Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 31 August 2011

SELAMAT ULANGTAHUN MALAYSIA KU MERDEKA!!!!!


Hari Raya Aidilfitri 1432H di sambut serentak dengan Sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 tahun. Pastinya Sejarah ini tidak dilupakan oleh Rakyat Malaysia walau di mana sahaja berada.

Perkara ini jarang berlaku dalam peristiwa tanahair dan kita sebagai Rakyat Malaysia perlu mengambil ini sebagai ikhtibar bagi merealisasikan impian Negara menuju Negara aman, berdiri di atas kaki sendiri, tidak mengikut telunjuk kuasa asing, tidak menjadikan negara luar yang bergolak sebagai contoh hak kebebasan demokrasi. Hormat menghormati budaya di antara masyarakat majmuk di Malaysia sejak dahulu lagi perlu dipelihara agar MERDEKA akan dapat kita capai selamanya. 

Apa yang perlu diyakini oleh rakyat Malaysia, kita mestilah hormati Kuasa Raja-raja Melayu sebagai ketua Negara dan Negeri yang digunakan sejak berkurun lamanya. Jangan lah pula kerana kerakusan dan gilakan kuasa kita sanggup melupakan sejarah dan akhirnya hilang KEMERDEKAAN Negara.

Dengan semangat Malaysia kita seharusnya berasa bersyukur dengan keringat pemimpin, panglima, pahlawan dan rakyat yang mahu melihat  negara bebas dari ancaman penjajah.

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KU KALI KE 54 TAHUN
MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA!!!!
MERDEKA MERDEKA MERDEKA!!!


Ikhlas dari kami ;

YB Datuk Rashid Shirlin Haji Abdul Rashid Shirlin
(Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia)
YBhg. Pn Shahanim Mohamad Yusoff
(Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia)

YB Cik Nolee Ashilin Dato' Mohammed Radzi
YBhg Pn MAs Ermieyati Haji Samsudin
YBhg Cik Dg Maimunah Sidek
Krew-krew GTPUM


Tuesday, 30 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H dan Selamat Hari Kemerdekaan ke 54 Tahun


Assalamualaikum wbt;

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H kepada rakan-rakan blogger, facebook, twitter  dan rakyat 1 Malaysia.

Jadikanlah Hari Raya Aidilfitri 1432H ini penuh makna dan menghampiri diri dengan keinsafan.

Kepada sahabat-sahabat yang memandu ke destinasi yang dituju, pandulah dengan cermat dan ingatlah kepada mereka yang tersayang!!

Berkesempatan ini juga, kami mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke 54 Tahun kepada Rakyat Malaysia di mana sahaja anda berada.

Marilah kita menginsafi diri dan bersyukur di atas jasa dan pengorbanan Pasukan Keselamatan Negara dahulu, kini dan di masa akan datang.

Janganlah kita menjadi seperti Mohamad Sabu yang mahu mengubah fakta Sejarah Kemerdekaan Malaysia yang diperjuangkan oleh bekas-bekas pejuang tanahair.


p/s : Hanya Barisan Nasional yang memberi jaminan keselamatan, keamanan, kesejahteraan, ketenteraman dan berwawasan jauh!!!! 


Ikhlas dari kami:
YB Datuk Rosnah Shirlin Haji Abdul Rashid Shirlin
(Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia)


YBhg. Pn Shahanim Mohamad Yusoff
(Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia)


YB Cik Nolee Ashilin Dato' Mohammed Radzi
YBhg Pn Mas Ermieyati Haji Samsudin
YBhg Cik Dg Maimunah Sidek


Krew-krew GTPUM

Monday, 29 August 2011

Saya tak ingat – Mat Sabu

Lihat Youtube ini


  • Mohamad Sabu yang dikecam pelbagai pihak kerana menyokong perjuangan komunis, akhirnya muncul memberi reaksi pertama beliau yang dianggap cukup mengejutkan.






  • Dalam kenyataan ringkasnya, Timbalan Presiden Pas itu mendakwa tidak ingat apa yang beliau ucapkan ketika berceramah di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.






  • Sementara itu pelbagai pihak terus mengecam beliau dan setakat ini 20 laporan polis dibuat ke atasnya.




  • Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula secara tegas melabelkan bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah itu sebagai pengganas dan pengkhianat negara.





  • KUALA LUMPUR 28 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang terpalit dengan kontroversi terbaru selepas menganggap pengganas komunis sebagai hero memberi jawapan mengejutkan apabila memberitahu, dia tidak mengingati apa yang diucapkannya.

    Ia kenyataan pertama seumpamanya pernah dibuat oleh Mohamad dalam usahanya ‘membela’ diri kerana dalam mana-mana kes kontroversinya sebelum ini, pemidato hebat Pas itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia terlupa mengenai apa yang pernah dituturkan.

    Lebih mengejutkan, dakwaan terlupa itu dibuat ketika video yang memaparkan ucapannya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu telah mula tersebar di Internet terutamanya di laman-laman blog dan laman sosial Facebook sejak petang semalam.

    “Saya tidak ingat adakah saya kata begitu. Saya sedang cari rakaman ceramah itu balik. Lepas tengok baru saya akan ulas sama ada perlu bincang dengan peguam atau bagaimana,” katanya seperti mana dipetik dari lidah rasmi Pas, http://harakahdaily.net, hari ini. (Youtube di atas bukti besi yang tidak boleh dipertikaikan)

    Utusan Malaysia dalam laporan muka depan semalam melaporkan, Mohamad menganggap Kompeni Pasukan Keempat Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

    Menurut Timbalan Presiden Pas itu, Muhammad Indera, iaitu lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis tersebut.

    Dalam ceramahnya itu juga, beliau mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British selain turut berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara.

    Rentetan kontroversi itu, pelbagai pihak terutamanya bekas-bekas perajurit dan ahli keluarga mangsa ‘penyembelihan’ Bukit Kepong menyelar Mohamad dan menuntut orang nombor dua Pas itu meminta maaf secara terbuka serta didakwa di bawah Akta Hasutan.

    Tidak terkecuali mengutuk perbuatan biadab itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau menganggap Mohamad sebagai pemimpin yang buta sejarah serta mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan tanah air.

    Sumber : Utusan Malaysia

    p/s : Pemimpin seperti ini yang pembangkang harapkan?? Kepesongan yang dibuat oleh Mat Sabu menunjukkan bahawa pembangkang tuli dan menjadi barua DAP!!!!

    Isu Murtad hanya dilihat mudah, berdemonstrasi haram (BERSIH 2.0)  dihalalkan, kini mahu  menjadi hero barang terbuang pula semata-mata untuk setia bersama DAPig!!!

    Mat Sabu sudah hilang ingatan!!! Tak lama lagi akan nyanyuk sama seperti Pok Nik Aziz Nikmat Pura..

    Good bye PAS!!! PARTI AMAT SESAT

    Sunday, 28 August 2011

    Mat Sabu dah salah guna kuasa Ahli Lembaga Pengarah pula!!!


    Bil rawatan cedera sertai perhimpunan haram dibayar PBA: Bang Mat...sila jawab  <<<<<< klik tajuk berikut..


    Mereka berdua nih sangat BERSIH kah???


    Cerita sudah terbongkar, bukti kita perlu tolak PAKATAN HARAM!!!

    Kalau mengikut jalan ceritanya, kes ini menarik kerana ia melibatkan kerajaan DAP Pulau Pinang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.


    Namun, apa kan daya, Pengikut PAKATAN HARAM tidak akan percaya melainkan menambahkan fitnah lagi kepada Kerajaan Malaysia..


    KEMENANGAN BARISAN NASIONAL DI HATI RAKYAT MALAYSIA



    Saturday, 27 August 2011

    Gila hapa??? Pembangkang nak ubah Sejarah Kemerdekaan Negara sekiranya memerintah!!!

    Hebatnya dia mengfitnah...

    Saman PDRM apa cerita?? Jadi tak??

    Ni ke rupa orang nak memerintah Malaysia??

    Memperlekehkan Sejarah Negara dipanggil Pengkhianat Negara!!!!
    Pengkhianat Negara!!!
    Pengkhianat Negara!!!

    Klik sini, di mana kita katakan dia Pengkhianat Negara



    Jeng.. Jeng.. Jeng.. S. Ambiga bakal Ketua Pembangkang

    Hebatlah S. Ambiga ni kan kawan-kawan.

