Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 13 May 2014

Permainan apakah ini??

 
Parah!!! Memang parah dah Politik di Terengganu ni. Tak de penyakit cari penyakit. Dapat penyakit, tak sedar diri. Payah la kalau gini gayanya. 

Memang 'Cerdik' sungguh orang yang merancang semua ni. Patut boleh bagi anugerah dah tu sebab dia dah menyusahkan kerja orang lain. Tahniah la kita ucapkan kepada dia!!!

Maka dengan ini diisytiharkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu dah jatuh kepada Pakatan Haramjadah tu secara automatik. Hadi Awang dah boleh pilih MB baru.

Malah secara rasminya juga, Menteri Besar yang angkat sumpah malam tadi menjadi MB Paling Cepat Hilang Jawatan. Boleh masuk 'Guinness World Record' dah tu. Mungkin itu la yang 'Punahsihat' tu nak gamaknya. Mudah sikit kerja dia!!!
Kuala Lumpur: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud mengumumkan keluar UMNO dan pilih jadi ADUN Bebas.

Ini menjadikan tiga wakil rakyat Umno/BN Terengganu keluar parti sejak perubahan jawatan Menteri Besar semalam. 

Malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan meletakkan semua jawatannya dalam parti serta- merta. 

Peletakan jawatan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal turut disertai ADUN Ajil, Ghazali Taib yang juga EXCO Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas.


Berikutan perkembangan terbaru itu, kedudukan kerusi DUN Terengganu kini BN-14, PAS-14, PKR-1 dan Bebas-3.

No comments:

Post a Comment