Saiful Bukhari Azlan menyeru rakyat Malaysia agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berhubung kenyataan yang dibuat oleh bapanya.
Ujarnya, beliau berasa amat sedih dan dukacita dengan apa yang dilakukan oleh bapanya yang menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar Ibrahim.
“Demi Allah, agama, bangsa dan negara tercinta saya tegaskan tidak sama sekali berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya dan segala keterangan saya di mahkamah juga sumpah laknat yang saya telah lafazkan sehingga akhir hayat,” tegasnya dalam sidang media hari ini.
Beliau turut meminta agar Anwar bertaubat dan biarpun telah lima tahun berlalu tetapi beliau tetap bertahan dan berdiri teguh walau sukar.
“Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali. Saya beri amaran pada Anwar jangan babitkan bapa saya untuk putar belit keadaan.
“Saya berdoa Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali ke jalan Allah, pertahankan anak kandungnya yang jadi mangsa.”
Tambahnya lagi, sebagai anak kasih sayang dan hormat kepada ayah akan kekal hingga akhir hayat.
Terdahulu, hari ini bapanya telah memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa Saiful Bukhari dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.
Anwar, dituduh meliwat bekas pembantunya di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008 dan dia didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Kesesakaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Ini adalah kes liwat kedua melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat ini selepas didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun pada Ogos 2000 kerana meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.
No comments:
Post a Comment