Langkah “drastik” Lim Guan Eng untuk menaikkan
tarif air di Pulau Pinang secara tidak langsung menggambarkan Pakatan
Pembangkang ini merupakan pemerintah yang akan menaikkan harga barangan
sesuka hati dan membebankan rakyat tanpa sebab yang cukup kukuh. Ini
amat berbeza dengan Kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah dengan
sengaja menaikkan sebarang harga barangan melainkan terpaksa. Rakyat
juga perlu ingat bahawa kenaikan harga barangan yang berlaku sekarang
adalah akibat dari provokasi mereka yang tidak bertanggungjawab dengan
bantuan “tangan ghaib” yang memegang ekonomi negara kita. Namun kenaikan
tarif air di Pulau Pinang jelas memang disengajakan oleh DAP.
Isu kenaikan tarif air di Pulau Pinang menjadi
topik hangat ketika ini memandangkang dalam PRU13 baru-baru ini dalam
manifesto mereka menegaskan untuk memastikan kerajaan negeri dan
Persekutuan mengurangkan tarif air. Pakatan pembangkang turut menyatakan
penetapan tarif air pada kos rendah akan mengurangkan beban kos hidup
orang ramai. Pembohongan mereka terbongkar kali pertama apabila selepas
PRU13 kerajaan Pulau Pinang menaikkan kadar surcaj pemulihan air (WSC)
pada 1 September 2013. Kini kerajaan Pulau Pinang sekali lagi
memungkiri janji kepada rakyat dengan mengumumkan kenaikan menaikkan
tarif air pada tahun ini pula.
Bayangkan sekiranya kerajaan Barisan Nasional
membuat kenyataan bahawa KENAIKAN HARGA barangan adalah untuk mengajar
rakyat berjimat cermat. Maka pihak pakatan pembangkang tanpa membuang
masa akan terus “menjerit” “melolong” macam orang gila “menghentam”
kerajaan Barisan nasional. Namun apabila perkara yang sama dilakukan
oleh Lim Guan Eng @ DAP maka mereka pun memberikan justifikasi betapa
praktikal dan berhemahnya keputusan mereka itu dan ironinya penyokong
pakatan pun dengan “redha” menerima keputusan tersebut.
Dalam kekalutan rakyat menghadapi krisis air,
tiba-tiba Lim Guan Eng @ DAP telah mengumumkan kadar tarif air Pulau
Pinang akan dinaikkan pada masa depan selepas mengambil kira permintaan
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk berbuat demikian.
Beliau turut menyalahkan penduduk negeri Pulau Pinang kononnya tidak
bijak menguruskan penggunaan air sehingga menyebabkan negeri ini menjadi
negeri tertinggi penggunaan air dalam kalangan penduduk.
Isu air merupakan antara topik hangat dalam negara
ketika ini. Dalam keadaan Selangor melaksanakan pencatuan air akibat
dari keputusan “bodoh” Khalid Ibrahim yang sebelum ini bermati-matian
menolak pembinaan “Langat2” maka rakyat Selangor terpaksa menanggung
akibatnya. Rakyat perlu tahu bahawa keputusan menolak projek Langat 2
sebelum ini bukan merupakan keputusan Khalid Ibrahim seorang. Ianya
seolah-olah merupakan “ARAHAN” dari pihak tertinggi Pakatan Pembangkang.
Dengan ertikata lain tidak ada satu pun kebaikan yang disumbangkan oleh
pakatan pembangkang melainkan kesengsaraan kepada rakyat.
Hakikatnya keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang
menaikkan tarif air kononnya bagi mengawal penggunaan bahan itu di
kalangan rakyatnya adalah tidak wajar sama sekali. Ianya merupakan satu
tindakan yang cukup tidak bertanggungjawab dalam keadaan syarikat
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) kini meraih
keuntungan. DAP ternyata tidak mementingkan rakyat yang terpaksa
menanggung kos kenaikan itu. Dalam keadaan PBAPP meraih keuntungan DAP
masih mahu menekan rakyat.
Mentaliti DAP sebenarnya amat gagal sebagai
pemerintah. Mereka lebih mirip kepada organisasi yang berteraskan
keuntungan. Percaturan hidup rakyat Pulau Pinang sudah menjadi transaksi
perniagaan buat DAP. Dengan itu sebarang unsur yang mengganggu
perancangan memaksimakan keuntungan bakal mengalami mimpi buruk tidak
lama lagi. Dengan erti kata lain kos hidup di Pulau Pinang bakal
melambung tinggi sepertimana Singapura yang merupakan antara negara yang
kos sara hidupnya merupakan yang tertinggi di dunia.
Tanggungjawab mereka untuk menjaga kebajikan rakyat
seolah-olah menjadi agenda terakhir dalam “list” DAP. Hakikatnya mereka
dipilih untuk rakyat untuk menjaga kebajikan bukannya membentuk
komuniti rakyat Pulau Pinang sebagai perniagaan. Alasan yang cukup tidak
bertanggungjawab DAP kononnya langkah kerajaan negeri untuk menaikkan
tarif air merupakan suatu usaha untuk mengelak catuan air terpaksa
dilakukan di Pulau Pinang. Kerajaan negeri terpaksa menaikkan tarif air
untuk menggalakkan orang ramai mengurangkan kadar penggunaan air agar
generasi akan datang mempunyai lebih banyak peluang untuk tidak
mengalami catuan air. Betapa hipokrit dan tidak bertanggungjawabnya
kenyataan Lim Guan Eng@DAP.
No comments:
Post a Comment