Niat untuk melaksanakan hudud itu perlu ikhlas.
Sebarang manipulasi sistem Allah ini akan memberi kesan yang buruk
terhadap perlaksanaan Hudud. Selama ini orang yang bukan Islam mempunyai
pandangan yang cukup negatif dan buruk terhadap perundangan Islam.
Mereka anggap Hudud sebagai undang-undang yang cukup zalim dan tidak
berperikemanusiaan. Salah siapakah ini? Hakikatnya 90% perundangan
Malaysia yang ada sekarang adalah menepati hukum Islam. Namun
disebabkan sikap PAS yang terlalu taksub cuba memanipulasikan Islam
untuk kepentingan politik telah menyebabkan isu hudud dipergunakan untuk
menimbulkan keraguan dikalangan umat Islam di Malaysia.
Perlu kita ingat bahawa semua umat Islam
bertanggungjawab untuk memastikan perlaksanaan hukum hudud.
Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah
s.w.t di dalam Al Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah
S.W.T yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau
dipinda. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah
ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan
orang yang zalim.
Hukuman potong tangan ke atas pencuri antara
perkara yang amat digeruni oleh bukan Islam dan dianggap melampau dan
tidak adil sedangkan hukuman tersebut tidak boleh sewenang-wenangnya
dilaksanakan. Ianya perlu memenuhi tujuh syarat utama iaitu :-
Pertama: Menepati definisi mencuri
Kedua: Barang yang dicuri mencukupi nisab
Ketiga: Harta yang dicuri adalah harta yang layak dimiliki
Keempat: Harta dicuri dari tempat penjagaan
Kelima: Bukan harta syubahat
Keenam: Pencuri itu akil-baligh dan terikat hukuman dalam Islam
Ketujuh: Sabit kesalahan mencuri dengan pengakuan atau disaksikan oleh saksi yang adil
Walaupun begitu ianya juga tertakluk kepada sebab
perbuatan mencuri tersebut. Sekiranya seseorang itu mencuri kerana
kebuluran maka pemerintah bertanggungjawab untuk membantu pencuri
tersebut kerana perbuatan beliau bukanlah satu perbuatan yang
disengajakan.
Hudud tidak boleh dilakukan dalam keadaan
tergesa-gesa. Ianya perlukan perancangan dan kajiselidik yang cukup
teliti. Rasulullah sendiri mengambil masa sebelas tahun semasa di
Madinah sebelum dapat melaksanakan undang-undang hudud sepenuhnya.
Ketidak ikhlasan PAS dalam melaksanakan hudud di Kelantan dan Terengganu
telah terbongkar dengan sendirinya. Sebelum dapat merampas Kelantan,
Nik Aziz pernah berkata bahawa beliau akan melaksanakan hudud sebaik
sahaja beliau dapat merampas Kelantan dari UMNO. Namun setelah lebih
dari dua puluh tahun PAS memerintah Kelantan mereka masih belum berjaya
melaksanakan hudud. Kini UMNO ingin membantu mereka tetapi dengan syarat
hudud mereka perlu telus mengikut hukum Allah bukannya manipulasi hukum
demi kepentingan peribadi pemimpin PAS itu sendiri.
Tambahan pula walaupun kedudukan Kelantan dan
Terengganu sebelah menyebelah namun draf hudud mereka berbeza sedangkan
hukum Allah tidah sepatutnya berbeza mengikut negeri. Ianya tidak boleh
dimanipulasikan sewenang-wenangnya.
Menurut hudud Kelantan terdapat 6 jenis kesalahan
manakala dalam hudud Terengganu pula ada 7 jenis kesalahan. Ini
merupakan bukti ketara draf hudud PAS telah dimanipulasikan.
6 Jenis Kesalahan Hudud PAS Kelantan
- Sariqah (mencuri)
- Hirabah (merompak)
- Zina
- Qazaf (tuduhan zina tanpa 4 saksi)
- Syrub (minum arak)
- Irtidad atau Riadah (keluar dari Islam)
7 Jenis Kesalahan Hudud Terengganu
- Sariqah (mencuri)
- Hirabah (merompak)
- Zina
- Qazaf (tuduhan zina tanpa 4 saksi)
- Syrub (minum arak)
- Irtidad atau Riadah (keluar dari Islam)
- Bughah
Ketelusan dan keikhlasan dalam perlaksanaan hudud
yang merupakan hukum Allah bakal menaikkan mertabat Islam di mata dunia.
Namun sebarang sabotaj dan pengkhianatan bakal menyebabkan Islam terus
dilabel sebagai agama yang melampau dan zalim.
Rakyat Malaysia juga perlu tahu bahawa hebatnya
kerajaan Barisan Nasional dalam meneraju Malaysia sejak sekian lama,
telah mengubal undang-undang negara sehingga 90% perundangan kita
berdasarkan perundangan hukum Islam. Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul
Hamid Mohamad pernah menyatakan bahawa sekiranya Malaysia melaksanakan
undang- undang Islam sepenuhnya, lebih daripada 90 peratus undang-
undang sedia ada tidak akan berubah. Persoalan sama ada Malaysia sebuah
negara Islam atau sekular sebenarnya tidak perlu diperbincangkan kerana
dalam Perkara 3(1) Perlembagaan jelas memperuntukkan Islam adalah agama
Persekutuan.
Niat terletak dihati. Sekiranya hati telah keras
dan hitam segala tindak tanduk akan menjadi satu pengkhianatan terhadap
agama Islam, bangsa Melayu dan negara. Ingatlah perpaduan umat Islam
disaat kita diprovokasi dengan satu tujuan untuk menjatuhkan bangsa
Melayu dan agama Islam kita perlu bangkit bersatu dan kembali ke pangkal
jalan.
No comments:
Post a Comment