Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 29 October 2013

PAS politikkan kenyataan TPM untuk kelirukan rakyat...


sg-tpm-ramai
PAS sengaja mempolitikkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengaitkan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula dengan dengan penyakit kencing manis yang dialami bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kenyataan Muhyiddin itu diambil di luar konteks hingga menimbulkan kekeliruan banyak pihak.


"Saya tak fikir (kenyataan menghina). Tiada niat untuk memperkecilkan arwah Menteri Besar. Topik yang diperkatakan ialah mengenai bajet dan beliau (Muhyiddin) turut menyentuh mengenai pengurangan subsidi gula.



"Itu adalah topik yang disebut. Saya sangat pasti bahawa beliau tidak menyebut apa-apa yang perlu diambil sebagai penghinaan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Menteri Besar bersama warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang Isnin.



Mukhriz berkata demikian bagi mengulas mengenai gesaan anak kelima daripada isteri pertama Azizan, Muhammad Rafi'iy agar Muhyiddin menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada keluarganya.



Mengulas mengenai gesaan itu Mukhriz berkata: "Saya boleh jelaskan kepada anak Allahyarham ustaz Azizan apa sebenarnya yang diperkatakan oleh TPM," katanya.

No comments:

Post a Comment