Mohamad Sabu dan Syed Azman wakil dari PAS mengadakan perbincangan dengan Ambiga Sreenevasan, Pengerusi BERSIH 2.0 dan Maria Chin Abdullah (EMPOWER)
AIDCNews – 28/06/11 – Philip Agee atau nama sebenarnya Philip Burnett Franklin Agee, mendedahkan modus operandi CIA (Central Intelligence Agency) ‘menakluk’ sesebuah negara menggunakan topeng demokrasi khususnya semasa pilihanraya umum sesebuah negara tersebut.
“Teknik lama CIA, (dengan) menubuhkan (sesuatu) organisasi (NGO) yang kuat (di kawasan) Pasifik yang akan terlibat dalam memantau pilihanraya atau sesuatu sepertinya.
“Yang pertama yang saya tahu adalah NAMFREL di Filipina, yang ditubuhkan sekitar tahun 1950-1951, sebagai salah satu usaha negara tersebut untuk menentang pemberontakan.
“Sebab kami mahukan instrumen (jentera) untuk menjadikan anggota kami (kader-kader/ proksi) sebagai Presiden Filipina.
“Dan kami melaksanakannya melalui organisasi ini, NAMFREL..NAMFREL mengilhamkan (moto perjuangan) Kuasa Rakyat(People Power),” dedahnya yang pernah terlibat sebagai pegawai operasi CIA mulai tahun 1957 dan meninggalkan agensi perisikan itu pada tahun 1968.
NAMFREL, MAFREL & ANFREL Berpaksikan IRI, NDI & NED
Menurut wikipedia, NAMFREL adalah singkatan kepada The National Citizens’ Movement for Free Elections.
Antara rangkaian-rangkaian yang disenaraikan NAMFREL adalah ANFREL (Asian Network for Free Elections), NDI (National Democratic Institute) DI (Democracy International, Inc) dan IFES (International Foundation for Electoral Systems).
ANFREL ditubuhkan pada tahun 1997, berpengkalan di Bangkok dengan menjalankan operasi di seluruh rantau Asia meliputi Afghanistan, Bangladesh, Cambodia, India, Indonesia, Jepun,Malaysia, Mongolia, Nepal, Pakistan, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Timor Leste dan Thailand.K
NAMFREL (Filipina) adalah salah satu ahli ANFREL. Di Malaysia, cawangan ANFREL adalah NIEI (National Institute for Electoral Integrity) yang dipengerusikan oleh Yunus Ali, suami kepada Maria Chin Abddullah yang menjadi Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0.
Yunus merupakan bekas aktivis pelajar Universiti Malaysia pada tahun 70-an yang menjadi rakan karib Hishamuddin Rais.
Selepas Yunus meninggal dunia, NIEI dipimpin oleh Amin Iskandar (Black), aktivis reformasi pro Anwar Ibrahim.
Selain NIEI, satu lagi cawangan ANFREL adalah MAFREL ( Malaysians for Free and Fair Elections).
Abd Malek Hussin, aktivis reformasi turut mendedahkan NGO pimpinannya, MAFREL ditaja oleh yayasan dana Amerika Syarikat (AS) iaitu IRI (The International Republican Institute).
MAFREL juga turut mempunyai rangkaian antarabangsa termasuk ANFREL, ARDA (wakil Malaysia adalah Tian Chua), Forum Asia (Cynthia Gabriel, juga merupakan Pengarah Eksekutif SUARAM), TAF -The Asia Foundation (Bangkok) dan lain-lain.
Sekarang MAFREL dipengerusikan oleh Syed Ibrahim Syed Noh, manakala Abdul Malek Hussin menjadi Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Badan induk kepada NIEI dan MAFREL iaitu ANFREL pula dinaungi oleh yayasan-yayasan dana yang berpengkalan di Amerika Syarikat iaitu NDI (The National Democratic Institute for International Affairs), IRI , The Carter Center dan IDEA (The International Institute for Democracy and Electoral Assistance).
Menurut Phil Agee lagi, kejayaan gerak kerja CIA melalui NAMFREL, diaplikasi pula di Panama yang dinamakan Crusada Civilista Nacional (Civic Crusade).
“Kaedah ini digunakan untuk menentang tentera Noriega dengan melancarkan demonstrasi jalanan…dan mereka membawa perkara ini ke jalanan.
“Jika anda masih ingat muka depan sebuah majalah, di mana mereka mengadakan rusuhan…tetapi Noriega tidak berjaya digulingkan.
“Tetapi kita mencuba segala kaedah di Panama…calon (proksi) CIA yang bertanding dijatuhkan”, katanya.
Phil Agee mendedahkan operasi CIA pada tahun 1980-an yang membantu dan membekalkan senjata kepada Contra di Panama telah terbongkar kepada dunia.
No comments:
Post a Comment