Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday, 11 January 2014

Hasan Malek nafi letak jawatan Menteri - Ini semua khabar angin

hasanmalek1xx

Gara-gara isu harga barang kebelakangan ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,Datuk Seri Hasan Malek mendapat tempiasnya.Ada blog dan facebook sejak Jumaat malam sebar spekulasi kononnya beliau akan melepaskan jawatan Isnin ini.

Al kisahnya beliau dikatakan hendak berbuat demikian bagi mengelak dirinya menjadi liabiliti kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kebelakangan ini terdapat andaian kononnya beliau gagal tangani isu kenaikan harga barang hingga menjejaskan kredibiliti kerajaan.

Pagi Jumaat ketika dihubungi oleh Agendadaily untuk mengulas desas desus itu Hasan memaklumkan beliau sedang berada di luar negara .

hasanmalek4xx

Beliau minta merujuk perkara itu kepada Setiausaha Akhbarnya Mohd Kamel Othman.
Tidak lama kemudian Mohd Kamel telah mengeluarkan kenyataan media menafikan Hasan akan letak jawatan.
"Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan komen yang dibuat dalam blog dan Facebook kononnya YB. Dato' Sri Hasan Bin Malek akan meletakkan jawatan.
"Perkara itu (perletakan jawatan) adalah tidak benar sama sekali," demikian menurut kenyataan itu.

Sultan Selangor terima memorandum sokong JAIS

Sekretariat NGO Selangor menyerahkan memorendum sokongan terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah di Masjid negeri Shah Alam sejurus selepas selesai sembayang Jumaat tadi.
Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunos menyerahkan sendiri memorendum tersebut dalam satu pertemuan tertutup di sebuah bilik di masjid tersebut.
Jamal mengetuai kira-kira 300 orang kemudiannya berarak ke Pejabat JAIS yang terletak 800 meter dari masjid untuk menyerahkan memorendum yang sama kepada JAIS.
demo-jais-jamal
Ditemui pemberita kemudiannya, Jamal (gambar kiri) mengutuk sikap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat lebih mengambil pertimbangan politik dalam menyelesaikan isu berkatan agama Islam di Selangor termasuk isu Kalimah Allah.
Sehubungan itu, mereka mahu Khalid dan kerajaan negeri tidak lagi mempolitikkan isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja serta tindakan JAIS merampas cetakkan kitab bible bahasa Melayu kerana ianya dilakukan menurut perundangan sedia ada.
“Kami mendesak agar pihak JAIS dan Polis harus menyiapkan laporan siasatan dengan segera dan mendakwa paderi Lawrence Andrew kemuka keadilan,” tegas beliau.
Antara NGO yang turut serta adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa NGO lain yang bernaung di bawah Sekretariat NGO Selangor.
demo-jais-sultan
Menurut Jamal, pihaknya menghantar memorandum sokongan terhadap JAIS yang bertindak menguatkuasakan Enakmen Syariah Negeri Selangor selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Ketua Negeri dan Agama Islam.
Katanya, kepimpinan NGO yakin dan percaya bahawa tindakan tu berdasarkan peruntukkan perundangan yang menjadi bidang kuasa JAIS.
“Penguatkuasa bertindak berdasarkan keperluan penguatkuasaan undang-undang tanpa dipengaruhi oleh campur tangan mana-mana parti politik,” katanya..
Justeru itu, kepimpinan NGO Selangor mahukan agar proses penguatkuasaan sentiasa dijalankan mengikut peruntukkan perundangan sedia ada, istiqomah untuk mempertahankan kesucian Islam dan menangani segala usaha yang boleh mengugat kedudukan serta kesucian Agama Islam sebaiknya.
Penguatkuasa JAIS 2 Januari lalu bertindak merampas 321 nashkah Bible berkenaan, manakala pengerusi dan pengurus pejabat persatuan itu dibawa ke Balai Polis Damansara Utama untuk diambil keterangan.
demo-jais4
Tindakan itu dipercayai berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah dalam nashkah Bible Bahasa Melayu dan Iban yang diimport dari Indonesia oleh persatuan itu.
Penganut agama lain tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah di Selangor berserta beberapa lagi kalimah yang mempunyai kaitan dengan Islam.
Perkara tersebut terkandung dalam Enakmen 1988 yang menyentuh mengenai Kawalan Penyebaran Agama kepada Orang Muslim yang diluluskan pada tahun 1988, juga melarang orang bukan Muslim di Selangor menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk “Allah”, “Nabi”, “Injil” dan “Insya’Allah”

Friday, 10 January 2014

Harga naik: Dr M gesa swasta suarakan kebimbangan

  • Tun Dr Mahathir MohamadGambar Ihsan dari laman sosial Facebook Marina Mahathir.
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa sektor swasta menyuarakan kebimbangan mereka kepada kerajaan mengenai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Beliau berkata sudah menjadi tanggungjawab golongan peniaga untuk menjelaskan kepada kerajaan bagaimana kenaikan harga akan menjejaskan mereka memandangkan kerajaan mungkin tidak sedar keadaan yang dihadapi sektor swasta.

"Mereka boleh menghantar memorandum(atau) jumpa pemimpin kerajaan bagi menjelaskan kebimbangan mereka. Terpulang kepada sektor swasta untuk memberitahu kerajaan jika kenaikan harga berlaku, kerana ia akan menjejaskan mereka.

"Dan jika menjejaskan kita (golongan peniaga), ia akan menjejaskan kerajaan (juga)," katanya kepada pemberita selepas muncul sebagai tetamu khas program bual bicara secara langsung RTM, 'Hello On Two' di Wisma TV di Angkasapuri hari ini.

Rakyat Malaysia dijangka mengharungi tahun yang sukar ekoran langkah kerajaan mengurangkan kos bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, mengurangkan subsidi ke atas minyak dan kenaikan harga barangan pengguna dan perkhidmatan.

Sebelum itu, semasa ditemu bual dalam program itu, Dr Mahathir menjangkakan 2014 merupakan tahun ini suram berikutan timbul beberapa isu menyentuh hubungan kaum di negara ini.

"2014 akan menjadi tahun 'sukar' kerana Malaysia sebelum ini tidak pernah menghadapi kontroversi dan konfrontasi berkaitan hubungan kaum.

"Rakyat menjadi lebih liberal dan mereka kini menuntut lebih banyak kebebasan," katanya.- Bernama

Thursday, 9 January 2014

JAIS dah kena 'ikat'...

khalid-jais
Sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional di Selangor dulu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bebas bergerak mengendalikan operasi keatas perkara-perkara berkaitan agama Islam yang ditetapkan dibawah bidang kuasanya.
Namun gara-gara kontroversi operasinya menyerbu pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara pada 2 Januari merampas 300 Bible versi bahasa Melayu sudah merubah segalanya.
JAIS mulai Rabu tidak sebebas dulu.Ia kini wajib berbincang dengan kerajaan negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) jika hendak menjalankan operasi 'sensitif' seperti itu.
Langkah kemaskini Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk JAIS itu diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di dalam sidang media selepas mesyuarat Exco Rabu.
"SOP baru sudah berkuat kuasa hari ini dan sudah diaplikasikan, kena ada perbincangan bersama sebelum apa-apa tindakan diambil.
"Ini bertujuan menjaga sensitiviti dan tatacara, itu semua kita ambil kira," katanya.
Selasa Exco agama  Sallehin Mukhyi mengesahkan serbuan pada 2 Januari itu adalah mengikut SOP JAIS yang ditetapkan.
Namun beliau sudah menbayangkan SOP itu akan dikemaskini.
Khalid berkata kini JAIS boleh bertindak sendiri tanpa berbincang hanya dalam kes tak sensitif seperti tangkap orang tidak berpuasa.
"Exco juga bukan sahaja mereka perlu dapatkan kebenaran, tetapi Exco juga harus memantau JAIS supaya tidak ada salah faham dan juga salah lapor.
"Kerajaan Negeri, MAIS dan JAIS untuk memastikan penguatkuasa akan datang dijalankan secara tertib dan bertanggungjawab.
"Perbincangan melibatkan tiga pihak ini akan diadakan bagi mengambil kira sensitiviti penganut agama-agama," katanya.
Ditanya mengenai pendirian kerajaan Selangor berhubung penggunaan kalimah Allah ini, Khalid menjawab "Kalau simpan dan tidak digunakan boleh, tetapi  di Selangor kita nasihatkan tak perlu.Dalam Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 tercatit tentang penggunaan."
Beliau juga memberitahu mesyuarat Exco telah meminta JAIS mendapatkan pengesahan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) melibatkan bible versi bahasa Melayu yang dirampas hasil serbuan terhadap PBM, minggu lalu.
"Setelah mendengar taklimat JAIS, kerajaan negeri telah mengarahkan JAIS untuk dapatkan pengesahan daripada KDN jika kitab yang diambil daripada PBM memenuhi Resolusi 10 Perkara isu kalimah Allah yang ditetapkan kabinet.
"Sekiranya KDN berpuas hati penerbitan kitab-kitab ini memenuhi Resolusi 10 Perkara, kami akan mengarahkan JAIS untulk memulangkan semula kitab-kitab tersebut kepada PBM," katanya lagi.