Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday, 10 February 2014

STRATEGI DAJAL PADAM SEJARAH BANGSA MELAYU DI MALAYSIA


Pada akhir 1970-an, kita masih boleh mengenali tempat berdasarkan nama Melayu di Kuala Lumpur. Keadaan ini berubah apabila memasuki tahun 1990-an dan alaf baharu 2000. Nama-nama taman, bangunan dan gedung beli-belah kian hilang ciri-ciri kemelayuannya, sebaliknya nama kebaratan dan kecinaan lebih ditonjolkan.

Bukan sahaja perubahan ini berlaku di Kuala Lumpur yang ditadbir oleh orang Melayu sendiri tetapi di bandar-bandar besar lain di negara ini.

Baru-baru ini tersebar cadangan menukar nama Kampung Pantai Dalam kepada Pantai Sentral yang mengundang beberapa reaksi orang ramai di media sosial.

Ada sahaja idea pihak tertentu untuk menghilangkan identiti budaya bangsa Melayu secara halus.

Takkan kerana beberapa perubahan dan pembangunan dijalankan di kawasan Kampung Pantai Dalam maka namanya pun hendak ditukarkan kepada Pantai Sentral. Caca marba jadi nama Melayunya.

Pejuang bahasa dan cendekiawan Melayu sudah berkali-kali menyuarakan rasa kecewa kepada pihak berkuasa tempatan dan Kerajaan Pusat tentang nama-nama taman perumahan, kondominium dan bangunan pejabat serta gedung beli-belah.

Sehingga hari ini, teguran dan pandangan mereka bagaikan tak berkesan. Sebab itu keluar nama seperti Tun Razak Exchange, Fahrenheit88, Acuvue @ Campbell Shopping Complex, One Metro Pudu, Velocity, Southgate, Kenanga Wholesale City, Solaris Dutamas, Pavilion Kuala Lumpur, The Peak, dan Vista Millennium.

Bandar raya Kuala Lumpur pada 1 Februari lalu menyambut ulang tahun ke 42, dan sama ada sedar atau tidak kian terhakis tempat-tempat yang asalnya dibuka oleh orang Melayu.

Kawasan yang dahulu dihuni oleh orang Melayu sejak puluhan tahun, menjelang tahun 2020 bakal lenyap kerana diganti dengan penghuni yang lebih kaya dan mampu. Khabarnya kota Kuala Lumpur sesuai untuk orang yang ada kelas.

Kelas orang Melayu

Golongan ada kelas itu tentunya tak ramai orang Melayu, yang ramai golongan bukan Melayu dan pedagang.

Untuk menyesuaikan status elit itu maka nama-nama bangunan kediaman, pejabat dan gedung beli-belah pun kena ikut nama Barat atau ala kecinaan.

Jangan kita berasa terkejut sebab asal ada bangunan baharu komersial yang naik di kota ini, namanya tak ada lagi ciri-ciri kemelayuan. Kalau ada pun nama Melayu, dicampur dengan nama Barat.

Kuala Lumpur menjadi tonggak pembangunan negara kita menjelang 2020. Apakah kita boleh berbangga kemajuan kota ini dengan nama-nama pelik sedangkan ini tanah tumpah negara kita yang dipimpin oleh orang Melayu.

Kalau kita melawat kota Seoul, Taipei, Beijing, Hanoi, Bangkok, Jakarta dan pusat pentadbiran baharu Myanmar, Naypyidaw - tak ada pun mereka bangga-banggakan nama ala-Barat. Tapi di Malaysia, nama-nama tempatan agaknya sudah habis digunakan, sebab itu dicedok nama Barat.

Kadang-kadang timbul rasa malu bila melihat terlampau banyak nama Barat pada bangunan komersial dan kediaman di bandar-bandar raya kita. Orang luar pun mungkin persoalkan, kenapa tidak diagung-agungkan nama tempatan sendiri.

Tak diketahui dalam fikiran pentadbir Melayu, nama-nama yang dicadangkan oleh pemaju bukan Melayu itu lebih bernilai ekonomi daripada nama Melayu.

