Fenomena demo jalanan yang berterusan sebenarnya telah dicetuskan oleh “tangan ghaib” yang mengaut keuntungan dari siri huru hara yang berlaku di seluruh dunia. Mereka yang memanipulasikan harga saham dan tukaran wang asing yang sentiasa berubah dengan senario politik sesebuah Negara itu. Percaturan yang mereka laksanakan dibantu oleh watak-watak sokongan yang “dahagakan” kuasa dan mempunyai banyak kepentingan peribadi.
Ekonomi sesebuah Negara yang hancur menjadi wayang yang begitu seronok ditonton oleh “tangan ghaib” ini. Maka Negara yang hancur ekonominya terpaksa “berhutang” dengan kuasa besar untuk membina semula Negara mereka. “Tangan Ghaib” yang akhirnya mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda apabila mereka berperanan sebagai “Ah Long” ataupun “ceti” tahap dunia. Dengan ini hutang sentiasa bertambah dengan bunga yang terpaksa dibayar oleh Negara tersebut. Ini merupakan cara penjajahan dan penaklukan alaf baru.
Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan siri pengeboman dan tunjuk perasaan atau demonstrasi jalanan yang berlaku di Negara jiran kita iaitu Thailand. Namun ironinya apabila Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra tunduk kepada tekanan penunjuk perasaan antikerajaan apabila bercadang membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum pada Februari tahun depan telah dibantah pula oleh para penunjuk perasaan antikerajaan kerana menyedari parti pimpinan Yingluck akan menang besar sama seperti Pilihan Raya Umum 2011. Ini bermakna penunjuk perasaan ini sebenarnya diupah oleh “tangan ghaib” untuk mencari pasal dan menghuru harakan Negara. Mereka akan memastikan Negara itu akan berterusan mengalami masalah.
Peralihan kerajaan dalam tempoh yang singkat yang singkat dan kerap yang berlaku di Thailand berpunca samada diguling oleh pihak tentera atau pun tindakan puak penentang yang mengadakan demonstrasi di jalan raya sehingga memaksa pilihan raya baharu diadakan. Rampasan kuasa terakhir oleh tentera Thailand berlaku pada 19 September 2006 apabila Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra digulingkan ketika berada di New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Walaupun Thaksin telah memenangi setiap pilihanraya yang diadakan namun mereka tetap tidak berpuas hati. Mereka akan menggunakan dan mencipta apa sahaja alasan untuk menumbangkan kerajaan. Tentera Thailand telah menuduh jutawan telekomunikasi itu telah menghina Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej dan terlibat dengan skandal rasuah apabila melantik ramai sanak saudara dan rakan sekolah dalam pasukan tentera, polis dan syarikat kerajaan.
Kita juga perlu belajar dari sejarah Thailand. Rampasan kuasa oleh tentera dan demonstrasi jalanan bukanlah satu kaedah terbaik untuk menukar kerajaan. Proses kudeta seperti di Indonesia, Myanmar dan Pakistan memang sukar untuk kembali kepada era demokrasi kerana tentera enggan melepaskan kuasa dengan mudah. Oleh itu sistem demokrasi hendaklah dikekalkan bagi memastikan tidak berlaku campur tangan tentera.
Persoalannya adakah rakyat faham akan akibat setiap demonstrasi jalanan yang merupakan cara pakatan pembangkang. Mereka perlu tahu akibat-akibat yang terpaksa ditanggung oleh anak cucu dan cicit dari tindakan bodoh demo jalanan tersebut. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah mengumumkan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat bebas meneyrtai mana-mana himpunan selagi selari dengan perjuangan PR.Oleh itu himpunan membantah kenaikan harga barang pada 31 Disember ini akan disertai oleh mereka. Ini bermakna pakatan tetap dengan cara “kotor” dan menyusahkan rakyat dan Negara seperti dulu juga, dalam himpunan Bersih dan himpunan lain maka mana-mana pemimpin PR bebas untuk turut serta selagi ia selari dengan perjuangan PR.
Jelas perjuangan pakatan pembangkang sebelum ini untuk kebebasan hak Lesbian, biseksual, gay dan transgender berterusan hingga melacurkan Kalimah Allah untuk kegunaan Kristian dengan tujuan “tersembunyi” hingga mereka membenarkan tindakan murtad sedangkan kebebasab beragama itu hanya terpakai kepada orang bukan Islam.
Mereka tetap akan berdemo jalanan itu adalah pasti. Kononnya himpunan aman kononnya rakyat bebas menyertai perhimpunan aman di bawah Akta Perhimpunan Aman.Kononnya himpunan itu adalah hak mana-mana rakyat Malaysia untuk turun. Kononnya Akta Perhimpunan Aman, janji kerajaan, pihak berkuasa termasuk polis adalah untuk menghormati kebebasan himpunan itu.Sedangkan kita tahu bahawa mereka berniat jahat untuk menjatuhkan kerajaan dengan himpunan demo jalanan dengan bersiri dan berterusan untuk manusia rakus dan tamak pada kuasa dan berkepentingan peribadi.
No comments:
Post a Comment