Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday 9 May 2014

Hudud: Apa Salah Wee Ka Siong?


Ramai di dalam UMNO dan Pas marah kepada Datuk Wee Ka Siong kerana mengatakan MCA akan mengkaji kedudukannya di dalam Barisan Nasional jika UMNO mengambil keputusan menyokong deraf Hudud yang akan di bawa oleh Pas. Kemarahan ini sebenarnya bersandarkan emosi bahawa bukan hak MCA untuk mencampuri hal ehwal Islam.

Mari kita letakkan diri kita di tempat Wee Ka Siong, apakah kita akan menerima undang-undang jenayah Buddha atau Kristian dalam pemerintahan negara ini? Saya tidak pasti orang lain, namun saya akan menentang habis-habisan.

Wee Ka Siong bukan mengugut UMNO mahu pun Perdana Menteri. Beliau sekadar menyatakan MCA kena mengkaji kedudukan bersama UMNO jika kita menyokong Hudud yang akan dibentangkan oleh Pas. Bukankah ini satu tindakan politik yang bijak dan berani bagi MCA? [Lihat penjelasan Wee Ka Siong di sini]

Sudah tentu apabila UMNO mengambil keputusan menyokong deraf Hudud Pas nanti, ia perlu meyakinkan MCA bahawa sokongan ini tidak akan mengugat kepentingan dan kesejahteraan kaum lain. Jika ia gagal untuk meyakinkan MCA, maka hak MCA untuk meninggalkan BN.

MCA boleh meninggalkan Barisan Nasional, atau mungkin sahaja UMNO boleh disingkirkan dari Barisan Nasional jika semua parti komponen lain membuat keputusan menyingkirkan UMNO.

Ramai yang mungkin marah kepada Wee Ka Siong, namun dari segi rasional, Wee mempunyai asas mempertikaikan hukuman jenayah yang berbeza mengikut agama. Hukuman jenayah hendaklah adil tanpa mengambil kira agama mahu pun kaum.

Malahan mewujudkan dua sistem jenayah yang berasingan antara bukan Islam dan Islam dalam negara yang majmuk seperti Malaysia sangat mustahil. Islam dan bukan Islam hari ini hidup berinteraksi dan berasimliasi antara satu sama lain, bukannya seperti sistem kabilah dan pemeritahan zaman awal Islam.

Dalam banyak kes di negara ini, kegiatan jenayah dilakukan secara bersama antara Islam dan bukan Islam atau membabitkan Islam dan bukan Islam sebagai pencuri dan mangsa. Bagaimanakah sistem Pas ini boleh berlaku adil?

Dalam konteks maqasid syariah, keadilan adalah antara aspek terpenting. Justeru itu Hudud jika mahu dilaksanakan hendaklah merangkumni Islam dan bukan Islam. Tidak ada dalam sejarah Islam, hukuman jenayah ke atas bukan Islam lebih ringan daripada orang Islam. Tapi inilah yang akan berlaku dalam hudud Pas.

Mereka yang menyokong hudud boleh berkata ini hukuman yang dietntukan Allah, siapa suruh melakukan jenayah. Jika melakukan jenayah terimalah akibatnya. Mereka yang menjawab sebegini sebenarnya sudah menjadi manusia yang hati keras dan takbur atas nama agama.

Dengarlah apa yang dikatakan oleh bekas Mufti Mesir ini dan nilai sendiri mereka yang begitu taksub untuk melaksanakan hudud sehingga tidak mengambil kira kefahaman keseluruhan mengenai Islam.

No comments:

Post a Comment