Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday, 1 April 2014

Kalau Tak Sebab Sakit, Siapa Tahu Nik Aziz Ada Buat Silap?

 Tokguru tazkirah

SEPANJANG penulis celik mata dalam politik di Malaysia ini, belum pernah sekalipun rasanya penulis ada mendengar Nik Aziz Nik Mat ini buat silap dan dosa – dari pengakuan sendiri mahu pun pengakuan orang yang rapat dengan dia.

Jangan kata buat dosa, gambaran oleh orang-orangnya yang penulis tahu, Nik Aziz ini bukan sahaja ulama pewaris Nabi, malah dari segi dosa pun dia macam Nabi juga, maksum.

Cakap ini bukan kosong, tapi ada buktinya.  Contoh, bila Shahnon Ahmad buat buku penuh dengan maki hamun dan carut bertajuk SHIT, satu-satunya manusia yang tampil secara terbuka membela Shahnon ialah Nik Aziz – sebab katanya Tuhan pun mencarut juga.

Takbirrrrrrrr kata pengikutnya.

Walhal dalam sejarah Islam, waima dalam sejarah dunia sekalipun belum pernah ada orang yang memberikan dalil seperti itu demi nak menghalalkan perbuatan yang jahat, tapi sebab ini Nik Aziz, maka yang bijak pun jadi bodoh, yang bodoh bertambahlah bodoh.

Sampai satu tahap, selipar Nik Aziz pun orang curi di Masjid sebab terlalu kagum dengan kehebatan, kewalian dan segala macam yang cuba digambarkan orang mengenai Nik Aziz ini – puncanya, sebab dia mempertahankan Shahnon dengan berani mengatakan Tuhan juga mencarut macam Shahnon mencarut.

Anehnya, dikala satu dunia sedar tafsiran ini silap (sebab itu isu tersebut tidak diteruskan sehingga sekarang), tak pernah penulis dengar dia mengaku dia silap, cuma bila sedar nyawa dah dihujung-hujung tanduk ini, barulah Nik Aziz mengaku dia dulu ada buat silap, itupun secara umum, tak pulak diperjelaskan satu persatu tang mana salah, tang mana silap.

Macam kerja senang jek.

Bagaimanapun, tujuan artikel ini bukanlah sebab penulis nak mencipta neraca dosa dan pahala Nik Aziz sepanjang jadi Menteri Besar Kelantan dulu.  Malah penulis nak ucapkan tahniahlah sebab akhirnya Nik Aziz mengaku dia ini hanya sekadar manusia biasa, tak terlepas dari salah dan silap.

Malah, minta maaf waktu sakit inipun memang sikap biasa kebanyakkan orang.  Kalau Nik Aziz ini taraf wali-wali seperti yang sesetengah orang percaya, dia akan minta maaf pada saat dia tahu dia sudah melukakan hati orang lain, bukan tunggu nak mati baru nak minta maaf.

Keraslah sikit cakap tu tapi dah memang itupun halnya,

No comments:

Post a Comment