Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 13 March 2014

MH370: Boeing 777 boleh terbang tanpa dikesan radar

mh370
SEPANG  – Pesawat Boeing 777 boleh terbang tanpa dikesan oleh radar tetapi bergantung kepada bekalan bahan bakarnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

DCA dalam sidang media petang tadi menyatakan demikian ketika menjawab soalan pemberita sama ada Pesawat Boeing 777 boleh terbang di bawah radar.

Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, aspek MH370 berpatah balik cuma suatu kebarangkalian dan kemungkinan itu diambilkira bagi melakukan pencarian di Selat Melaka. Namun tiada bukti jelas dan konkrit berhubung dengan teori ini.

Sementara itu, Astro Awani melaporkan, Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 terputus komunikasi termasuk isyarat ‘transponder’ yang sangat penting untuk memberitahu kedudukan altitud, arah dan juga kelajuan sekitar jam 1.30 pagi pada Sabtu.

Walaupun begitu, pergerakannya masih lagi berada dalam pantauan radar untuk satu jam 10 minit berikutnya sehinggalah pesawat tersebut hilang sepenuhnya tanpa dikesan dan dipercayai pesawat tersebut telah tersasar ratusan batu dari haluan sebenar destinasinya.

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang pegawai Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang enggan dikenali kepada CNN dan senario tersebut nampaknya telah sekurang-kurangnya menerangkan tentang apa sebenarnya yang terjadi pada pesawat yang telah hilang secara misteri pada hari tersebut.

Ternyata, seandainya perkara tersebut adalah benar ianya ternyata akan menimbulkan seribu satu pertanyaan seperti mengapa komunikasi boleh terputus? Mengapa pesawat Boeing 777-200 itu boleh tersasar haluan? Di mana ianya berada?

Sesuatu telah terjadi pada pesawat tersebut dan ternyata ianya adalah lain dari kebiasaan terutama apabila ianya tersasar dari haluan asal. Namun, ianya sukar untuk tidak ditolak kemungkinan itu,” kata Mark Weiss, mantan juruterbang pesawat Boeing 777 dan sekarang bekhidmat untuk sebuah firma perundingan, Spectrum-group di Washington.

No comments:

Post a Comment