Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail ‘tersinggung’ dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddinn yang menggelarnya sebagai boneka kerana terpaksa menjadi calon bidan terjun di pilihan raya kecil Kajang.
Wan Azizah semalam dilaporkan berkata, Khairy sepatutnya menghormati orang yang lebih tua yang kononnya telah tertindas.
“Tolong hormat orang tua. Anda (Khairy) dah diberikan ganjaran yang baik, dapat belajar di luar negeri, tolonglah ada sedikit hormat terhadap orang yang tertindas. Tak pernahkah kamu rasa derita” katanya di dalam ceramah di Taman Koperas Cuepacs, Kajang semalam.
Namun persoalannya ialah, sekiranya faktor umur perlu dijadikan sebagai hujah mengapa Wan Azizah tidak pernah mempertikaikan tindakan ‘anak-anak’ buahnya sebelum ini. Sedangkan sebelum ini majoriti ‘pimpinan jadian’ kelahiran PKR yang rata-rata masih muda sering mengeluarkan kenyataan biadab dan kurang ajar.
Malah mereka juga sebelum sering melabelkan pimpinan Barisan Nasional (BN) khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai gelaran. Mengapa semua itu tidak diambil kira?
Mungkin Wan Azizah beranggapan, apabila pimpinan muda PKR mengutuk dan menghina ‘orang tua’ di dalam BN ia dibenarkan dan tidak menjadi isu. Tetapi apabila ia melibatkan pembangkang ia dimaafkan.
Khairy yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan ketika berucap di majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Taman Saujana Impian, menyifatkan Azizah sebagai ‘boneka’ dalam permainan politik yang dicipta partinya.
Atas sebab itu, beliau menyeru agar pengundi Kajang khususnya anak muda agar tidak terperangkap dengan permainan dan politik murahan pakatan dalam menagih ‘undi simpati’ dalam pilihnaraya kecil yang akan diadakan pada 23 Mac ini.
Sedangkan apabila diteliti, kenyataan Khairy ini ada asasnya. Pilihanraya kecil Kajang ini terpaksa diadakan apabila Lee Chin Cheh sengaja meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi memberi ruang kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertanding.
Malah perkara itu turut diakui oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang menegaskan ia adalah merupakan sebagai daripada startegik #LangkahKajang yang diambil oleh parti itu bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti.
Ia juga bagi membolehkan Anwar menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum dilihat lemah dalam mengurus pentadbiran negeri. Tambah memburukan keadaan apabila, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sering menjadi Khalid sebagai ‘punching bag’ kerana dirasakan menjadi penghalangnya untuk menguasai pentadbiran negeri.
Mahkamah Rayuan sebelum ini mendapati Anwar bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun, kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan. Atas sebab itu juga, Anwar hilang kelayakan untuk bertanding yang akhirnya menyebabkan Wan Azizah dipilih untuk menjadi calon bidan terjun.
No comments:
Post a Comment