Adakah penyakit guna nama Barat oleh pentadbir kota KL dan bandar-bandar lain seperti Ipoh, Johor Bahru, George Town, Kuching dan Kota Kinabalu boleh dirawat?

Entahlah, kalau 20 tahun lagi, semua kawasan baharu yang dimajukan menggunakan nama Barat, maka sesuaikah lagi nama bandar di negara kita ini dikekalkan atau perlu juga ditukar kepada nama ala Barat?

Dalam fikiran saya yang kurang pandai bisnes dan politik ini, mungkin ada agenda ahli perniagaan yang tidak dibaca dan difahami oleh pentadbir Melayu iaitu usaha untuk mengubah landskap bandar raya bercirikan nama Melayu ini kepada nama asing.

Fikirkanlah, lama-kelamaan satu hari nanti sejarah pembukaan tanah dan kawasan yang dahulu diterokai oleh orang Melayu akan dipadamkan secara tersusun.

Barangkali jika terlaksana pembangunan di kawasan di Kampung Baru seperti dirancangkan, tidak pelik kalau nama kawasan ini pun ditukar demi tarikan komersial. Hal ini sedang berlaku di kawasan Kampung Abdullah Hukum, Kampung Pandan, Kampung Kerinchi dan Kampung Datuk Keramat.

Apa yang telah diluluskan oleh pentadbir Melayu selama ini adalah satu kesilapan, sudah tidak boleh dibuat apa-apa. Tetapi pentadbir Melayu boleh lakukan sesuatu selepas ini iaitu perbetulkan kesilapan dan pertahankan ciri-ciri Melayu di bandar daripada dipadam secara halus.

Ini tanah air kita yang dahulu namanya Persekutuan Tanah Melayu. - Utusan Malaysia

CERAMAH KUTUK ORANG BOLEH, MAI KULIAH SAKIT BELAKANG???


Hek-Eleh!!! Apa punya wayang la Si Ketua Penipu tu ek. Kot ye pun nak bagi alasan tak nak datang dengar ceramah agama, jangan la bagi alasan yang bukan - bukan.

Katanya, Si Ketua Penipu tu tak dapat menghadirkan diri dalam satu program kuliah agama yang diadakan oleh ABIM secara berkala di Kajang baru - baru ni. 

Kononnya sebab dia sakit belakang. Itu kata dia. Tapi dalam masa yang sama, Si Ketua Penipu tu boleh pulak berceramah menghentam Kerajaan selama berjam - jam.

Tak de pulak nampak dia sakit belakang sewaktu menyampaikan ceramah tersebut. Kot sakit belakang dia tiba - tiba datang masa orang ajak pergi dengar kuliah agama, tak tau la pulak.

Itu saja sudah mampu membuktikan bahawa Si ketua Penipu tu memang tak layak nak jadi wakil rakyat bagi penduduk di Kajang. Belum apa - apa lagi dah mengadu sakit itu ini.

Korang bayangkan. Kalau satu ketika nanti, penduduk di Kajang tu nak mintak bantuan dia, mintak dia turun ke kawasan untuk jenguk mereka, senang - senang je dia boleh bagi alasan.

Dia boleh kata yang dia ada urusan di mahkamah sebab kes dia masih bertimbun - timbun masih belum dapat diselesaikan. Dia jugak boleh guna alasan kata sakit belakang.

Tu belum dia bagi alasan kata dia perlu hadir ke Permatang Pauh atau ke luar Negara atas urusan dengan puak - puak Yahudi yang menyokong dia selama hari ni.

Jangan cerita la pasal hal - hal lain yang perlu dia uruskan. Mana dia ada masa nak ambik tau pasal rakyat. Paling tidak, dia akan lantik seorang pegawai untuk uruskan kerja dia di Kajang.

Apa jadi pada orang di Kajang jika dapat pemimpin yang banyak memberi alasan macam ni? Tak ke menyusahkan diorang je bila dapat pemimpin yang jelas tak terurus macam ni? Dah tau diri tu sibuk dan tak mampu nak bahagikan masa, jangan sibuk nak menyusahkan orang!!!

