Nurul Izzah telah mengeluarkan kenyataan berlapik
seolah-olah menolak hukum Hudud. Nurul Izzah berkata isu pelaksanaan
hudud bukannya satu perkembangan baru di peringkat negeri Kelantan.
“Bagi saya ini adalah tentang ‘faith of priority’ (keutamaan). Apa yang
penting dan yang harus diberi keutamaan (sekarang) adalah
perkara-perkara seperti ‘good governance’ (urus tadbir baik),
menghapuskan rasuah dan mengurangkan kadar kemiskinan.“Ini adalah fokus
saya sebelum beralih ke isu pelaksanaan hudud,”
Allah Subhanahu Wa Taala telah berfirman:
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
Maksudnya : “Dan barangsiapa yang tidak berhukum
menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah
orang-orang yang kafir. ” (Surah al-Maidah (5) ayat 44)
Hukuman hudud merupakan hukuman yang telah
ditentukan dan ditetapkan Allah s.w.t di dalam Al-Quran dan Hadis.
Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T. Ianya tidak boleh ditukar
ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh
dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan
hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah
termasuk dalam golongan orang yang zalim.
Persoalannya sekarang adakah draf hudud PAS dan
Kelantan menepati erti kata hudud yang sebenarnya? Perlu kita ingat
bahawa hukuman hudud tidak boleh diubahsuai dan dipinda mengikut
kesesuaian pemimpin PAS dan sekutu mereka. Hudud adalah hak Allah s.w.t.
Isu yang paling ketara dalam hudud PAS yang jelas
bertentangan dengan hukum Allah adalah Meliwat isteri tidak termasuk
sebagai kesalahan hudud didalam Enakmen Hudud & Qisas 2002 yang
digubal oleh Kerajaan PAS. Kebenaran itu memang pahit untuk ditelan
namun pengikut PAS harus terima itulah hakikat hudud yang mereka
bangga-banggakan.
Manakala di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas)
Terengganu 2002 pula , iaitu Enakmen No. 4 Tahun 2002 bertarikh
02.09.2002, tercatat jelas di Seksyen 14:
“Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara
seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau diantara seorang
lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan
diluar tabii iaitu melalui dubur”.
Peruntukkan ini menyatakan dengan jelas bahawa persetubuhan melalui
dubur isteri sendiri TIDAK termasuk sebagai kesalahan HUDUD didalam
Enakmen Hudud & Qisas PAS.
Di dalam hukum Allah jelas menyatakan
bahawa liwat melalui dubur ini adalah satu kesalahan hudud, samada dubur
lelaki, dubur perempuan. Mengapa PAS membezakan persetubuhan dubur
isteri sebagai bukan satu kesalahan hudud? Peliknya kerana walaupun
Hudud PAS Terengganu menerima bantahan yang hebat ketika bahas, rang
undang-undang itu diluluskan juga oleh Kerajaan PAS yang memerintah
Terengganu semasa itu.
Apabila manusia memakai topeng Islam untuk tujuan
politik kotor mereka maka kesucian Islam telah dipertaruhkan dan bakal
diperjudikan demi secebis sokongan. Ketaksuban PAS mempermainkan hukum
ALLAH dengan menulis hukum sendiri dan memanggilnya sebagai hukum ALLAH
sebenarnya amat keji. Rakyat perlu tahu bahawa enakmen PAS itu bukanlah
100% hukum daripada ALLAH, undang-undang Islam yang sebenarnya.
Begitu juga dengan isu cukup umur. Dalam Seksyen 1
didalam Enakmen Hudud PAS memperuntukkan bahawa”mukallaf itu maknanya
seseorang yang sudah mencapai umur 18 tahun dan sempurna aqalnya”. Ini
bercanggah dengan hukum syarak. Hukum Islam telah menetapkan bahawa
mukallaf itu adalah mereka yang sudah mencapai umur aqil baligh, iaitu
datang haid bagi perempuan atau datang mimpi bagi lelaki, atau dalam
ketiadaannya, sudah mencapai umur 15 tahun hijriah.
Selama ini UMNO menolak Hudud PAS yang jelas amat bertentangan dengan
hukum Allah. Insyaallah sekiranya mereka dapat memperbaiki kelemahan
ketara yang jauh terpesong dengan hukum Allah maka UMNO akan bekerjasama
dengan PAS untuk melaksanakan hudud di Malaysia.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Ahmad Yakob pada
Rabu lepas mengumumkan keputusan mesyuarat exco kerajaan negeri yang
mahu menyiapkan dua rang undang-undang persendirian untuk dibawa ke
Parlimen bagi merintis kepada pelaksanaan hudud dan qisas di Kelantan.
Keputusan itu katanya adalah sebagai menyambut baik kenyataan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom bahawa kerajaan pusat
sedia menyokong mana-mana negeri yang mahu menguatkuasakan
undang-undang jenayah Islam.
Walaubagaimana pun tentangan dari DAP dan PKR
berkenaan perlaksanaan hudud ini bakal menyaksikan pertelingkahan dalam
pakatan pembangkang. DAP tetap tegas menentang pelaksanaan hudud dan
cadangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Manakala bagi
PKR ianya bukanlah keutamaan mereka. Insyaallah UMNO akan bersama PAS
dalam menegakkan hukum Hudud yang sebenarnya bukan hudud yang mengikut
selera dan citarasa pemimpin PAS dan sekutunya.
No comments:
Post a Comment