    Puak Pakatan Haram sangat sukakan S. Ambiga, kerana S. Ambiga bukan sahaja seorang peguam yang pandai. Malah dia seorang yang menyokong murtad. Puak Pakatan haram memang suka isu-isu sensitiviti negara di perbesarkan kerana dengan cara itu sahaja mereka akan mentadbir kerajaan.

    Puak Pakatan Haram sangat sukakan perpecahan rakyat dengan mengadakan ceramah, perhimpunan dan Kumpulan Fitnah Negara. Gelak Puak Pakatan Haram yang sangat popular ialah; kah kah kah kah kah.. 

    Di sini kita kata Masya Allah, kenapa ada orang bodoh ikut telunjuk dia nih??

    Apabila Kerajaan Barisan Nasional telah menjelaskan sesuatu perkara yang dilakukan oleh S. Ambiga itu tiada lain adalah untuk kepentingan, kebencian dan agenda kuasa asing, mereka ini akan mengatakan kita bodoh dan sedang diperbodohkan.


    Jeng... jeng... jeng... Misteri dana untuk Bersih 2.0. <<<< Sila klik dan baca..



    Tetapi sedarlah kita pada hari ini apabila manusia yang paling bodoh sekali ialah mereka yang mahu merosakkan keamanan dan kesejahteraan Malaysia. Apabila mereka memperbodohkan Kerajaan Malaysia, dalam masa yang sama mereka membodohkan diri mereka sendiri.

    Dekat sini S. Ambiga kata, rakyat Malaysia dan Kerajaan Negeri Selangor menyumbang dana Perhimpunan Bersih 2.0. Tetapi apabila bukti di bawah terbongkar, apa cerrrrrrr yer..

    Ambiga Akui Terima Dana Dari NDI & OSI, Jadinya, siapa yang lebih APCO nih wahai Puak Pakatan Haram??




    Klik sini mencari jawapan

    p/s : Sengaja membina ayat mudah semoga Puak Pakatan Haram faham apa yang mereka lakukan tidak lain tidak bukan akan memusnahkan keamanan Negara dengan membawa kuasa luar yang mahu melihat kita berpecah belah.

    Friday, 26 August 2011

    Kesihatan : Buktikan Apa Kemajuan Pembangkang Sudah Buat????


    Pembangkang boleh 'auta' atau tabur janji apa sahaja, tetapi hakikatnya kerajaan Barisan Nasional memperuntukkan antara RM14 bilion dan RM16 bilion setahun untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk rakyat, kata Menteri KEsihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
    Katanya peruntukan itu menampung kira-kira 98 peratus kos perkhidmatan kesihatan dan kerajaan komited untuk menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan untuk rakyat jelata.

    Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, komitmen kerajaan BN kepada kesihatan rakyat termasuk di kawasan pendalaman ditunjukkan selepas penduduk Kinabantangan Sabah akan menikmati perkhidmatan klinik bot 1Malaysia selewat-lewatnya hujung tahun ini.
    Sebelum ini, penduduk berhampiran Sungai Baram di Marudi, Sarawak , telah menikmati kemudahan serupa April lalu.
    Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pihaknya kini dalam proses untuk merealisasikan perkhidmatan klinik bot Sungai Kinabatangan, yang mensasarkan penduduk kampung di sepanjang pinggir sungai itu dan kawasan Sukau.
    "Kami tidak mempunyai satu rangka masa... diharapkan pada penghujung tahun tetapi kami harap lebih awal dari waktu itu," katanya.
    Seperti klinik bot pertama di Marudi, Rosnah berkata bot bagi perkhidmatan di Kinabatangan itu akan dibiayai Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
    "Untuk perkhidmatan itu, kita tempatkan seorang doktor, yang dibantu oleh beberapa petugas lain seperti pembantu perubatan, jururawat am, doktor gigi dan ahli farmasi," katanya.
    Petikan Agenda Daily

    p/s : Puak pembangkang sudah gila meroyan dan dah jadi guru Yahya pula. Rupanya guna ayat mudah pun tak faham. Lawak jer..

    Kah kah kah kah..




    Anwar oh Anwar, penggodam handalan!!!

