PENULIS mula melihat penubuhan
jawatankuasa teknikal antara kerajaan PAS Kelantan dengan kerajaan
persekutuan (melalui JAKIM) berhubung perlaksanaan hudud di negeri
tersebut, sudah jadi satu kesilapan dari sudut politik.
Ini setelah Presiden PAS, Hadi Awang
menjadikan penubuhan jawatankuasa tersebut sebagai alasan untuk
menangguhkan pembentangan rang undang-undang perlaksanaan hudud Kelantan
di Parlimen seperti yang dijadualkan sebelum ini.
Kononnya nak tunggu jawatankuasa itu
selesai meneliti semua perkara berbangkit mengenai hudud Kelantan yang
sudah diluluskan lebih 20 tahun dulu (bukan 2 hari lepas)!!
Penulis ulang, selepas 20 tahun - sama
ada ulamak PAS yang rangka hudud ini dulu ilmunya tak cukup tinggi
sampai kena tunggu JAKIM semak semula atau ada agenda lain yang Hadi
taknak orang nampak.
Apahal pulak nak tangguh, proses itu berlainan sama sekali walaupun isunya sama – hudud.
Selama hari ini PAS berulang kali
menyalahkan perlembagaan persekutuan kenapa hudud tidak boleh
dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu (sewaktu mereka perintah), tapi
kini jawatankuasa teknikal berkenaan sudah jadi alasan baru.
Malah penulis juga jangka penubuhan
jawatankuasa ini juga akan jadi senjata baru PAS untuk menyalahkan UMNO
kalau akhirnya tidak ada kata sepakat berjaya dicapai, terutama dari
segi hukuman terhadap bukan Islam dan orang Islam.
Oleh yang demikian, penulis rasa pemimpin
UMNO atau JAKIM sendiri perlu segera keluar kenyataan bahawa PAS tidak
perlu tangguh untuk membawa rang undang-undang hudud Kelantan ke
Parlimen kerana kononnya nak tunggu keputusan jawatankuasa teknikal
tersebut.
Kita semua tahu PAS sedang ditekan hebat
oleh PKR dan DAP dalam isu hudud ini dan mereka sedang mencari jalan
bagaimana nak selesaikan masalah tersebut supaya Pakatan tak nampak
berpecah dan nampaknya Jawatankuasa teknikal ini sudah jadi jalan keluar
mereka yang baru.
Lambat kenyataan ini dikeluarkan, (PAS
tak perlu tunggu keputusan jawatankuasa teknikal hudud untuk bentang
rang undang-undang di Parlimen), lagi keliru rakyat dengan status
sebenar hudud di Kelantan ni – nak dibuat atau tidak?
No comments:
Post a Comment