Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 30 October 2013

Mengintai sokongan pengundi Cina di Sungai Limau

sg-kakijat-cina513
Ramai penganalis tunggu penuh minat keputusan PRK DUN Sungai Limau Yan Kedah hendak tengok apakah ada perubahan sikap dikalangan pengundi Cina.
Pada PRU13 lalu, majoriti besar pengundi Cina tidak menyokong BN kerana percaya PR boleh tubuh kerajaan.
Namun dalam PRK Sungai Limau yang keputusannya kelak tidak mengubah kerajaan negeri, apa sikap pengundi Cina?
Masih lagi dengan trend menentang kerajaan atau Sungai Limau jadi 'turning point' sokongan masyarakat Cina terhadap BN.
Bagi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  Sungai Limau merupakan platform terbaik untuk mengukur tahap perubahan sikap masyarakat Cina terhadap BN.
Menurutnya keputusan pilihanraya kecil ini boleh menjadi penunjuk mengenai kesediaan masyarakat itu menyatakan sokongan terhadap kerajaan.
"Masyarakat Cina adalah prakmatik, mereka sebagaimana kaum lain memerlukan bantuan dan sokongan daripada kerajaan.
"Komitmen kerajaan BN untuk berlaku adil kepada semua pihak memang kita tunjukkan. Jadi diharapkan ini adalah masa terbaik untuk kita mengukur tahap perubahan sikap," katanya selepas majlis ramah mesra bersama pengundi Cina di Bilik Gerakan BN Sungai Lentang Rabu.
DUN Sungai Limau mempunyai seramai 1,850 pengundi Cina atau 6.7 peratus daripada 27,222 orang pengundi keseluruhan.
sg-cina-ceramah
Mengulas lanjut Timbalan Pengerusi BN itu berkata, berdasarkan laporan dua parti komponennya iaitu MCA dan Gerakan, masyarakat Cina mula menunjukkan keterbukaan mereka untuk kembali menyokong BN khususnya selepas PRU13.
"Berdasarkan pemerhatian saya sendiri dan maklum balas yang diperolehi daripada MCA dan Gerakan, mereka maklumkan ada kesediaan (menyokong BN) daripada  pengundi Cina.
"Tapi ini adalah andaian sebelum PRK. Saya tak tahu dan kurang pasti (situasi sebenar) sehingga kita tahu keputusan nanti. Kebetulan diadakan PRK ini selepas PRU.
"Selepas PRU lalu kita tahu ada istilah 'tsunami pengundi Cina', tapi sudah beberapa bulan, mungkin keadaan itu berubah," katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir berharap trend pengundi Cina mengundi pembangkang terhenti di Sungai Limau.
Walaupun pengundi Cina di Sungai Limau tidak sampai 10 peratus, namun kata Mukhriz, tiap undi dikira.
"Saya mengamalkan dasar terbuka kepada semua kaum, saya amat berharap kali ini pengundi Cina menunjukkan sokongan mereka kepada BN dan biar Sungai Limau menjadi penamat trend pengundi Cina menolak BN," ujar Mukhriz.
Dari pemerhatian Agendadaily, ada kehadiran kaum Cina di program-program BN sepanjang tujuh hari berkempen ini.
Selain kehadiran mereka dalam program yang dianjurkan BN, penerimaan golongan tersebut ketika kunjungan Wanita UMNO juga menggalakkan.
Namun apakah tanda-tanda positif tersebut boleh diterjemahkan ke dalam bentuk undi satu perkara berbeza.
Kita tunggu dan lihat, samada pengundi Cina berubah sikap dan menyokong BN kali ini, atau mereka masih kekal dengan sikap anti kerajaan macam PRK-PRK sebelum ini juga PRU13 lalu.

No comments:

Post a Comment