    Mudah sahaja, kata dua; sama ada mengaku atau tidak mengaku, Anwar mau lari ke mana??

    Keadilan untuk Saiful Bukhari Azlan, klik sini.

    Sumber : Agenda Daily

    Nurul Izzah di Lembah Pantai, CHECKMATE!!

    Nurul Izzah takut bayang-bayang sendiri.. 2008 - 2011, hari-hari kerja untuk menabur fitnah.. tiada lagi janji di kota.. Bila melihat pemimpin Barisan Nasional berusaha bekerja, panik dia sudah mari.. Peluh-peluh dingin satu badan.. Nurul Izzah.. Nurul Izzah, sampai bila mahu diulit mimpi indah..


    Kenapa Nurul Izzah tak mengotakan janji di Parlimen Lembah Pantai? Kesian penduduk dan rakyat Lembah Pantai kan??? 

    Klik sini, Nurul Izzah Kecut Telur Tengok Bayang Raja Nong Chik. Ambo keliru pulok nih.. Tang mana letak Telur dia nih.. Ku Keliru.. 

    Nurul Izzah sebenarnya dah kecut perut kerana kejayaan dia sebagai MP ialah menabur fitnah ke atas Barisan Nasional/UMNO sana sini. Sampai Rakyat Lembah Pantai dah jelak dengan perangai dia.

    Di sangkakan dia pandai macam papa jahat.. Rupa-rupanya, sama bebal macam mama dia.. Kasihan.. Kasihan.. Kasihan..

    Nurul Izzah sebenarnya bukan nak jadi Ahli Parlimen pun.. Dia nak jadi Pemuzik Jalanan jer kat Central Market.. Country Music sebagai genre pilihan dia.. Kenapa?? Tak percaya??


    Papa jangan papa jahat
    Mama tahu papa ligat
    Mama jangan paksa sangat
    Papa tengah cukup penat

    Papa papa sangat jahat
    Takde otak nak melihat
    Gila-gilanya ia kerja
    Jangan dibuat

    (Petikan sedikit lirik lagu Papa Jahat)

    Thursday, 25 August 2011

    Khalid Ibrahim Saudagar Munafik

    Pakatan Haram Selangor nak pusing ke mana lagi dah??

    Bukan main seronok lagi jadi Menteri Besar kan?? Siapa yang nak ambil tau tengah menipu kan.. 

    Baca ini Sultan Selangor Nafi Titah Bentuk Majlis Penasihat Syura Sebagaimana Yang Diumum MB.Bukti kemunafikan Khalid Ibrahim dan mempersenda Sistem Kesultanan Selangor.

    p/s : Ini yang kita tau, kemunafikan yang kita tak tau macam mana pula kan??

    Dia nih bukan pemimpin. Seorang pemimpin akan mematuhi Sultan yang adil.

    Ini tidak!! Bukan kali pertama dia menggunakan nama Sultan Selangor. Memang tak ada otak!!! 

    Kita imbas semula isu Perlantikan Datuk Khusrin sebagai SUK Selangor dulu, menipu Sultan juga.

    Mari kita ambil semula Kerajaan Selangor!!!
    Kerajaan Pakatan Haram tidak ada gunanya!!!
    Hidup Barisan Nasional!!!



    Azmil Mustapha a.k.a Ali Setan tak pernah Daftar Pemilih


    Azmil Mustapha a.k.a Ali Setan tak pernah Daftar Pemilih, tidak pernah mengundi sepanjang hayatnya dan tidak minat politik.


    Tetapi boleh pulak dia berceramah dan mempersendakan Kerajaan Malaysia. Boleh rasanya kita mengelarkan dirinya seperti Ustaz Spinning Gasing. Uppppps maaf, tak bermaksudkannya.


    Hmmmmmm.. rupa-rupanya ramai yang tidak sukakan politik dalam Malaysia nih, tetapi lebih suka mempersendakan ahli politik. Mungkinkah ramai lagi golongan pelakon dan bekas pelakon tidak suka politik, tetapi tidak juga mereka suka berbakti dengan rakyat Malaysia selain dari tujuan publisiti dan glamour. Tepuk dada tanya selera.

