Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday, 26 March 2013

Lompat Kawasan Hanya Pentingkan Diri, Jadi Juara Pentas Tapi Tewas Laman Sendiri



Tindakan pemimpin pembangkang yang suka melompat kawasan setiap kali pilihan raya adalah di kalangan mereka yang hanya lebih mengutamakan kepentingan diri dan parti masing-masing daripada membela nasib rakyat.
Ketua Puteri Pulau Pinang, Nor Hafizah Othman menyifatkan perbuatan pemimpin terbabit sebagai tidak ikhlas dalam perjuangan mereka yang kononnya menjadi pejuang kepada nasib rakyat sebaliknya apa yang dilakukan itu adalah untuk kepentingan sendiri.
“Mereka ini suka membuat janji-janji manis dan berjaya mempengaruhi serta memperdaya rakyat untuk menyokong mereka, tetapi apabila dipilih nasib rakyat di kawasan berkenaan diabaikan kerana mereka asyik berceramah daripada melakukan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
“Amanah yang diberikan disalahguna untuk memperkukuhkan politik mereka, apakah pemimpin seperti ini yang harus kita jadikan wakil untuk membela nasib rakyat,” katanya kepada UMNO-online.
Nor Hafizah berkata demikian ketika diminta mengulas sikap pemimpin pembangkang yang suka melompat dari satu kawasan ke kawasan yang lain seperti apa yang dilakukan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan kini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan melakukan perbuatan serupa.
Beliau berkata, mungkin apa yang dilakukan itu adalah untuk menutup kelemahan berikutan kegagalan mereka sebagai wakil rakyat dan khuatir tidak mendapat sokongan di kawasan yang pernah diwakilinya sebelum ini.
“Pemimpin pembangkang ini biasanya pandai bercakap sahaja, mereka sebenarnya hanyalah juara di pentas, bukannya mengambil berat nasib rakyat yang diwakili, sebab itu mereka lari ke tempat lain kerana takut tembelang mereka pecah. Mereka ini juara di luar tapi tewas di laman sendiri.
“Itulah fungsi sebenar pembangkang yang inginkan kuasa tetapi tidak tahu apa yang hendak dilakukan dengan kuasa yang ada di tangan kecuali menggunakan untuk kepentingan diri dan parti. Pakatan pembangkang tidak serius menjaga kebajikan pengundi,” katanya.
Nor Hafizah berkata, alasan yang mengatakan mereka berpindah ke kawasan lain atas permintaan rakyat di kawasan terbabit hanyalah satu helah untuk menutup kelemahan dan memastikan karier mereka terus selamat.
Beliau menyifatkan apa yang berlaku menunjukkan pemimpin pembangkang itu sudah hilang keyakinan di kawasan yang diwakilinya apabila menyedari rakyat sudah membuaka mata dan ingin wakil rakyat yang benar-benar bekerja untuk membela nasib rakyat. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment