Azmil Mustapha a.k.a Ali Setan tak pernah Daftar Pemilih, tidak pernah mengundi sepanjang hayatnya dan tidak minat politik.
Tetapi boleh pulak dia berceramah dan mempersendakan Kerajaan Malaysia. Boleh rasanya kita mengelarkan dirinya seperti Ustaz Spinning Gasing. Uppppps maaf, tak bermaksudkannya.
Hmmmmmm.. rupa-rupanya ramai yang tidak sukakan politik dalam Malaysia nih, tetapi lebih suka mempersendakan ahli politik. Mungkinkah ramai lagi golongan pelakon dan bekas pelakon tidak suka politik, tetapi tidak juga mereka suka berbakti dengan rakyat Malaysia selain dari tujuan publisiti dan glamour. Tepuk dada tanya selera.
Ini bermakna, golongan artis kurang semangat nasionalisme dan patriotik sayangkan Malaysia selain dari tujuan publisiti.
Kalau dibuat temuramah secara rambang kepada golongan artis,
Adakah anda sudah mendaftar sebagai Pengundi?
Sebagai golongan artis, apakah peranan anda dalam mewujudkankan sebuah Kerajaan?
Berapa tahunkah Malaysia sudah Merdeka?
Apakah definasi anda tentang erti kemerdekaan?
Sumber : Agenda Daily - Sila baca di perenggan akhir
p/r : Dengan ribuan artis dalam Malaysia ini, berapa ramaikah yang telah mendaftar Daftar Pemilih??
Bukan apa.. apabila Ustaz Azmil Mustapha a.k.a Ali Setan secara jelas menberitahu bahawa dia tidak pernah mendaftar Pemilih, tidak pernah mengundi dan tidak minat politik, tertanya-tanya pula, berapa ramai golongan artis yang sedar mereka adalah Warganegara Malaysia?
Ke perlu ada kepentingan seperti publisiti dan glmaour baru nak buat segala-galanya. Ini bukan satu penyakit lagi, tetapi barah yang perlu dicegah sebelum parah.
No comments:
Post a Comment