Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 31 October 2013

Rombakan Ketua Puteri negeri



Kepemimpinan Pergerakan Puteri UMNO di peringkat negeri dijangka akan dirombak secara besar-besaran selepas selesai Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah pada 4 November ini.

Ketua Puteri UMNO yang baharu, Mas Ermieyati Samsudin (gambar) membayangkan berlakunya pertukaran ketua pergerakan itu di setiap negeri kerana ada dalam kalangan mereka yang sudah habis tempoh memegang jawatan tersebut, selain bertanding dalam jawatan Exco sayap parti itu di peringkat Pusat dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya memberikan tumpuan kepada usaha untuk memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim.

Katanya, pertukaran atau pengekalan jawatan Ketua Puteri negeri-negeri dilakukan bagi memantapkan sayap parti tersebut sebagaimana Wanita dan Pemuda UMNO.

"Pertukaran Ketua Puteri tidak dapat dielakkan dan soal siapa yang akan ditukar dan dikekalkan bakal dibincangkan di peringkat Exco tertinggi Puteri UMNO.

"Setelah keputusan dibuat, saya akan menyerahkan senarai barisan Ketua Puteri negeri-negeri yang baharu kepada Presiden parti, sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO Disember nanti," katanya.


No comments:

Post a Comment