Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday, 7 April 2014

Pemfitnah Di Facebook Dah Kena Tangkap… Melayu Lagi!

1607095_224406774433417_3944769252267081861_n

Kalau kita perhatikan trend penangkapan mereka yang disyaki melakukan jenayah atau ancaman siber, rata-rata mereka adalah berbangsa Melayu-Bumiputera dan beragama Islam. Sedangkan kalau kita perhalusi pula di dunia siber, majoriti pelaku bukannya Melayu-Bumiputera, malah sesetengahnya menulis dalam Bahasa Melayu pun, tahap penguasaan mereka mengalahkan Bangla baru turun dari kapal dan mendarat di Tanah Melayu.

Hari ini seorang lagi suspek ditangkap ekoran laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sentul dua hari lepas. Laporan polis dibuat berhubung postingnya dalam Facebook yang memaparkan mayat seorang wanita yang telah diedit dan diletakkan wajah isteri Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor.

Suspek juga berbangsa Melayu dan dipercayai beragama Islam.


Pada 25 Mac lalu, seorang ahli DAP bernama NG KOK TEONG juga menulis di Facebook dan mengancam untuk membunuh Perdana Menteri Malaysia dan para penyokong Barisan Nasional. Tulisan yang dibuat dalam Bahasa Cina, kurang dipopularkan dan seperti biasa TIADA SEBARANG TINDAKAN diambil terhadapnya.

Ketua Penerangan dan Publisiti DAP, Hew Kuan Yew yang cukup biadap dan berulang-ulang kali membayangkan kematian Rosmah Mansor, Perdana Menteri dan para penyokong Barisan Nasional, sehingga ke hari ini masih lagi bebas dan terus berceramah sana sini dengan gaya yang serupa. TIADA SEBARANG TINDAKAN diambil terhadapnya.

Paling ketara, pada tengah malam 31 Ogos 2012, seorang gadis Cina yang telah didedahkan gambarnya, datang ke balai polis untuk menyerah diri kerana dikehendaki setelah menghina gambar pemimpin bersama-sama gerombolan peguam termasuklah Ahli Parlimen DAP. 

Berbanding dengan seorang pemuda Melayu yang menunjuk punggung kepada gambar Perdana Menteri yang terpaksa merengkok dalam lokap, gadis Cina itu dibebaskan setelah keterangannya diambil. Manakala beberapa orang yang lain turut ditangkap dengan kebanyakan daripada mereka adalah Melayu, manakala yang berwajah Cina pula, hilang tanpa dapat dikesan sehingga ke hari ini.

551610_430943380285137_699584681_n

Ini adalah fenomena yang sedang berlaku dalam dunia siber Malaysia. Kalau anda menulis dan bertutur serta berwajah bukan Melayu, khususnya Cina, anda akan terlepas daripada sebarang hukuman, bahkan tidak akan ditangkap, ditahan atau dibicarakan. Kalau ditangkap pun atau datang menyerah diri, mereka hanya perlu memberikan keterangan tanpa perlu disimpan di dalam lokap.

Sudah ramai yang membuat andaian berdasarkan kepada kes-kes lepas, penangkapan Syed Saifullah yang menyiarkan poster menunjukkan ‘mayat Rosmah’, hanyalah tindakan mengkambinghitamkannya memandangkan lebih ramai yang tidak menulis dalam Bahasa Melayu, terus bebas dan terus bermaharajalela mengeluarkan pelbagai kenyataan-kenyataan palsu, bersifat subversif dan menipu.

Majoriti rakyat sebenarnya mahu pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang bagi mencegah perkara yang lebih buruk dari berlaku. Manakala para penyokong Pakatan Rakyat pula, mahukan semua undang-undang di negara ini dihapuskan bagi membolehkan mereka berbuat sekehendak hati sepertimana mereka amat menentang matapelajaran Sejarah diajar di sekolah kerana menurut mereka Sejarah yang ada sekarang adalah pembohongan walaupun sebenarnya, merekalah yang cuba membohongi sejarah. Motif sebenarnya ialah supaya rakyat terutama sekali generasi muda tidak akan tahu mengapa perjuangan Pakatan Rakyat sebegitu rupa, sekaligus melupakan atau tidak tahu apa-apa tentang kedurjanaan yang telah dilakukan oleh parti-parti politik yang ada dalam Pakatan Rakyat.

Contoh terbaiknya ialah DAP yang cukup gusar sekiranya Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 disebut dalam matapelajaran Sejarah di sekolah-sekolah. PKR pula cukup gusar sekiranya catatan dan pengisytiharan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Rayuan tentang amalan seks songsang Anwar Ibrahim juga tercatat dalam buku teks sekolah. Manakala PAS amat bimbang sekiranya matapelajaran Sejarah mencatatkan bahawa parti itu menentang kemerdekaan Malaysia, sebaliknya menyeru penyatuan dan kemerdekaan di bawah Presiden Sukarno Indonesia.

Majoriti rakyat Malaysia yang memberi mandat kepada Kerajaan sedia ada sedang melihat adakah tindakan menangkap penjenayah siber akan terhenti kepada Syed Saifullah semata-mata, manakala yang menulis dalam Bahasa Cina akan lepas bebas begitu sahaja seperti dalam kes-kes yang lepas.

Cukupkah dengan hanya Melayu sahaja yang ditangkap dan itu dianggap sebagai satu kejayaan besar sedangkan perbuatan golongan yang menulis dalam Bahasa Cina pula, jauh lebih besar natijah dan kesan buruknya kepada negara sepertimana yang dilakukan oleh RBA dalam memomok-momokkan sentimen kemarahan rakyat China dalam kes MH370?

No comments:

Post a Comment