Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 14 May 2014

PRK Teluk Intan: Puteri Umno Atur Strategi



TELUK INTAN: Pergerakan Puteri Umno mengatur pelbagai strategi bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini, termasuk menarik sokongan golongan muda kepada Barisan Nasional (BN).

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, Puteri Umno telah memperinci tugasan 500 anggotanya bagi menjejaki setiap pengundi muda dalam usaha untuk merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Intan yang dikuasai pembangkang.

"Kita amat yakin dengan pengalaman yang ada, kita dapat melakukan gerak kerja dengan lebih baik lagi...strategi tetap diatur, kita akan mengambil kira keperluan setempat yang kita rasakan boleh mendapat undi daripada mereka," katanya selepas menghadiri majlis taklimat khas PRK bersama-sama Puteri Umno di sini, Selasa.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13 tahun lepas, Seah mengalahkan calon BN Datuk Mah Siew Keong dan calon Bebas K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon PRK Teluk Intan pada 19 Mei dan pengundian 31 Mei.

No comments:

Post a Comment