Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 4 December 2013

Puteri Lancar Tabung Prihatin Bantu Mangsa Bencana

KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ni melancarkan Tabung Prihatin Puteri yang betujuan menghulurkan bantuan kepada apa sahaja bencana yang berlaku di dalam negara mahupun di kalangan ahli Puteri.
Jelas Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin, tabung yang sebelum ini diberi nama Tabung Amal Taufan Haiyan Filipina ditukar nama kepada Tabung Prihatin Puteri selepas mesyuarat exco sebulat suara bersetuju untuk memperluaskan perananan tabung ini.
“Setakat ini tabung ini telah berjaya mengumpul sebanyak RM 117 ribu yang dikumpulkan melalui bahagian-bahagian. Daripada jumlah tersebut RM 50 ribu akan diserahkan kepada tabung taufan Haiyan, RM 50 ribu lagi akan diserahkan kepada mangsa banjir seluruh negara dan selebihnya untuk kegunaan bencana-bencana lain,” ujarnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco pergerakan tersebut di Menara Dato’ Onn hari ini.
mas-ermieyati-ketua-puteri-najib-lancar-tabung-prihatin-taufan-haiyan-filipina-pwtc
Selain itu jelasnya, mesyuarat Exco juga telah memutuskan akan membahas hanya satu usul iaitu ucapan dasar Ketua Puteri di Perhimpunan Agung Puteri UMNO bersempena Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung esok.
“Seramai 16 jurucakap termasuk seoorang wakil daripada IPT tempatan akan diberi peluang untuk bercakap dan saya berharap mereka akan menyampaikan idea-idea yang bernas demi kelangsungan sayap Puteri di masa hadapan,” ujarnya lagi.
Ermieyati turut mengumumkan 23 orang senarai lantikan Biro pergerakan tersebut. – MediaUMNO
Biro Politik – Mas Ermieyati Samsudin
Biro Keahlian Dan Daftar Pemilih – Zahida Zarikh Khan
Biro Penerangan & Pembangunan Keluarga – Haryaty Hamdzah
Biro Pelajaran – Junaida Mat Ishak
Biro Sahabat Puteri – Haziqah Nasirah Zol Bahari
Biro Media Sosial & Digital – Mimie Harianie
Biro Agama – Nurhidayah Mohamad Shahaimi
Biro Sukan – Isfarina Mohd Bali
Biro Kebudayaan & Warisan – Julie Sabran
Biro Bantuan Guaman – Natassia Roslan
Biro Ekonomi & Keusahawanan – Noor Aeiza Hassan
Biro Antarabangsa – Nor Hazreena Mohamed Hashim
Biro Kesejahteraan Bandar – Nurhuda Kamaruddin
Biro Alam Sekitar & Pertanian – Noormadiana Kamaruddin
Biro Hak Asasi Sosial & Keselamatan – Datin Azura Mohd Afandi
Biro Kesihatan – Dr. Nur Faizah Ali
Biro Pembangunan Luar Bandar – Asfalinda Anuar
Biro Pengguna – Norrulhuda Marsidin
Biro Sumber Manusia – Nasibah Ismail
Biro IT & Latihan Bioteknologi – Datin Sabrina Mohd Noor
Biro Latihan & Perkaderan – June Artisha Mohamad Nazari
Biro Sukarelawan – Nor Farhana Alham

No comments:

Post a Comment