Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday, 3 July 2011

Kantoi!!!!!!

Pada 2 Julai 2011, seorang pelatih amali Institut Nasional Integriti Pilihan Raya (NIEI) telah dihantar pulang kerana dipercayai menjadi agen asing di negara ini. Buktinya adalah kerana NIEI sendiri adalah sebuah NGO yang dibiayai oleh National Endowment for Democracy (NED). NIEI berpayung dibawah Asian Network for Free Election (ANFREL) sebuah NGO antarabangsa yang aktif didalam program pemantauan pilihan raya antarabangsa di negara-negara Asia .


Phil Burnett Franklin Agee, mendedahkan modus operandi CIA (Central Intelligence Agency) ‘menakluk’ sesebuah negara menggunakan topeng demokrasi. NAMFREL di Filipina adalah salah satu ahli ANFREL. Di Malaysia, cawangan ANFREL adalah NIEI (National Institute for Electoral Integrity) yang dipengerusikan oleh Yunus Ali, suami kepada Maria Chin Abddullah yang menjadi Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0. Maria Chin Abdullah pernah mengakui menerima dana daripada luar negara untuk BERSIH 2.

ANFREL yang merupakan payung kepada NIEI telah mendapat pembiyaan sejumlah USD$40,000 geran daripada NED untuk memantau sistem dan perjalanan pilihan raya di Asia. Geran tersebut juga disumbangkan untuk organisasikan pemerhatian jangka pendek dan jangka panjang untuk pilihan raya tertentu, bengkel untuk memantau pilihan raya, pendidikan tentang pengundian dan sistem pilihan raya. Memang jelas NIEI juga adalah sebuah NGO yang mendapat pembiayaan asing untuk menggangu perjalanan demokrasi di negara ini. NGO ini adalah antara NGO yang bakal bersama dalam BERSIH 2. 



Selamatkan negara ini daripada tangan-tangan asing ini.

No comments:

Post a Comment