Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 14 May 2014

KRISIS DI TEREGGANU: 3 PILIHAN BUAT PAS, KE-4 YANG TERBAIK!!!


Selepas selesai 24 jam isu krisis yang melanda kepimpinan Negeri Terengganu tersebar sejak semalam, pelbagai spekulasi kini mula bermain dilaman media sosial.

Di pihak UMNO, pemimpin tertinggi parti menyarankan supaya semua ahli disetiap peringkat bertenang sementara isu ini cuba ditangani dengan cara yang lebih berhemah.

Tapi, di pihak PAS pula, mereka melihat ini satu peluang yang cukup besar bagi mereka. Berikut diberikan tiga pilihan utama kepada PAS:
Pertama, jika Ahmad Said dan Ghazali bersedia menjadi adun bebas yang menyokong Pas dan PKR maka penubuhan kerajaan baru boleh diusahakan.

Namun, keadaan ini akan menjadikan kerajaan negeri tidak stabil. Kedua-dua adun bebas boleh pula menarik sokongan dan ia akan merisikokan kerajaan baru pula.

Pelbagai polisi pentadbiran negeri boleh terencat. Ketidakstabilan ini bukan pilihan terbaik rakyat Terengganu.

Kedua, boleh diusahakan kerajaan campuran BN, Pas PKR. Kalau 13 Mei 1969 menyaksikan  kerjasama politik dua parti politik melayu Islam Umno dan Islam Melayu Pas diusahakan sehinga akhirnya terbentuk BN, maka 13 mei 2014 boleh menyaksikan sejarah baharu kerajaan campuran dua parti tersebut di peringkat negeri.

Namun, pilihan ini juga tidak mudah kerana melibatkan banyak pihak dan dasar parti. Ia boleh menjadi sejarah cubaan terkini penyatuan umat Islam, tetapi ia tidak membawa kepada kestabilan kepada kerajaan negeri juga.

Pilihan Ketiga ialah pembubaran Dun Terengganu. Berikan mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan.


Pilihan raya peringkat negeri akan menjadi pungutan suara rakyat Terengganu terhadap pelbagai agenda perubahan yang dicanangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pilihan - pilihan itu ditulis oleh Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus menerusi laman blog dia sebelum ini. Jadi, kita dah boleh agak macam mana pemikiran dia.

Maka sekarang kita bagi dia pilihan Keempat, Jangan sibuk dengan hal orang lain!!! Baik dia jaga parti dia sendiri dulu. Nak buat Hudud pun masih 'flip-flop'.

Dah la Presiden parti kena saman sebab menabur fitnah. Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung pulak dah didapati bersalah kerana fitnah orang tak tentu arah.

Sekarang adalah lebih baik PAS cari jalan untuk membersihkan imej parti sendiri dulu. Kalau ye pun nak memperjuangkan Islam, jangan buat perangai Haramjadah!!! Jangan la nak ambik kesempatan tak tentu arah sedangkan parti sendiri pun tunggang langgang!!!

No comments:

Post a Comment