DALAM kelam kelibut isu barang naik harga yang disebutkan di sana sini oleh pihak pembangkang sekarang, para macai yang terlalu teruja dah lupa nak sertakan bukti barang keperluan apa yang dah naik harga.
Dalam Facebook, dalam Twitter, dalam blog dan sebagainya, penulis puas tunggu bukti beras naik harga ke, tepung naik harga ke dan sebagainya tapi hampa.
Penulis sendiri baru saja beli barang keperluan, nampaknya semua macam biasa lagi, takda apa yang berubah pun.
Jadi apa isunya yang nak berkumpul sangat nanti tu? Budak-budak penyokong himpunan malam Rabu nanti, majoritinya budak Universiti, depa ni nak hidup pun harap bantuan mak bapak dan pinjaman PTPTN, tau apa pasal kos sara hidup?
Tapi penulis dengar di Selangor, peniaga dah banyak naikkan harga barang bukan keperluan sebab mereka terpaksa tanggung kos tinggi untuk jalankan perniagaan. Manakan tidak, kalau caj lesen pun dah naik sampai 400%, nak jual barang murah macam mana?
Malah ada juga dengar barang keperluan seperti gas memasak yang dah sampai ke tahap tak masuk akal - bukan kerana harga asas bahan itu yang naik, tapi sebab peniaga menaikkan caj penghantaran sesuka hati.
Hal macam itu sepatutnya masalah dengan kerajaan negeri tersebutlah, apa yang nak dibabitkan kerajaan persekutuan sebab setahu penulis belum ada apa barang keperluan yang naik setakat ini. Subsidi masih berjalan, kawalan harga masih berjalan, takde apa yang berubah.
Tak tahulah kalau yang berhimpun di Dataran Merdeka malam tahun baru nanti menunjukkan himpunan tersebut kepada kerajaan Selangor, tapi malu nak sebut, buat-buatlah salahkan kerajaan persekutuan.
Maka tidak hairanlah kenapa alasan nak berdemonstrasi di Dataran Merdeka nanti dah mula kelam kabut.
Asal ceritanya, hanya ada satu NGO (TURUN) – menumpu kepada penurunan kos sara hidup, sekarang dah wujud beberapa NGO lagi (semuanya haram dan tidak didaftarkan) yang disebut akanturut serta dalam himpunan pada hari itu.
Dari maklumat yang penulis dapat, sekurang-kurang 3 NGO lain (selain TURUN)akan turut berdemo pada hari tersebut seperti SAMM, Jinggay 13, dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Satu NGO baru, Gerakan 3112 pun dilaporkan akan turut serta.
Semua NGO ini dilaporkan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur akan bawa unsur-unsur keganasan pada hari itu nanti dan kita semua menantikan tindakan tegas pihak berkuasa kalau dakwaan itu ada kebenarannya.
Takkan nak tunggu benda tak baik berlaku baru nak ambil tindakan, tak gitu?
No comments:
Post a Comment