Hari Raya Aidilfitri 1432H di sambut serentak dengan Sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 tahun. Pastinya Sejarah ini tidak dilupakan oleh Rakyat Malaysia walau di mana sahaja berada.
Perkara ini jarang berlaku dalam peristiwa tanahair dan kita sebagai Rakyat Malaysia perlu mengambil ini sebagai ikhtibar bagi merealisasikan impian Negara menuju Negara aman, berdiri di atas kaki sendiri, tidak mengikut telunjuk kuasa asing, tidak menjadikan negara luar yang bergolak sebagai contoh hak kebebasan demokrasi. Hormat menghormati budaya di antara masyarakat majmuk di Malaysia sejak dahulu lagi perlu dipelihara agar MERDEKA akan dapat kita capai selamanya.
Apa yang perlu diyakini oleh rakyat Malaysia, kita mestilah hormati Kuasa Raja-raja Melayu sebagai ketua Negara dan Negeri yang digunakan sejak berkurun lamanya. Jangan lah pula kerana kerakusan dan gilakan kuasa kita sanggup melupakan sejarah dan akhirnya hilang KEMERDEKAAN Negara.
Dengan semangat Malaysia kita seharusnya berasa bersyukur dengan keringat pemimpin, panglima, pahlawan dan rakyat yang mahu melihat negara bebas dari ancaman penjajah.
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KU KALI KE 54 TAHUN
MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA!!!!
MERDEKA MERDEKA MERDEKA!!!
Ikhlas dari kami ;
YB Datuk Rashid Shirlin Haji Abdul Rashid Shirlin
(Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia)
YBhg. Pn Shahanim Mohamad Yusoff
(Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia)
YB Cik Nolee Ashilin Dato' Mohammed Radzi
YBhg Pn MAs Ermieyati Haji Samsudin
YBhg Cik Dg Maimunah Sidek
Krew-krew GTPUM
No comments:
Post a Comment