Sibuk betul para gerombolan pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang berkempen mengajak khalayak meramaikan himpunan jalanan anjuran mereka di Dataran Merdeka pada malam tahun baru sempena bantahan terhadap isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Untuk lebih sensasi lagi maka saban hari ada sahaja kalangan pemimpin PR yang galak bercakap perihal kenaikan harga barang sambil menekankan segala yang berlaku adalah akibat kesilapan rakyat memberi kemenangan kepada BN dalam PRU-13.
Seimbas lalu nampak seperti gerombolan ini begitu prihatin dengan permasalahan rakyat dan amat mengambil berat soal kebajikan khalayak marhaen. Di masa yang sama mereka cuba menggambarkan seolah-olah jika PR yang memerintah negara maka segala-galanya akan turun harga. Benarkah begitu?
Sudah tentu tidak, kerana semua ini hanyalah wayang propaganda PR yang memanfaatkan isu kenaikan yang hangat diperkatakan ramai untuk kepentingan politik, sedang hakikatnya mereka sendiri tidak ambil peduli isu kenaikan harga dan caj yang berlaku di Selangor tika ini.
Tiada kalangan mereka yang berkeras membantah peningkatan kadar bayaran untuk 90 jenis lesen perniagaan yang naik dari 20% hingga 400%, begitu juga mereka senyap sunyi tanpa keluh kesah bila mana cukai pintu dan premium tanah naik saban tahun sejak PR menjajah Selangor.
Peliknya bila heboh isu cukai pintu di Kuala Lumpur mahu pula mereka terpekik terlolong membantahnya. Macamlah cukai pintu di Selangor makin menurun semenjak 5 tahun lepas. Hipokrit sungguh.
Demikian halnya dengan sewa rumah PPR yang turut mengalami kenaikan meskipun kemudahan perumahan kelas itu disediakan sewaktu Kerajaan BN untuk didiami rakyat yang kurang berkemampuan. Tiada yang ambil kisah sebaliknya ramai penyokong PR menuduh pula Kerajaan Pusat yang menaikkan kadar sewanya.
Begitu juga dengan kenaikan sewa petak parkir untuk kegunaan restoran-restoran terutama dalam kawasan seliaan MBSA yang khabarnya naik sehingga ada yang mencecah 100%. Ada peniaga restoran mendakwa jika dulu cuma perlu bayar RM10,000 untuk sewa 6 bulan sekarang terpaksa bayar RM20,000 untuk tempoh yang sama. Gila punya naik.
Inilah sebabnya bila gula naik 20 sen tempohari ramai macai PR sibuk buat hiruk piruk membantah rupa-rupanya ada muslihat bertujuan mengalih tumpuan umum dari isu sebenar perihal kenaikan sewa tempat parking untuk restoran yang banyak mempengaruhi kenaikan harga minuman dan makanan di restoran sekitar Selangor terutama di Shah Alam.
Bab kenaikan harga barang & perkhidmatan melibatkan Kerajaan PR masing-masing si penyokong dan pemimpinnya bersikap diam seribu bahasa demi nak mengelakkan imej PR dari tercalar. Bila membabitkan BN, laju mereka membantahnya atas nama perjuangan untuk kepentingan rakyat.
Patutnya, bila mahu mengetengahkan isu kenaikan yang mencengkam kehidupan rakyat biarlah menyeluruh mencakupi semua isu, barulah betul. Jadinya tak salahlah bila dibuat kesimpulan himpunan jalanan yang dicanang untuk membantah kenaikan harga barang dan perkhidmatan itu hanyalah wayang hipokrasi PR sahaja.
No comments:
Post a Comment