Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday, 3 July 2011

Modus Operandi CIA~NED Cetuskan Gelombang ‘Kuasa Rakyat’ Di Malaysia - sebenarnya mahu melihat Malaysia hancur!!


Mohamad Sabu dan Syed Azman wakil dari PAS mengadakan perbincangan dengan Ambiga Sreenevasan, Pengerusi BERSIH 2.0 dan Maria Chin Abdullah (EMPOWER)

AIDCNews – 28/06/11 – Philip Agee atau nama sebenarnya Philip Burnett Franklin Agee, mendedahkan modus operandi CIA (Central Intelligence Agency) ‘menakluk’ sesebuah negara menggunakan topeng demokrasi khususnya semasa pilihanraya umum sesebuah negara tersebut.
“Teknik lama CIA, (dengan) menubuhkan (sesuatu) organisasi (NGO) yang kuat (di kawasan) Pasifik yang akan terlibat dalam memantau pilihanraya atau sesuatu sepertinya.
“Yang pertama yang saya tahu adalah NAMFREL di Filipina, yang ditubuhkan sekitar tahun 1950-1951, sebagai salah satu usaha negara tersebut untuk menentang pemberontakan.
“Sebab kami mahukan instrumen (jentera) untuk menjadikan anggota kami (kader-kader/ proksi) sebagai Presiden Filipina.
“Dan kami melaksanakannya melalui organisasi ini, NAMFREL..NAMFREL mengilhamkan (moto perjuangan) Kuasa Rakyat(People Power),” dedahnya yang pernah terlibat sebagai pegawai operasi CIA mulai tahun 1957 dan meninggalkan agensi perisikan itu pada tahun 1968.
NAMFREL, MAFREL & ANFREL Berpaksikan IRI, NDI & NED
Menurut wikipedia, NAMFREL adalah singkatan kepada The National Citizens’ Movement for Free Elections. 
Antara rangkaian-rangkaian yang disenaraikan NAMFREL adalah ANFREL (Asian Network for Free Elections), NDI (National Democratic Institute) DI (Democracy International, Inc) dan IFES (International Foundation for Electoral Systems).
ANFREL ditubuhkan pada tahun 1997, berpengkalan di Bangkok dengan menjalankan operasi di seluruh rantau Asia meliputi Afghanistan, Bangladesh, Cambodia, India, Indonesia, Jepun,Malaysia, Mongolia, Nepal, Pakistan, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Timor Leste dan Thailand.K
NAMFREL (Filipina) adalah salah satu ahli ANFREL. Di Malaysia, cawangan ANFREL adalah NIEI (National Institute for Electoral Integrity) yang dipengerusikan oleh Yunus Ali, suami kepada Maria Chin Abddullah yang menjadi Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0. 
Yunus merupakan bekas aktivis pelajar Universiti Malaysia pada tahun 70-an yang menjadi rakan karib Hishamuddin Rais.
Selepas Yunus meninggal dunia, NIEI dipimpin oleh Amin Iskandar (Black), aktivis reformasi pro Anwar Ibrahim.
Selain NIEI, satu lagi cawangan ANFREL adalah MAFREL ( Malaysians for Free and Fair Elections).
Abd Malek Hussin, aktivis reformasi turut mendedahkan NGO pimpinannya, MAFREL ditaja oleh yayasan dana Amerika Syarikat (AS) iaitu IRI (The International Republican Institute).
MAFREL juga turut mempunyai rangkaian antarabangsa termasuk ANFREL, ARDA (wakil Malaysia adalah Tian Chua), Forum Asia (Cynthia Gabriel, juga merupakan Pengarah Eksekutif SUARAM), TAF -The Asia Foundation (Bangkok) dan lain-lain. 
Sekarang MAFREL dipengerusikan oleh Syed Ibrahim Syed Noh, manakala Abdul Malek Hussin menjadi Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Badan induk kepada NIEI dan MAFREL iaitu ANFREL pula dinaungi oleh yayasan-yayasan dana yang berpengkalan di Amerika Syarikat iaitu NDI (The National Democratic Institute for International Affairs), IRI , The Carter Center dan IDEA (The International Institute for Democracy and Electoral Assistance).
Menurut Phil Agee lagi, kejayaan gerak kerja CIA melalui NAMFREL, diaplikasi pula di Panama yang dinamakan Crusada Civilista Nacional (Civic Crusade).
“Kaedah ini digunakan untuk menentang tentera Noriega dengan melancarkan demonstrasi jalanan…dan mereka membawa perkara ini ke jalanan.
“Jika anda masih ingat muka depan sebuah majalah, di mana mereka mengadakan rusuhan…tetapi Noriega tidak berjaya digulingkan.
“Tetapi kita mencuba segala kaedah di Panama…calon (proksi) CIA yang bertanding dijatuhkan”, katanya.
Phil Agee mendedahkan operasi CIA pada tahun 1980-an yang membantu dan membekalkan senjata kepada Contra di Panama telah terbongkar kepada dunia.

Kantoi!!!!!!