    Ini bermakna, golongan artis kurang semangat nasionalisme dan patriotik sayangkan Malaysia selain dari tujuan publisiti.

    Kalau dibuat temuramah secara rambang kepada golongan artis, 

    Adakah anda sudah mendaftar sebagai Pengundi?
    Sebagai golongan artis, apakah peranan anda dalam mewujudkankan sebuah Kerajaan?
    Berapa tahunkah Malaysia sudah Merdeka?
    Apakah definasi anda tentang erti kemerdekaan?

    Sumber : Agenda Daily - Sila baca di perenggan akhir

    p/r : Dengan ribuan artis dalam Malaysia ini, berapa ramaikah yang telah mendaftar Daftar Pemilih??

    Bukan apa.. apabila Ustaz Azmil Mustapha a.k.a Ali Setan secara jelas menberitahu bahawa dia tidak pernah mendaftar Pemilih, tidak pernah mengundi dan tidak minat politik, tertanya-tanya pula, berapa ramai golongan artis yang sedar mereka adalah Warganegara Malaysia?

    Ke perlu ada kepentingan seperti publisiti dan glmaour baru nak buat segala-galanya. Ini bukan satu penyakit lagi, tetapi barah yang perlu dicegah sebelum parah.

    Tuesday, 23 August 2011

    Chegu Bard - adik angkat S. Ambiga..

    Tau siapa Rakyat Malaysia yang tidak hormat kedaulatan negara? Siapa lagi kalau bukan anak segala raja pengecut, Chegu Bard yang tak sedar deq untung. Mamat nih memang kurang ajar teramat-amat. Akal pun dah macam akak angkat dia S. Ambiga.

    kakak angkat Chegu Bard

    Apa jenis manusia tu bila bukti dah menunjukkan perkara yang tidak ada sengaja diada-adakan?? Orang macam ni tak sedar deq untung!!!

    anak tukang fitnah

    Anwar = Chegu Bard sama gila kuasa!!!

    Sebenarnya orang macam ni, hidung tinggi dan dah malu alah. Bila hidup dah mula mengfitnah, susah nak tarik balik kecuali malaikat cabut nyawa mereka.

    Baca sini, betapa angkuhnya Chegu Bard dalam menjawab isu pelbagai fitnah!!



    Monday, 22 August 2011

    Kes Liwat - Nak lari kemana lagi bang Nuar..


    Anwar Juburi penakut 

    Hari ini Anwar Ibrahim telahpun masuk dalam kandang tertuduh dalam kes liwatnya yang belum lagi habis sirinya. 1001 macam helah yang dibuat, namun dia tidak terlepas kali ini. 

    Paling Anwar Ibrahim gerun ialah dengan  Pendakwaraya menuntut keadilan buat Saiful Bukhari Azlan.

    Masanya hampir tiba. Anwar Juburi tidak akan terlepas ke mana. keAdilan buat Saiful Bukhari Azlan makin hampir.

    Walaupun di beri tiga (3) pilihan oleh Mahkamah, Anwar tetap tak boleh lari. Pembelaan diri Anwar Ibrahim hari ini menunjukkan ANWAR IBRAHIM SEMAMANGNYA PENGECUT!!!!

    Iaitu :
    1. Memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi (Mempunyai kredebiliti, di soal balas DPP)
    2. Memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang bersalah (tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tidak akan disoal balas DPP) - Ini pilihan Anwar Ibrahim 
    3. Berdiam diri (terus jatuh hukum)

    Rakyat Malaysia tidak sabar menanti saat dia akan dihukum dan bertaubat Nasuha.

    p/s : Kelakar jer bila dia kata, Apa yang Najib buat sebijik seperti mentor dia (Tun Dr. Mahathir) buat, iaitu untuk sumbat dia dalam penjara untuk terus berkuasa. - Sumber Agenda Daily..

    Kahkahkah... Kelakar betul.. Kalu Tun Dr. Mahathir gila kuasa.. dia masih menjadi Perdana Menteri hari ini..

    Anuar terhegeh-hegeh nak jadi Perdana Menteri!!! Jadi Perdana Menteri kat Sungai Buloh jerlah bang..

    Baca di sini renteten perbicaraan Anwar Juburi. Mana nak lari bang..

