Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 22 May 2012

Pelawaan muzakarah PAS retorik, dan umpama kingkong berlindung dibalik lalang


Kalau orang ikut bahasa orang Penang, keadaan dalam PAS berikutan cadangan muzakarah ini kira CACAMARCA. Semuanya bermula selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat duk tak duduk buka mulut pasal kesediaan untuk bermuzakarah dengan UMNO.

Kenyataan Nik Aziz itu bagaimanapun disambut oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa muzakarah tersebut hanya akan dilaksanakan selepas pilihanraya umum ke 13. Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pulak kata tidak akan bercakap soal perpaduan dan meletakkan syarat-syarat yang ketat dan luar biasa.

Antaranya bersihkan sistem pilihanraya dan kebebasan akhbar yang tidak ada kena mengena dengan soal perpaduan umat Islam. 

Dan pagi ini, Nik Aziz pula bercakap bahawa muzakarah itu boleh buat sebelum pilihanraya dan cara dia jawab soalan wartawan itu muzakarah tersebut macam rundingan politik bukan soal perpaduan umat Islam seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Masalahnya, cakap sapa yang hendak kita pakai ni? Nik Aziz, Hadi atau Tuan Ibrahim?
Nik Aziz di Kuala Terengganu pagi ini mencadangkan muzakarah bersama UMNO diadakan sebelum pilihan raya.

Menteri Besar Kelantan menegaskan UMNO perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh PAS sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.

"Kalau UMNO nak bersatu (dengan PAS), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"UMNO kena terima PAS sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila UMNO dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 PAS Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah PAS di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Nik Aziz Ahmad Fadhli bin Shaari dalam satu kenyataan di harakahdaily berkata, bukan Nik Aziz yang mengemukakan pelawaan untuk bermuzakarah sebaliknya jawab soalan wartawan ulas kenyataan Hadi Awang.

"Pendirian Mursyidul Am PAS dalam isu muzakarah ialah jelas. Pintunya sentiasa terbuka untuk sesiapa sekalipun. Tetapi untuk berpadu dengan UMNO bagi menyelamatkan UMNO yang sedang terkapai-kapai, pohon maaf," kata beliau.

Jangan halang muzakarah - Tun Mahathir

Dalam pada itu, pemimpin tertinggi PAS yang berbeza pendapat dengan  Nik Aziz berhubung kesediaannya mengadakan muzakarah dengan UMNO tidak seharusnya menghalang muzakarah diadakan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata muzakarah memberi peluang kepada kedua-dua parti menyatakan pendapat dan mencari jalan menyatupadukan umat Islam yang berpecah akibat fahaman politik.

"Nik Aziz boleh bagi pendapat dia dan pemimpin lain dalam Pas tidak patut halang," kata Dr Mahathir kepada pemberita semasa diminta mengulas percanggahan pandangan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dengan Nik Aziz dalam isu itu.

Bernama melaporkan Dr Mahathir berkata pemimpin PAS harus datang dengan fikiran terbuka dan sanggup memberi pendapat.

"Setuju atau tidak adalah soal lain... bolehlah muzakarah apa salahnya," katanya.

Mengenai gesaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya dibincangkan kewajaran penggunaan perkataan Islam oleh PAS, Dr Mahathir berkata beliau telah merasakan umat Melayu akan berpecah semasa Pas mendaftar perkataan Islam dalam nama parti itu dulu.

"Saya rasa Melayu akan ada masalah dan berpecah belah pasal dia (PAS) nak menentang agama tidak boleh. Dia perlu ambil kira keadaan dalam negara....jadi Melayu akan berpecah.

"Sebelum itu ulama-ulama Pas adalah orang Umno tetapi pasal UMNO tidak pilih ulama jadi Yang Berhormat lalu mereka keluar. Jadi saya berpendapat penggunaan nama Islam pada parti tetap membawa berpecahan," katanya.

Di KULIM, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata muzakarah antara kumpulan umat Islam di negara ini seperti UMNO dan PAS sememangnya dinanti-nantikan oleh semua umat Islam dan orang Melayu di negara ini.

Bagaimanapun, katanya muzakarah itu hendaklah dilakukan dengan niat yang ikhlas dan tulus.

"Tetapi kita tidak mahu isu ini kelak seperti yang pernah berlaku lebih kepada satu polemik politik dan jika ini berlaku hanya akan membuang masa sahaja," katanya.ra, beliau yakin majoriti rakyat negara ini tidak menolak muzakarah itu.
Katanya cadangan tersebut, jika terbit dari ketulusan hati, masa depan perpaduan dan perhubungan erat rakyat di negara ini akan lebih terjamin selaras dengan tranformasi kerajaan kini.-19/5/2012Muza

2 comments:

  1. Masalah Nik Aziz ni, dia ingat dia masih popular mcm dulu. Ahli2 Pas sendiri rasa malu nak sebut nama dia. Ahli2 rasa mamat ni dah hilang tujuan dan byk menyeleweng dlm agama.
    Nik Aziz kena ingat Pas tu bukan dia punya tapi ahli Pas. Sebab dah lama dia ingat Pas tu hak milik dia, mcm Hj hadi juga. Kalau tanya ahli2, dia org kata apa ketua ni cakap, kami tak setuju. Pemimpin2 ni lupa Pas tu adalah ahli2 parti tu.
    Kita org Islam tak lawan org tua2. itu budaya kita org melayu. Kalau bapa kita kata benda salah, kita tau, tapi kita diam sbb tak nak malukan dia atau hina dia. Mcm tu juga ahli Pas. Ahli tak akan tegur Nik Aziz tapi bila undi (rahsia kan), ahli tak akan undi mereka lagi. Pemimpin2 ni dah lupa sebab taksub sgt dgn PKR dan DAP.

    ReplyDelete
  2. puteri umno bodoh,otak lembu..tak abis2 duk aibkan orang buat kisah lucah..ingat!!Allah maha adil..

    ReplyDelete