SETIAP kali berlaku
krisis di negara ini, pembangkang adalah antara beberapa pihak yang
‘bergembira’ dengan kejadian tersebut. Gembira sebab kejadian itu boleh
menjadi modal untuk mereka membangkitkan sentimen benci kepada kerajaan
BN.
Tidak terkecuali dalam tragedi yang
menimpa penerbangan MH370 ini yang sudah hilang sejak 3 minggu yang
lepas. Dari mula kehilangan ini dilaporkan, pembangkang sentiasa
mencari jalan bagaimana untuk menyalahkan kerajaan, dalam masa yang sama
cuba menunjukkan simpati dengan ucapan takziah supaya tak nampak sangat
mabuk politiknya.
Hakikatnya mereka tidak peduli pun dengan
berapa ramai nak mati dan sebagainya, yang depa tahu, macam mana nak
tuding jari pada kerajaan. Lebih buruk lagi, pembangkang cuba jadi batu
api, dengan melaga-lagakan kerajaan Malaysia dan kerajaan China,
apabila memetik berita yang kurang tepat oleh agensi media tertentu
konon nak menunjukkan China tidak berpuas hati dengan Malaysia.
Malangnya, hasrat itu terkubur terus bila
Duta China ke Malaysia Huang Huikang semalam menafikan bahawa
kerajaannya bertelagah dengan Malaysia berhubung cara mengendalikan
nahas pesawat ini. Huang mengesahkan Malaysia memberikan kerjasama yang
cukup baik, tapi ia menjadi isu kerana mungkin ada segelintir dari ahli
keluarga penumpang pesawat yang terlibat, tidak faham atau tidak mahu
menerima hakikat.
Boleh faham sajalah bahawa ini melibatkan
kemumgkinan akan kehilangan nyawa yang ramai, sudah tentu kita tidak
berhadapan dengan realiti tapi lebih kepada emosi.
Tidak setakat itu, Duta China tersebut
juga menyokong penggunaan perkataan ‘ended’ oleh Perdana Menteri dalam
sidang medianya minggu lepas bagi mengesahkan bahawa penerbangan
tersebut berakhir di Lautan Hindi.
Kenyataan itu seperti yang semua orang
tahu telah diputar belitkan oleh pembangkang, kononnya Perdana Menteri
secara gopoh gapah mengesahkan pesawat itu terhempas bila tidak ada
sebarang bukti yang menunjukkan ia telah terhempas.
Walhal, rujuk balik kenyataan Perdana Menteri, di bahagian mana yang beliau kata pesawat itu telah terhempas?
Apa pun, kenyataan dari Duta China ini
sepatutnya memadamkan terus sebarang spekulasi jahat yang cuba
mengeruhkan hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan China.
Seperti yang sering dijelaskan
berulang-ulang kali, nengara ini tidak ada menyembunyikan apa-apa
maklumat pun dan sentiasa bekerjasama rapat dengan kerajaan China. Jika
tidak, bagaimana China boleh dilibatkan dalam usaha mencari pesawat
tersebut di Lautan Hindi bersama beberapa negara lain?
Ini yang pembangkang sengaja tidak mahu
faham, selain cuba ambil kesempatan. Asal boleh jadi modal politik,
semua perkara pun nak diputar belitkan.
No comments:
Post a Comment