Friday, 7 February 2014

JIMAT RM 7JUTA LAGI BAIK DARI JAGA 22 ORANG???


Itulah persoalan yang sewajarnya dijawab oleh Si Khalid Ibrahim ni sebenarnya. Dia jelas memang sengaja nak membunuh diri bila dia keluarkan kenyataan tersebut hari ini.

Kata Si Khalid Ibrahim tu, tindakan PKNS memecat 22 orang kakitangan mereka tanpa sebab musabab yang tertentu adalah untuk menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM 7juta.

Untuk apa penjimatan sebanyak RM 7juta tu dibuat? Supaya Khalid dapat bayar gaji dan elaun ADUN termasuk diri dia sendiri yang dah dinaikkan sebanyak 300 peratus sebelum ini?

Kiranya, Si Khalid tu lebih mementingkan duit perbelanjaan PKNS daripada nak menjaga Kebajikan Rakyat terutama dikalangan 22 orang kakitangan PKNS tu sendiri.

Korang bayangkan. 22 pekerja PKNS tu mewakili 22 buah keluarga yang hidup di Selangor. Katakan satu keluarga ada 4 orang ahli. Apa yang diorang nak makan bila kerja diorang dah tak de?

Maknanya, Khalid dah menganiayai 88 orang sedangkan dalam masa yang sama diorang sibuk mendabik dada kata diorang nak menjaga Kebajikan Rakyat di Selangor.

Sebelum ini, diorang jugak yang sibuk menuduh pihak kerajaan pusat sengaja nak menyusahkan rakyat dengan kenaikkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Adakah dengan cara memecat kakitangan PKNS tu tanpa sebarang sebab musabab yang sah boleh dianggap sebagai satu langkah yang wajar bagi menangani kenaikkan kos sara hidup tu?

Inilah masalahnya dalam kalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Diorang ni setakat pandai bercakap dan buat dakwaan je yang diorang taunya. Nak suruh diorang buat kerja, jangan harap la!!!

Nak uruskan pentadbiran Negeri pun diorang tak mampu lakukan, inikan pulak diorang nak bermimpi untuk mentadbir Negara dimasa akan datang. Kalau inilah caranya diorang nak memerintah, memang malang la nasib kita. Alamatnya, memang jahanam la Negara!!!

Sunday, 2 February 2014

Umno kecam video Teresa Kok

  • Umno kecam video Teresa KokPemuda Umno Wilayah Persekutuan menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap tindakan Teresa menerbitkan video didakwa berunsur provokasi.

KUALA LUMPUR - Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengecam tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerbitkan video sempena Tahun Baharu Cina yang didakwa berunsur hasutan mengancam perpaduan dan keharmonian negara ini.

Ketua Pemudanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, pihaknya mengutuk tindakan Teresa itu yang disifatkan biadab.

Mohd Razlan berkata, video berdurasi 11.39 minit itu mungkin dianggap sebagai jenaka sesetengah pihak bagaimanapun, ia tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli Parlimen.

Katanya, sebagai wakil rakyat Teresa sepatutnya memupuk keharmonian di kalangan rakyat.

“Kami mengutuk video ini yang bersifat perkauman. Kami kecam video ini yang boleh menggugat keharmonian rakyat,” katanya pada sidang media, semalam.Video tersebut mula dimuat naik di internet termasuk Youtube pada Isnin lalu.

Video dinamakan Teresa Kok ‘Onederful’ Malaysia CNY 2014 itu dikatakan memperlekeh sistem pendidikan di negara ini serta mengutuk semangat 1Malaysia diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohd Razlan berkata, beliau mempersoalkan mengapa video tersebut dikeluarkan semasa Tahun Baharu Cina seolah-olah Teresa berniat mencetuskan provokasi antara kaum.

Menurutnya, beliau mengingatkan Teresa supaya bersedia menanggung segala perbuatannya sekiranya rakyat marah.

“Teresa jangan marah kalau rakyat biadab dengan dia kerana provokasi ini dia mulakan,” katanya.

Mohd Razlan berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung video tersebut dan beliau mendesak Teresa memohon maaf.