Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 4 November 2013

Sungai Limau… debaran memuncak

sg-mukxx
Relaks sekejap…Datuk Paduka Mukhriz Mahathir melepaskan dahaga dengan setin minuman. Gambar kandid Menteri Besar Kedah ini dicelah sebuah kedai runcit di pekan Sungai Limau dirakam tengahari Ahad.
Tak perlu tanya, kata orang tengok pun tahu cukup meletihkan menghadapi sesuatu kempen pilihanraya kecil. Apa lagi beliau orang nombor satu yang kena tanggong segala risiko.
Banyak mata yang sedang memandang dan bertanya apakah tokoh muda UMNO ini dapat cipta satu sejarah tawan kubu kuat PAS negeri jelapang padi ini.
Memetik kata Tun Dr Mahathir Mohamad secara berjenaka semasa sidang akhbar sewaktu melawat Sungai Limau Ahad sesuatu yang beliau tidak dapat berikan kepada Mukhriz ialah ‘ rambut’.
“Yang botak tu anak sayalah,” katanya disambut gelak ketawa kalangan wartawan yang hadir.
Beliau berjenaka merujuk kepada anaknya yang sekarang tengah kena fikir banyak menghadapi saat getir pilihanraya kecil itu.
Sebagai orang lama dalam politik Dr Mahathir pasti faham debaran yang sedang dilalui anaknya itu.
Sungai Limau bukan PRK biasa, kesan kepada menang, kalah BN atau PAS akan bawa makna jangka masa panjang.
Jika BN menang di Sungai Limau esok, maknanya jangka masa panjang kepada PAS adalah, mereka tidak ada lagi kubu tradisi di kawasan Melayu.
Sungai Limau adalah kubu tradisi PAS dengan pengundinya rata-rata pesawah juga golongan agama. Jika di kawasan yang mereka menang berkali-kali sejak 25 tahun dulu pun bukan lagi kawasan selamat pada PAS.
Mana lagi yang tinggal?
Begitu juga pada BN, jika dengan kepimpinan baru yang punya karisma semacam Mukhriz, dan calon dengan latar akademik semacam Dr Ahmad Sohaimi, BN tak mampu tarik sokongan di Sungai Limau.
Maka Sungai Limau dari segi logiknya, patut dilupakan oleh BN dalam perancangan mana-mana PRU selepas ini.
Sah itu memang kubu PAS dan lupakan.
Selepas kempen berhari-hari, bagi BN ada sinar harapan, dan bagi PAS ia masih kubunya.
Debaran kian memuncak, 27,222 pengundi Sungai Limau kini akan membuat pilihan, siapa mereka mahu, apa mereka mahu...
Tinggal pada Mukhriz, beliau telah mencuba yang terbaik, menang atau kalah di sungai Limau, beliau sudah melepasi ujian, sebagai general perang BN.
Jika menang beliau akan mengajar..., jika kalah beliau akan belajar... inilah politik... seni penuh kemungkinan.
Dari tanda-tanda sejak tiga empat hari terakhir ini, nampak ada sinar untuk BN, macam yang Agendadaily tulis kelmarin, BN dijangka menang dengan majoriti paling kurang 700 undi. Ya atau tidak sama-sama kita tunggu, apa nak jadi selepas kertas undi mula dikira mulai pukul lima petang ini.

No comments:

Post a Comment