Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 21 May 2012

Majlis Peguam Gadai Prinsip Kerana Dikuasai Pakatan Pembangkang

 
Sebagaimana Pas sanggup mengenepikan perjuangan sebenar mereka, kini Majlis Peguam pula sanggup ‘menggadaikan’ prinsip sebenar peguam yang seharusnya bersikap neutral dalam memberi khidmat pandangan berkenaan undang-undang negara, demikian pandangan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam

Tegas beliau selaku badan yang arif lagi bijaksana mengenai bidang perundangan, seharusnya Majlis Peguam bersikap lebih profesional dan tidak memberi pandangan berat sebelah.

Jelasnya lagi, sejak kebelakangan ini, Majlis Peguam tidak lagi dilihat sebagai satu badan yang relevan dalam memberi pandangan yang adil dan saksama kerana mereka lebih cenderung untuk diperguna dan diperalatkan sebagai lidah rasmi pakatan pembangkang.

“Semua ini terjadi adalah kerana Majlis Peguam kini terdiri daripada golongan mereka yang berada dalam pakatan pembangkang.

“Perkara ini telah mencalar dan merosakkan imej Majlis Peguam itu sendiri. Mereka telah membuat rakyat hilang kepercayaan terhadap kredibiliti karier sebagai seorang peguam. Sekiranya mereka benar-benar mahu terlibat dalam dunia politik, tukarlah organisasi mereka dan daftar sebagai pertubuhan politik”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Ujar beliau jangan berselindung disebalik Majlis Peguam untuk berpolitik kerana Majlis Peguam tidak seharusnya lari daripada landasan keadilan dan tidak boleh berat sebelah.

“Mengapa saya katakan mereka berat sebelah? Kita ambil contoh terbaru iaitu isu Bersih 3.0. Seharusnya Majlis Peguam yang terdiri daripada mereka yang bijak tentang perundangan negara, mereka sudah semestinya sedar akibat daripada melanggar perintah mahkamah yang melarang perhimpunan tersebut. Tetapi sebaliknya, mereka telah menyokong malah sanggup mengadakan mesyuarat tergempar dan memutuskan resolusi yang mengutuk kekerasan polis semasa perhimpunan tersebut.

“Adakah ini wajar dan mencerminkan kredibiliti Majlis Peguam sebagai badan yang mengamal dan memahami undang-undang? Sudah tentu tidak. Mereka kini lebih kepada agenda untuk melengkapkan kemahuan dan kehendak pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim dan Ambiga,” ujarnya.

Beliau dengan tegasnya menyuarakan agar Majlis Peguam dirombak agar objektif sebenar badan ini tidak salahgunakan semata-mata demi kepentingan politik kotor pembangkang.
“Dari dulu hingga sekarang, pembangkang sering menuduh UMNO dan Kerajaan menguasai badan kehakiman sedangkan ini semua adalah fitnah semata-mata, tetapi kini lihatlah apa yang terjadi terhadap Majlis Peguam ini. Terang-terangan ianya dikuasai oleh pakatan pembangkang,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment