Sekretariat NGO Selangor menyerahkan memorendum sokongan terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah di Masjid negeri Shah Alam sejurus selepas selesai sembayang Jumaat tadi.
Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunos menyerahkan sendiri memorendum tersebut dalam satu pertemuan tertutup di sebuah bilik di masjid tersebut.
Jamal mengetuai kira-kira 300 orang kemudiannya berarak ke Pejabat JAIS yang terletak 800 meter dari masjid untuk menyerahkan memorendum yang sama kepada JAIS.
Ditemui pemberita kemudiannya, Jamal (gambar kiri) mengutuk sikap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat lebih mengambil pertimbangan politik dalam menyelesaikan isu berkatan agama Islam di Selangor termasuk isu Kalimah Allah.
Sehubungan itu, mereka mahu Khalid dan kerajaan negeri tidak lagi mempolitikkan isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja serta tindakan JAIS merampas cetakkan kitab bible bahasa Melayu kerana ianya dilakukan menurut perundangan sedia ada.
“Kami mendesak agar pihak JAIS dan Polis harus menyiapkan laporan siasatan dengan segera dan mendakwa paderi Lawrence Andrew kemuka keadilan,” tegas beliau.
Antara NGO yang turut serta adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa NGO lain yang bernaung di bawah Sekretariat NGO Selangor.
Menurut Jamal, pihaknya menghantar memorandum sokongan terhadap JAIS yang bertindak menguatkuasakan Enakmen Syariah Negeri Selangor selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Ketua Negeri dan Agama Islam.
Katanya, kepimpinan NGO yakin dan percaya bahawa tindakan tu berdasarkan peruntukkan perundangan yang menjadi bidang kuasa JAIS.
“Penguatkuasa bertindak berdasarkan keperluan penguatkuasaan undang-undang tanpa dipengaruhi oleh campur tangan mana-mana parti politik,” katanya..
Justeru itu, kepimpinan NGO Selangor mahukan agar proses penguatkuasaan sentiasa dijalankan mengikut peruntukkan perundangan sedia ada, istiqomah untuk mempertahankan kesucian Islam dan menangani segala usaha yang boleh mengugat kedudukan serta kesucian Agama Islam sebaiknya.
Penguatkuasa JAIS 2 Januari lalu bertindak merampas 321 nashkah Bible berkenaan, manakala pengerusi dan pengurus pejabat persatuan itu dibawa ke Balai Polis Damansara Utama untuk diambil keterangan.
Tindakan itu dipercayai berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah dalam nashkah Bible Bahasa Melayu dan Iban yang diimport dari Indonesia oleh persatuan itu.
Penganut agama lain tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah di Selangor berserta beberapa lagi kalimah yang mempunyai kaitan dengan Islam.
Perkara tersebut terkandung dalam Enakmen 1988 yang menyentuh mengenai Kawalan Penyebaran Agama kepada Orang Muslim yang diluluskan pada tahun 1988, juga melarang orang bukan Muslim di Selangor menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk “Allah”, “Nabi”, “Injil” dan “Insya’Allah”
No comments:
Post a Comment