KAJANG - Tindakan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) merobohkan warung melibatkan 13 peniaga Melayu sekitar Taman Mesra di sini semalam dianggap sebagai perbuatan zalim.
Salah seorang peniaga gerai, Azlina Ahmad, 31, berkata, perbuatan tidak berperikemanusiaan ini bukan sahaja tidak dilakukan secara rundingan, malah pihak MPKj sekadar menghantar notis amaran tanpa disertakan maklumat terperinci berhubung perkara tersebut.

“Saya anggap tindakan mereka ini sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan. Sebenarnya perkara ini boleh dibawa berbincang bagi mengelakkan masalah sebegini timbul.
“Saya sedih dengan tindakan mereka sebab pencarian utama saya hanya meniaga, bila kedai dah kena roboh, macam mana kami nak berniaga. Siapa nak bagi makan anak-anak saya, mereka masih kecil,” katanya memetik laporan yang disiarkan Buletin Utama di TV3 malam tadi.

Sementara itu, seorang lagi rakan peniaga gerai, Azli Shariff, 45, mempertikai arahan yang dikeluarkan pihak MPKj setelah kesemua 13 gerai telah beroperasi selama lima tahun.
"Kenapa baru sekarang tindakan nak diambil setelah saya berhutang dengan Tekun Nasional, ditambah dengan hutang kereta dan belanja anak di universiti.
“Saya hanya menerima notis amaran sahaja tanpa menyatakan tempoh yang diberikan. Saya hanya dapat tiga notis namun ia hanya notis amaran. Malah orang MPKj sendiri beritahu bila terima notis putih barulah kerja meroboh boleh dijalankan,” katanya.

Dalam kejadian sekitar jam 8:30 pagi semalam, pihak MPKj secara drastik memulakan kerja-kerja perobohan ketika beberapa peniaga warung sedang menjalankan aktiviti perniagaan.
Ianya telah mencetuskan ketegangan dan pergaduhan sehingga menyebabkan pihak MPKj terpaksa mengerah 70 anggota MPKj bagi meneruskan kerja-kerja perobohan. Foto - TV3

No comments:
Post a Comment