Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday 26 August 2011

Kesihatan : Buktikan Apa Kemajuan Pembangkang Sudah Buat????


Pembangkang boleh 'auta' atau tabur janji apa sahaja, tetapi hakikatnya kerajaan Barisan Nasional memperuntukkan antara RM14 bilion dan RM16 bilion setahun untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk rakyat, kata Menteri KEsihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Katanya peruntukan itu menampung kira-kira 98 peratus kos perkhidmatan kesihatan dan kerajaan komited untuk menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan untuk rakyat jelata.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, komitmen kerajaan BN kepada kesihatan rakyat termasuk di kawasan pendalaman ditunjukkan selepas penduduk Kinabantangan Sabah akan menikmati perkhidmatan klinik bot 1Malaysia selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Sebelum ini, penduduk berhampiran Sungai Baram di Marudi, Sarawak , telah menikmati kemudahan serupa April lalu.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pihaknya kini dalam proses untuk merealisasikan perkhidmatan klinik bot Sungai Kinabatangan, yang mensasarkan penduduk kampung di sepanjang pinggir sungai itu dan kawasan Sukau.
"Kami tidak mempunyai satu rangka masa... diharapkan pada penghujung tahun tetapi kami harap lebih awal dari waktu itu," katanya.
Seperti klinik bot pertama di Marudi, Rosnah berkata bot bagi perkhidmatan di Kinabatangan itu akan dibiayai Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Untuk perkhidmatan itu, kita tempatkan seorang doktor, yang dibantu oleh beberapa petugas lain seperti pembantu perubatan, jururawat am, doktor gigi dan ahli farmasi," katanya.
Petikan Agenda Daily

p/s : Puak pembangkang sudah gila meroyan dan dah jadi guru Yahya pula. Rupanya guna ayat mudah pun tak faham. Lawak jer..

Kah kah kah kah..




No comments:

Post a Comment