Kalau orang ikut bahasa orang Penang, keadaan dalam PAS berikutan
cadangan muzakarah ini kira CACAMARCA. Semuanya bermula selepas
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat duk tak duduk buka mulut
pasal kesediaan untuk bermuzakarah dengan UMNO.
Kenyataan Nik Aziz itu bagaimanapun disambut oleh Ketua Penerangan
PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa muzakarah tersebut hanya akan
dilaksanakan selepas pilihanraya umum ke 13. Manakala Presiden PAS Datuk
Seri Abdul Hadi Awang pulak kata tidak akan bercakap soal perpaduan dan
meletakkan syarat-syarat yang ketat dan luar biasa.
Antaranya bersihkan sistem pilihanraya dan kebebasan akhbar yang tidak ada kena mengena dengan soal perpaduan umat Islam.
Dan pagi ini, Nik Aziz pula bercakap bahawa muzakarah itu boleh buat
sebelum pilihanraya dan cara dia jawab soalan wartawan itu muzakarah
tersebut macam rundingan politik bukan soal perpaduan umat Islam seperti
yang diwar-warkan sebelum ini.
Masalahnya, cakap sapa yang hendak kita pakai ni? Nik Aziz, Hadi atau Tuan Ibrahim?
Nik Aziz di Kuala Terengganu pagi ini mencadangkan muzakarah bersama UMNO diadakan sebelum pilihan raya.
Menteri Besar Kelantan menegaskan UMNO perlu mematuhi beberapa
perkara yang akan ditentukan oleh PAS sekiranya ingin bersatu dan
mencapai kesefahaman.
"Kalau UMNO nak bersatu (dengan PAS), tukar dasar kebangsaan dia,
bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi
perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam.
"UMNO kena terima PAS sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila UMNO
dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 PAS Kawasan Kuala
Terengganu di Markaz Tarbiyyah PAS di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
Sementara itu, Setiausaha Akhbar Nik Aziz Ahmad Fadhli bin Shaari dalam satu kenyataan di harakahdaily berkata, bukan Nik Aziz yang mengemukakan pelawaan untuk bermuzakarah sebaliknya jawab soalan wartawan ulas kenyataan Hadi Awang.
Sementara itu, Setiausaha Akhbar Nik Aziz Ahmad Fadhli bin Shaari dalam satu kenyataan di harakahdaily berkata, bukan Nik Aziz yang mengemukakan pelawaan untuk bermuzakarah sebaliknya jawab soalan wartawan ulas kenyataan Hadi Awang.
"Pendirian Mursyidul Am PAS dalam isu muzakarah ialah jelas. Pintunya
sentiasa terbuka untuk sesiapa sekalipun. Tetapi untuk berpadu dengan
UMNO bagi menyelamatkan UMNO yang sedang terkapai-kapai, pohon maaf,"
kata beliau.
Jangan halang muzakarah - Tun Mahathir
Dalam pada itu, pemimpin tertinggi PAS yang berbeza pendapat dengan
Nik Aziz berhubung kesediaannya mengadakan muzakarah dengan UMNO tidak
seharusnya menghalang muzakarah diadakan, kata bekas Perdana Menteri Tun
Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata muzakarah memberi peluang kepada kedua-dua parti
menyatakan pendapat dan mencari jalan menyatupadukan umat Islam yang
berpecah akibat fahaman politik.
"Nik Aziz boleh bagi pendapat dia dan pemimpin lain dalam Pas tidak
patut halang," kata Dr Mahathir kepada pemberita semasa diminta mengulas
percanggahan pandangan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dengan
Nik Aziz dalam isu itu.
Bernama melaporkan Dr Mahathir berkata pemimpin PAS harus datang dengan fikiran terbuka dan sanggup memberi pendapat.
"Setuju atau tidak adalah soal lain... bolehlah muzakarah apa salahnya," katanya.
Mengenai gesaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya
dibincangkan kewajaran penggunaan perkataan Islam oleh PAS, Dr Mahathir
berkata beliau telah merasakan umat Melayu akan berpecah semasa Pas
mendaftar perkataan Islam dalam nama parti itu dulu.
"Saya rasa Melayu akan ada masalah dan berpecah belah pasal dia (PAS)
nak menentang agama tidak boleh. Dia perlu ambil kira keadaan dalam
negara....jadi Melayu akan berpecah.
"Sebelum itu ulama-ulama Pas adalah orang Umno tetapi pasal UMNO
tidak pilih ulama jadi Yang Berhormat lalu mereka keluar. Jadi saya
berpendapat penggunaan nama Islam pada parti tetap membawa berpecahan,"
katanya.
Di KULIM, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir
Baharom berkata muzakarah antara kumpulan umat Islam di negara ini
seperti UMNO dan PAS sememangnya dinanti-nantikan oleh semua umat Islam
dan orang Melayu di negara ini.
Bagaimanapun, katanya muzakarah itu hendaklah dilakukan dengan niat yang ikhlas dan tulus.
"Tetapi kita tidak mahu isu ini kelak seperti yang pernah berlaku
lebih kepada satu polemik politik dan jika ini berlaku hanya akan
membuang masa sahaja," katanya.ra, beliau yakin majoriti rakyat negara
ini tidak menolak muzakarah itu.
Katanya cadangan tersebut, jika terbit dari ketulusan hati, masa
depan perpaduan dan perhubungan erat rakyat di negara ini akan lebih
terjamin selaras dengan tranformasi kerajaan kini.-19/5/2012Muza
Masalah Nik Aziz ni, dia ingat dia masih popular mcm dulu. Ahli2 Pas sendiri rasa malu nak sebut nama dia. Ahli2 rasa mamat ni dah hilang tujuan dan byk menyeleweng dlm agama.
ReplyDeleteNik Aziz kena ingat Pas tu bukan dia punya tapi ahli Pas. Sebab dah lama dia ingat Pas tu hak milik dia, mcm Hj hadi juga. Kalau tanya ahli2, dia org kata apa ketua ni cakap, kami tak setuju. Pemimpin2 ni lupa Pas tu adalah ahli2 parti tu.
Kita org Islam tak lawan org tua2. itu budaya kita org melayu. Kalau bapa kita kata benda salah, kita tau, tapi kita diam sbb tak nak malukan dia atau hina dia. Mcm tu juga ahli Pas. Ahli tak akan tegur Nik Aziz tapi bila undi (rahsia kan), ahli tak akan undi mereka lagi. Pemimpin2 ni dah lupa sebab taksub sgt dgn PKR dan DAP.
puteri umno bodoh,otak lembu..tak abis2 duk aibkan orang buat kisah lucah..ingat!!Allah maha adil..
ReplyDelete