Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 2 April 2014

#MH370: Ucapan Najib Tepat dan Paling Berkesan Sayangnya Pakatan Tidak Faham Isu

 mkini-kitsiang-mh370
Tindakan Ahli Parlimen Gelang Patah mempertikaikan ucapan Perdana Menteri yang menyatakan, bahawa berdasarkan data-data yang ada dan kajian adalah jelas MH370 “berakhir di Lautan Selatan Hindi”, sangat tidak masuk akal dan menunjukkan Lim Kit Siang lebih mementingkan politik kepartian berbanding kepentingan negara.

Kenyataan Najib sedemikian rupa merupakan ucapan yang dibuat secara berhati-hati dan memberi gambaran paling tepat mengenai situasi MH370. Najib tidak boleh menyatakan pesawat tersebut terhempas kerana ia mungkin meletup. Najib tidak boleh menyatakan ia meletup kerana mungkin juga kapal terbang tersebut melakukan pendaratan di atas air dan tenggelam secara perlahan-lahan.

Bukti yang ada kepada kerajaan dan penyiasat ialah titik akhir MH370 ialah di Selatan Lautan Hindi. Mohd Najib hanya mengumumkan fakta yang ada. Sudah tentu andaian itu turut membawa makna bahawa kerajaan menganggap keseluruhan pesawat tersebut telah berada di dalam lautan Hindi dan kesemua penumpang dan krew terkorban.

Namun kerajaan tidak boleh mengisytihar secara total tanpa sebarang bukti yang jelas seperti serpihan kapal terbang, penemuan bangkai kapal terbang, mayat atau kotak hitam.

Saya perlu mengucapkan tahniah kepada penulis ucapan Mohd Najib malam tersebut yang jelas memilih perkataan yang berhati-hati dan sangat tepat maknanya. Sepanjang saya mendengar ucapan Mohd Najib, saya fikir inilah ucapan yang paling mantap dan “sangat mengesankan” dengan pemilihan kata-kata bahawa Inggeris yang sangat tepat dan mengambil kira implikasi undang-undang dan politik kepada Kerajaan, MAS dan Boeing.

Justeru tindakan Kit Siang cuba meminta Najib menjelaskan makna ucapan beliau sebenarnya bukanlah bertujuan membantu kerajaan menyelesaikan masalah kehilangan MH370 tetapi cuba menjadi hero warga negara China dan menyalahkan kerajaan.

Sesiapa sahaja yang mengkritik ucapan Mohd Najib malam tersebut sama ada tidak memahami dengan baik bahawa Inggeris atau ada agenda politik.

Bacalah ucapan Mohd Najib ini akal bukannya hati
This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.
This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.
We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.
Terjemahan:
Malam ini saya diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB).

Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan, telah melakukan pengiraan lanjut terhadap data itu.

Dengan mengggunakan kaedah analisis yang belum pernah digunakan dalam sesuatu penyiasatan seumpama ini, mereka telah berjaya membuat pencerahan mengenai laluan penerbangan MH370.

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB telah membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Ini merupakan lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang lokasi pendaratan. Justeru itu dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat, saya perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan sidang akhbar esok untuk memaklumkan butiran lanjut.
Sementara itu kami ingin memaklumkan anda mengenai perlembangan terbaharu ini dalam kadar segera.

Kami berkongsi maklumat ini atas dasar komitmen kami terhadap keterbukaan dan perasaan hormat kepada seluruh keluarga, dua prinsip yang menjadi panduan penyiasatan ini.

Malaysia Airlines sudah pun memaklumkan kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka perkembangan ini.

Bagi mereka dua minggu yang berlalu cukup memeritkan; saya sedar bahawa berita ini akan lebih sukar lagi. Saya menggesa pihak media supaya menghormati privasi mereka dan memberi mereka ruang menghadapi situasi getir ini.

Pakatan Rakyat mendesak kerajaan menjelaskan maksud sebenar istilah pesawat MH370 “berakhir di Lautan Hindi” seperti dijelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 24 Mac lalu.

Pendirian itu digesa ekoran kenyataan pemangku menteri pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menafikan pesawat itu telah terhempas.

MP Gelang Patah, Lim Kit Siang (kiri) juga mempersoal tindakan Najib membuat usul khas merakamkan simpati kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal pada keesokan harinya selepas pengumuman.

“Beliau boleh sahaja menyatakan ada petunjuk atau kemungkinan (ia terhempas).

“Apa yang dinyatakan beliau sebelum ini tidak muktamad langsung,” kata Lim pada sidang media di perkarangan Parlimen pagi ini.

No comments:

Post a Comment