Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday 10 January 2014

Harga naik: Dr M gesa swasta suarakan kebimbangan

  • Tun Dr Mahathir MohamadGambar Ihsan dari laman sosial Facebook Marina Mahathir.
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa sektor swasta menyuarakan kebimbangan mereka kepada kerajaan mengenai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Beliau berkata sudah menjadi tanggungjawab golongan peniaga untuk menjelaskan kepada kerajaan bagaimana kenaikan harga akan menjejaskan mereka memandangkan kerajaan mungkin tidak sedar keadaan yang dihadapi sektor swasta.

"Mereka boleh menghantar memorandum(atau) jumpa pemimpin kerajaan bagi menjelaskan kebimbangan mereka. Terpulang kepada sektor swasta untuk memberitahu kerajaan jika kenaikan harga berlaku, kerana ia akan menjejaskan mereka.

"Dan jika menjejaskan kita (golongan peniaga), ia akan menjejaskan kerajaan (juga)," katanya kepada pemberita selepas muncul sebagai tetamu khas program bual bicara secara langsung RTM, 'Hello On Two' di Wisma TV di Angkasapuri hari ini.

Rakyat Malaysia dijangka mengharungi tahun yang sukar ekoran langkah kerajaan mengurangkan kos bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, mengurangkan subsidi ke atas minyak dan kenaikan harga barangan pengguna dan perkhidmatan.

Sebelum itu, semasa ditemu bual dalam program itu, Dr Mahathir menjangkakan 2014 merupakan tahun ini suram berikutan timbul beberapa isu menyentuh hubungan kaum di negara ini.

"2014 akan menjadi tahun 'sukar' kerana Malaysia sebelum ini tidak pernah menghadapi kontroversi dan konfrontasi berkaitan hubungan kaum.

"Rakyat menjadi lebih liberal dan mereka kini menuntut lebih banyak kebebasan," katanya.- Bernama

No comments:

Post a Comment