Pada 2 Julai 2011, seorang pelatih amali Institut Nasional Integriti Pilihan Raya (NIEI) telah dihantar pulang kerana dipercayai menjadi agen asing di negara ini. Buktinya adalah kerana NIEI sendiri adalah sebuah NGO yang dibiayai oleh National Endowment for Democracy (NED). NIEI berpayung dibawah Asian Network for Free Election (ANFREL) sebuah NGO antarabangsa yang aktif didalam program pemantauan pilihan raya antarabangsa di negara-negara Asia .


Phil Burnett Franklin Agee, mendedahkan modus operandi CIA (Central Intelligence Agency) ‘menakluk’ sesebuah negara menggunakan topeng demokrasi. NAMFREL di Filipina adalah salah satu ahli ANFREL. Di Malaysia, cawangan ANFREL adalah NIEI (National Institute for Electoral Integrity) yang dipengerusikan oleh Yunus Ali, suami kepada Maria Chin Abddullah yang menjadi Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0. Maria Chin Abdullah pernah mengakui menerima dana daripada luar negara untuk BERSIH 2.

ANFREL yang merupakan payung kepada NIEI telah mendapat pembiyaan sejumlah USD$40,000 geran daripada NED untuk memantau sistem dan perjalanan pilihan raya di Asia. Geran tersebut juga disumbangkan untuk organisasikan pemerhatian jangka pendek dan jangka panjang untuk pilihan raya tertentu, bengkel untuk memantau pilihan raya, pendidikan tentang pengundian dan sistem pilihan raya. Memang jelas NIEI juga adalah sebuah NGO yang mendapat pembiayaan asing untuk menggangu perjalanan demokrasi di negara ini. NGO ini adalah antara NGO yang bakal bersama dalam BERSIH 2. 



Selamatkan negara ini daripada tangan-tangan asing ini.

National Institute for Electroral Intergrity (NIEI)

National Institute for Electoral Integrity (NIEI) of Malaysia began in 1999 as an informal group of like-minded activists for genuine democracy.

NIEI works to enhance development of democracy in Malaysia, especially areas related to election issues and problems. Thus, NIEI is active in monitoring election processes and program on voters’ awareness.

In 2007 and 2008, NIEI is involved in voters’ education program for natives in the states of Sabah and Sarawak. This activity is about bringing awareness of rights of voters and making informed choices. The program is very popular among the natives and was frequently invited to conduct it in communities that were not in our target list.

NIEI under the umbrella of ANFREL participates as international election observers in Asian countries, NIEI had sent its observers to Afghanistan, Bangladesh, Pakistan, Sri Lanka, Taiwan, Nepal,Thailand, Cambodia, Singapore, Indonesia, South Korea, Aceh and The Philippines since 2004.

A substantial proportion of young population of Malaysia do not register as voters and many more do not participate in election, NIEI now is working among youth for their active participation in processes of Malaysian democracy.

Friday, 1 July 2011

Panas !!! Sebenarnya kami sayangkan Wardina tak mahu dia sia siakan kehidupan nya

Cik Wardina bercuti selama dua bulan, atau bercuti terus ? tak tahu nak jawab takut kena saman dengan  Cik Wardina kerana Cik Wardina dah makan banyak juga duit saman ini. Hebat senang juga kerja saman ini, creat kontroversi dan bila ada blog melaporkan saman.

Cik Wardina ada melaporkan bahawa beliau kan menyaman blog blog yang menulis pasal beliau. takut juga kami jika Wardina saman, Kami kena minta maaf ke dengan  Cik Wardina. "Cik Wardina Maaf kan kami:" kami takut disaman. tapi kami mahu tahu betul ke Wardina tak tahu itu Program Pakatan Rakyat, Betul ke Cik Wardina tak tahu Azmin Ali akan datang. Sebagai public Figure yang mengacarakan sebuah rancagan hebat selaku nadi kepada rancangan berkenaan , tak kan lah sebegitu daifnya PA atau sesiapa sahaja yang membuat keputusan untuk datang ke program berkenaan ataupun Cik Wardina tak sangka akan jadi kecoh macam ini. Maksudnya Kantoi.

Sebagai orang yang matang , eloklah Cik Wardina fikirkan masak masak untuk menyaman bloggers atau sengaja Cik Wardina mahu nama cik Wardina jadi hot lagi . Wardina lawan bloggers . Mereka ini kalau gt
ak ada bukti yang sahih Cik Wardian mereka tak kan tulis. even gambar Cik Wardina puin mereka siarkan bukan berdasar cakap cakap kosong saja.

Tak apa lah Cik Wardina, bagaimana pula dengan twitter yang Cik Wardina hantar kata yang Cik Wardina akan sebaris dengan mereka di parlimen nanti???? jawab sajalah yang ini dulu .Kenapa tak dijelaskan isu Twitter sewaktu sidang khabar yang lalu , cik Wardina, ini sudah sama dengan cara Wan Azizah buat sidang akhbar pasal jam omega tapi tak tunjuk jam Omega. Kami akan minta maaf jika Cik Wardina boleh nafikan pasal twitter pula.Sebenarnya kami sayang dengan Cik Wardina , jangan persia kan kehidupan,