    Sunday, 21 August 2011

    PAKATAN HARAM - Tiada maaf bagimu!!!!

    Akhbar Kompas mohon maaf kepada Najib dan keluarga 

    JAKARTA: Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah. 

    Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.
    Pakatan Haram ribut saja lebih, betulnya tak ada langsung!!
    Sudah-sudahlah tu mengfitnah di bulan baik ni
    Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan mengenai bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.
    "Atas berita itu, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga," kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini. 

    Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar berkenaan dalam satu laporan bertajuk "PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia", tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto. 

    Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lalu berkata, beliau sendiri menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada Khamis. 

    Semasa pertemuan itu Najib menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu. 

    "Saya terperanjat dengan laporan itu. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali," Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini. 

    "Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali," kata Najib. 

    Pada pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. 

    Najib yang ditanya mengenai harapan Malaysia kepada Indonesia sebagai negara jiran dan Pengerusi Asean kali ini berkata, beliau mengharapkan hubungan dua hala yang sangat akrab, ibarat hubungan dua negara jiran yang mempunyai warisan yang sama dan erat daripada segi sejarah. 

    "Hubungan budaya, agama, dan hubungan kekeluargaan (Najib keturunan ke-11 daripada Kerajaan Gowa, Sulawesi Selatan). 

    "Sudah tentu hubungan Malaysia dan Indonesia ini diasaskan atas faktor yang lebih istimewa dan lebih unik, dan kita harus menterjemahkan apa yang kita warisi ini sebagai legasi dalam bentuk hubungan pada konteks masa kini. Saling memberi manfaat kepada kedua-dua bangsa," Najib dipetik sebagai berkata. 

    Perdana Menteri juga percaya isu pertikaian sempadan maritim kedua-dua negara akan dapat diselesaikan namun kedua-dua pihak harus ada kompromi jika mahu mencari penyelesaian politik berhubung isu itu. 

    Mengenai demokrasi, Najib menjelaskan bahawa demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah sistem yang sudah melalui proses evolusi namun prinsipnya jelas sekali bahawa tidak ada sebarang kekebalan, walaupun kepada parti pemerintah. 

    "Bila ada pilihan raya, parti pemerintah senasib dengan parti pembangkang. Nasib di tangan rakyat, tak berlaku sebarang manipulasi untuk menentukan kesahihan dari perolehan suara. Undi ditentukan oleh rakyat," kata Najib. 

    Yang selalu menjadi polemik ialah definisi keterbukaan kerana kerajaan mempunyai pendapatnya sendiri mengenai perkara itu dan parti pembangkang ada pendapatnya juga, namun prinsip utamanya ialah hak rakyat untuk memilih kerajaan secara adil dan bebas. 

    "Demokrasi berlaku di Malaysia. Parti pemerintah pernah kalah di peringkat negeri dan memang belum pernah di peringkat pusat," Najib menjelaskan. 

    Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Perdana Menteri berkata, rakyat kini semakin yakin dengan BN berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, namun parti itu tidak menjadikan keputusan-keputusan itu sebagai ukuran mutlak. 

    Oleh itu BN terus berusaha dengan segala upaya membentangkan agenda dan program yang dapat memberi kepuasan dan keyakinan kepada rakyat. 

    "Bukan sahaja dengan (membentangkan) program kerajaan, program ekonomi, tetapi juga program yang menyentuh rakyat. Program yang memberi kelegaan dan kepuasan kepada rakyak, terutama dalam konteks fenomena inflasi global - hubungan dengan kenaikan harga makanan dunia. 

    "Ini semua adalah isu-isu yang perlu kita tangani. Dan yang tak kurang penting ialah menjaga komunikasi dengan rakyat," kata Najib. - BERNAMA 

    p/s : Tidak sampai sehari Anuar Juburi melakukan solat hajat menolak fitnah ke atas UMNO/BN, hari ini Allah memberi jawapan kemunafikan PAKATAN HARAM. Alhamdulillah, Ya Allah kami bersyukur dengan rahmatMu. Amin.

    Lepas ni kita dengar pula jawapan PAKATAN HARAM, ini tiada lain, semuanya konspirasi UMNO/BN mengupah wartawan KOMPAS.. hihi.. (dah tau jer skripnya..)