Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday, 17 March 2014

#MH370: ‘Bau’ & Kaitan Dengan Anwar Semakin Kuat

IMG-20140316-WA0007
BILA arah operasi mencari dan menyelamat penerbangan MH370 ini berubah arah – dari kebarangkalian terhempas kepada dirampas, maka kait-kait Anwar dengan insiden ini yang berlaku tidak berapa jam selepas dia dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun kerana meliwat, mula menjadi kuat.

Ini kerana kita semua tahu bahawa pilot pesawat berkenaan adalah penyokong taksub Anwar dan dia juga dilaporkan hadir ke Istana Keadilan di Putrajaya mendengar keputusan kes liwatnya pada 7hb, sebelum terbang ke Beijing beberapa jam selepas itu

Perkara ini bukan Utusan atau TV3 yang lapor, tapi sebuah akhbar di UK, Daily Mail, seperti dipetik The Star disini.

Bercakap tentang pilot, portal ini adalah antara terawal yang meminta juruterbang pesawat berkenaan Kapten Zaharie Ahmad Shah disiasat, dikala segelintir pihak cuba jadi menimbulkan teori konspirasi membabitkan China, Vietnam dan USA dengan kehilangan pesawat tersebut.

Kini setelah keintiman juruterbang berkenaan dengan Anwar  dan PKR mula menjadi nyata, maka seharusnya bukan rumah pilot berkenaan sahaja yang perlu disiasat polis, tapi rumah Anwar  dan pejabat PKR juga bagi mencari kaitan (kalau ada).

Penulis suka nak jelaskan, ini bukan menuduh tapi agar pihak berkuasa membuat siasatan sedalam-dalamnya akan motif juruterbang pesawat tersebut membuat pusingan balik, mematikan transponder dan tidak membuat apa-apa komunikasi mengenai kedudukkannya kepada menara kawalan.

Dengan pihak keselamatan tidak menolak sebarang kemungkinan dalam menembusi misteri yang melingkari kehilangan pesawat MH370 ini, kecenderungan politik juruterbang, krew dan penumpang adalah satu aspek yang tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja.
Terutama sekali juruterbang.

Maklum sajalah, juruterbang mempunyai segala pengetahuan mengenai instrumen dalam kokpit pesawat dan dalam kes ini, juruterbang berkenaan adalah pentaksub Anwar.

No comments:

Post a Comment