Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 29 October 2013

Puteri Gempur : Puteri turun bendang ka?? Tak takut lintah ka cek??

sg-puteri-bendang 

Macam pesta suasana di di Kampung Bahagia petang Ahad ketika Puteri UMNO Malaysia mengadakan sukaneka dalam bendang.

Program tersebut bertujuan menarik sokongan anak muda kawasan sekitar mendekati Puteri UMNO.

Menurut Naib Ketua Puteri UMNO Zahida Zarik Khan, sukaneka tersebut hanyalah satu dari berbagai program anjuran pergerakan tersebut sepanjang tempoh berkempen ini.

"Kita juga bergerak ke kawasan orang ramai macam pasar pagi untuk edar risalah, pergi rumah ke rumah untuk buat bacaan sikap, juga kursus asas solekan, juga sukaneka untuk dekati pengundi.

"“Saya sendiri menyertai acara menangkap itik dan saya dapati sukan ini diterima baik dalam kalangan masyarakat di sini," katanya.
 
Jelasnya, jentera Puteri akan berkampung sehingga 4 November ini dan percaya dengan slogan 'Berani Gempur' pihaknya akan membantu BN mencapai kemenangan dalam PRK ini.

No comments:

Post a Comment