depan, dua dari kanan).
Ini disahkan sendiri Ketua Polis Sabah,Datuk Hamza Taib dalam sidang akhbar di pusat media Felda Residence,Felda Sahabat,Lahad Datu pagi Selasa.
Sebelum ini media melaporkan mayat berkenaan adalah Haji Musa namun belum ada pengesahan rasmi.
Isu menyelubungi Haji Musa bukan sahaja setakat kejayaan pasukan kita menembak mati salah seorang komander penceroboh tetapi beliau dikatakan ialah bekas orang kanan Moro National Liberal Front (MNLF) yang diketuai oleh Nur Misuari.
Sebelum ini ramai pihak hairan bagaimana Jamalul Kiram yang dakwa dirinya Sultan Sulu mampu taja gerombolan yang lengkap bersenjata canggih serta lojistik untuk menceroboh Sabah sedangkan dia diketahui tidak ada wang.
Sekalipun komander utama gerombolan itu ialah azziemudin Kiram namun ada cakap-cakap berlegar tentang penglibatan orang-orang MNLF dalam pencerobohan itu.
Nur Misuari dalam reaksinya pada dakwaan itu telah menafikan penglibatan MNLF.
Katanya jika ada pun mungkin mereka pergi sendiri-sendiri tanpa restu dan pengetahuan dari pergerakannya.
Kebelakangan ini perisikan Malaysia dan Filipina sedang giat menyiasat teori konspiorasi dibelakang pencerobohan mengejut ini.
Nur Misuari mengakui ada bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jakarta beberapa bulan lalu.
Namun katanya pertemuan itu cuma untuk mengadu mengenai dakwaan layanan buruk Malaysia pada pendatang tanpa izin dari Filipina.
Dalam pada itu gambar pertemuan mereka ( tidak pasti bila) banyak tersiar di media dicelah kehangatan teori konsprasi ini.
Anwar telah menafikan beliau terlibat dalam sebarang usaha menghasut pencerobohan itu dan menyaman TV3 dan Utusan kerana didakwa cuba mengaitkannya.
Laporan berkenaan sebenarnya adalah berdasarkan laporan beberapa media Filipina dan ajensi berita baru-baru ini tentang pertemuan tokoh pembangkang Malaysia dengan orang kanan puak Sulu tidak lama dulu.
Rasa pelik ramai pihak ialah timing pencerobohan ini menjelang pilihanraya umum ke 13 yang akan didakan dalam masa terdekat ini.
Ini memandangkan isu tuntutan puak Sultan Sulu keatas Sabah bukanlah satu isu baru.Namun selama ini belum pernah berlaku sebarang pencerobohan bersenjata.
No comments:
Post a Comment